ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 23, 2024 -Selasa

 
  PEMBAYAR CUKAI 'MAKAN GAJI' BOLEH MENGHANTAR BORANG NYATA CUKAI PENDAPATAN SECARA E-FILING SEHINGGA 15 MEI 2021

Monday 10/05/2021



KUALA LUMPUR, 10 Mei (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa pembayar cukai individu yang mempunyai punca pendapatan penggajian atau ‘makan gaji’ masih boleh mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) mereka melalui kaedah e-filing selewat-lewatnya pada 15 Mei 2021.
 
Namun demikian, pembayar cukai individu yang mempunyai hanya satu punca pendapatan penggajian dan telah membuat Potongan Cukai Bulanan (PCB) boleh memilih untuk tidak mengemukakan BNCP tersebut kepada LHDNM seperti yang termaktub di bawah peruntukan subseksyen 77C(1) Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP). Jika pilihan telah dibuat, iaitu tidak mengemukakan BNCP, maka PCB yang telah dipotong oleh majikan adalah dianggap sebagai Cukai Muktamad. Layanan Cukai Muktamad ini berkuatkuasa mulai Tahun Taksiran 2014.
 
Bagi menjelaskan layanan cukai ke atas Cukai Muktamad ini, LHDNM telah menerbit dan memuat naik Nota Amalan Cukai Muktamad ke portal rasmi LHDNM serta boleh dicapai menerusi pautan pantas berikut:-
http://phl.hasil.gov.my/pdf/pdfam/NA_1_2021.pdf.
 
Nota Amalan ini antara lainnya turut menerangkan perkara-perkara berikut:
1. Syarat-syarat PCB boleh dianggap sebagai Cukai Muktamad; dan
2. Implikasi kepada pilihan Cukai Muktamad yang dibuat oleh pembayar cukai.
 
Nota Amalan ini juga menjelaskan kategori pembayar cukai yang tidak layak memilih Cukai Muktamad, antaranya:
1. Bekerja lebih daripada satu majikan.
2. Suami atau isteri membuat pilihan untuk ditaksir bersama di bawah seksyen 45 Akta Cukai 1967(ACP).
3. Cukai ditanggung oleh majikan.
4. Manfaat Berupa Barangan (MBB) dan Nilai Tempat Kediaman (NTK) tidak diambil kira dalam pengiraan PCB.
 
Sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan perkara ini boleh dimajukan kepada LHDNM melalui:
a) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara),
b) HASiL Live Chat; dan
c) Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/;

 
Dikeluarkan Oleh:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Tarikh: 10 Mei 2021

Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Tel: 03-8313 8888 samb. 21658/21666/21695/21674/21663
Faks: 03-8313 7873
Hasil Care Line : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara)  
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.