ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  KUMPULAN YILI MENCAPAI PERTUMBUHAN YANG LUAR BIASA DALAM LAPORAN TAHUNAN 2020, DAN MENGUMUMKAN KEPUTUSAN TERBAIK BAGI SUKU PERTAMA 2021

Monday 03/05/2021

AsiaNet 89297

Table

Kumpulan Yili mencapai pertumbuhan yang luar biasa dalam laporan tahunan 2020, dan mengumumkan keputusan terbaik bagi suku pertama 2021


BEIJING, 3 Mei, 2021 /Xinhua-AsiaNet/--

Pada 28 April, Yili telah mengeluarkan laporan tahunan 2020 mereka. Menurut data itu, jumlah pendapatan bagi syarikat itu mencecah RMB 96.886 bilion dan keuntungan bersih yang diatribut kepada syarikat induk itu adalah RMB 7.078 bilion, yang menunjukkan trend pertumbuhan sihat dan keuntungan yang sangat baik bagi syarikat itu. Laporan suku pertama 2021 yang dikeluarkan pada masa yang sama menunjukkan bahawa jumlah pendapatan syarikat itu pada suku pertama telah mencecah RMB 27.363 bilion, satu kenaikan tahun ke tahun sebanyak 32.49%, di mana keuntungan bersih yang dapat diatribut kepada syarikat induk itu adalah RMB 2.831 bilion, satu peningkatan tahun ke tahun sebanyak 147.69%.

Memperkukuhkan Kelebihan Daya Saing bagi Keseluruhan Rantaian Industri itu

Dari segi produk, Syarikat  itu terus mempromosikan pengoptimuman produk, dengan pendapatan jualan bagi produk-produk utama mencatatkan satu kenaikan tahun ke tahun sebanyak 9.6%. Di samping itu, Yili telah terus menerus menerokai titik pertumbuhan baharu melalui inovasi. Pendapatan jualan Syarikat itu untuk produk baharu menyumbang sebanyak 16% bagi jumlah pendapatan jualan.

Dari segi saluran, Syarikat itu secara aktif mengembangkan model runcit baharu di platform e-dagang, dengan satu pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 55%. Bahagian pasaran Syarikat itu bagi jualan runcit untuk susu UHT di platform e-dagang adalah 28.1% semasa tempoh yang sama, menduduki tempat pertama di dalam segmen pasaran susu UHT.

Di samping itu, Syarikat tersebut telah terus mempromosikan perniagaan mereka di Oceania, Asia Tenggara, dan pasaran luar negeri yang lain.

Tumpuan kepada Strategi “Berorientasikan Pengguna”

Berorientasikan pengguna bukan hanya bermaksud memahami pengguna dan memberikan keutamaan kepada mereka, tetapi juga mengubah peranan Syarikat itu untuk menjadi sebuah “peminat sebenar” bagi pengguna, kata Pan Gang.

Syarikat itu mempromosikan kerjasama merentasi rantaian industri itu, meneruskan untuk melabur lebih banyak di dalam R&D, teknologi, dan inovasi, dan terus menerus menginovasikan kategori produk mereka dan mempercepatkan susun atur bagi perniagaan kesihatan dengan bergantung kepada satu rangkaian global yang menghubungkan Asia, Eropah, Oceania, dan Amerika, dan menggunakan data besar untuk mendapatkan pandangan pengguna.

Mewujudkan Kemakmuran Bersama bagi Nilai Komersial dan Sosial

Setelah China mengumumkan matlamat mereka untuk mencapai keneutralan karbon menjelang tahun 2060 pada tahun lalu, Yili, yang secara positif memberikan respons terhadap seruan ini dengan mengeluarkan visi mereka sendiri mengenai keneutralan karbon, adalah syarikat tenusu pertama yang komited untuk berbuat demikian di China.

Di masa hadapan, Yili akan terus membangunkan sebuah “ekosistem kesihatan global”, menerajui dalam mempromosikan pembangunan lestari melalui kemakmuran bersama bagi kedua-dua nilai komersial dan sosial.

Sumber: Kumpulan Yili
 
Pautan Lampiran Imej:

Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=390383
 
Kapsyen: Kumpulan Yili mencapai pertumbuhan yang luar biasa dalam laporan tahunan 2020, dan mengumumkan keputusan terbaik bagi suku pertama 2021

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.