ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 28, 2024 -Khamis

 
  PENINGKATAN PERMINTAAN UNTUK PERKHIDMATAN ALAM SEKITAR DI ASEAN MEMBUKA PELUANG BAGI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DI DALAM PERKHIDMATAN ALAM SEKITAR, KATA PUSAT ASEAN-JEPUN

Friday 07/05/2021



 Table
 
Laporan itu tersedia untuk dimuat turun di laman web AJC. (Grafik: Business Wire)


TOKYO, 7 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Rantau ASEAN sedang menyaksikan satu peningkatan di dalam permintaan bagi perkhidmatan alam sekitar disebabkan oleh pertumbuhan penduduk dan pembandaran yang pesat, termasuk pengurusan sisa dan air buangan, pencemaran udara dan pengurangan perubahan iklim, menurut kajian oleh Pusat ASEAN-Jepun, Menggalakkan Perdagangan Perkhidmatan di ASEAN: Perdagangan dalam Perkhidmatan Alam Sekitar, yang diterbitkan hari ini. Ini adalah laporan ketiga dan terakhir di dalam siri tiga kertas kerja mengenai perkhidmatan sosial di bawah fasa kedua bagi projek berkaitan menggalakkan perdagangan perkhidmatan.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20210506005504/en/

Anggaran penjualan bagi perkhidmatan alam sektiar melalui kehadiran komersil asing (penyampaian perkhidmatan Mod 3) di ASEAN adalah sekurang-kurangnya $1.4 bilion pada tahun 2016, di mana lebih daripada separuh adalah daripada entiti asing yang berpusat di Singapura, diikuti oleh masing-masing Thailand dan Malaysia. Selain itu, anggaran penjualan bagi entiti ASEAN yang menyediakan perkhidmatan alam sekitar di luar negara adalah $383 juta, 90% daripadanya adalah syarikat-syarikat Singapura. Sementara itu, aliran pelaburan kepada perkhidmatan alam sekitar di ASEAN antara tahun 2003 dan 2017 adalah dianggarkan bernilai $1.5 bilion, dengan Singapura menerima jumlah terbesar bagi pelaburan yang bernilai $948 juta, diikuti oleh Malaysia, Viet Nam, dan Thailand. Pelaburan adalah tertumpu di dalam perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan di dalam perkhidmatan rawatan air buangan/kumbahan.

Oleh kerana sifat awam bagi penyediaan perkhidmatan alam sekitar, jenis-jenis utama bagi liberalisasi perdagangan di dalam perkhidmatan alam sekitar, seperti mana-mana perdagangan perkhidmatan yang lain, adalah akses pasaran perkhidmatan dan perlakuan nasional; sementara prosedur perlesenan dan kelulusan adalah merupakan langkah-langkah pengawalseliaan yang paling lazim memandangkan proses ini boleh jadi mengikut budi bicara di sesetengah negara. Isu-isu penting yang timbul berkaitan dengan perkara ini termasuk pengimportan sisa plastik oleh beberapa buah negara ASEAN, dan peningkatan masalah sampah sarap plastik marin yang semakin meningkat.

Kertas kerja itu mengesyorkan agar perdagangan yang lebih bebas dapat mengurangkan kos bagi perkhidmatan alam sekitar dan membantu firma-firma untuk mengakses teknologi yang lebih murah atau lebih maju. Memandangkan sifat baik hati awam bagi perkhidmatan alam sekitar, kertas kerja itu mengesyorkan negara-negara ASEAN untuk lebih menggariskan komitmen/aktiviti yang termasuk di dalam perkhidmatan alam sekitar, untuk memberi tumpuan kepada menyesuaikan diri dengan keadaan kemunculan alam sekitar baharu sebagai satu wilayah, dan untuk memasukkan perkhidmatan alam sekitar di dalam peruntukan dalam perjanjian perdagangan serantau, yang tidak berlaku bagi Perkongsian Ekonomi Komprehensif Wilayah (RCEP) yang baharu sahaja berakhir.

Selain penerbitan ini, yang berkaitan dengan usaha mengenai perkhidmatan alam sekitar, Pusat itu telah menjalankan satu program yang dipanggil “Deklarasi Pemimpin Masa Depan mengenai Kerjasama ASEAN-Jepun tentang Sisa Plastik Marin Antarabangsa”. Program ini bertujuan untuk memperkukuhkan lagi perkongsian strategik ASEAN-Jepun sepertimana yang dinyatakan di dalam “Kenyataan Bersama bagi Sidang Kemuncak ASEAN-Jepun ke-23 mengenai Kerjasama bagi Pandangan ASEAN mengenai Indo-Pasifik (AOIP)” yang bertarikh 12 November, 2020, dan secara khusus melaksanakan cadangan-cadangan dasar mengenai sisa plastik marin semasa Tahun Fiskal 2021 dan seterusnya.

Untuk melihat dan memuat turun laporan itu, sila layari laman web AJC seperti di bawah. https://www.asean.or.jp/en/trade-info/pst2_papers/

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20210506005504/en/

Hubungi

Unit Perhubungan Awam Pusat ASEAN-Jepun (AJC)
Tomoko Miyauchi (CIK)
URL: https://www.asean.or.jp/en/
TEL: +81-3-5402-8118
E-mel: toiawase_ga@asean.or.jp

Sumber: Pusat ASEAN-Jepun

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.