ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  ​SIARAN BERITA MULTIMEDIA: SIDANG KEMUNCAK DIGITAL CHINA KE-4 AKAN DIADAKAN DI FUZHOU, WILAYAH FUJIAN

Monday 26/04/2021

AsiaNet 89169

Table
 
Pemandangan Fuzhou dalam mengalu-alukan MV Fuzhou yang Indah, sebuah Bumi yang Diberkati

 
FUZHOU, China, 26 April, 2021 /Xinhua-AsiaNet/--

Sidang Kemuncak Digital China ke-4 akan diadakan di Fuzhou, Wilayah Fujian, dari 25 hingga 26 April, 2021. Ia akan dianjurkan bersama oleh Pentadbiran Ruang Siber China, Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Kebangsaan, Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat, Suruhanjaya Penyeliaan dan Pentadbiran Aset milik Negara bagi Majlis Negeri, dan Kerajaan Wilayah Fujian. Ia akan dianjurkan di lapangan oleh Kerajaan Perbandaran Fuzhou dan pihak berkuasa lain yang berkaitan.

Untuk video berkualiti siaran dan imej beresolusi tinggi, sila layari Siaran Berita Multimedia:
http://news.medianet.com.au/xinhua-news-agency/4th-digital-china-summit-held-fuzhou

Jawatankuasa Penganjur bagi Sidang Kemuncak itu, yang bertemakan melepaskan dinamik yang lebih besar bagi elemen-elemen data yang memulakan satu perjalanan baharu bagi digital China, menjelaskan bahawa sidang kemuncak ini adalah satu platform untuk melepaskan dasar-dasar pembangunan maklumat China, untuk menyoroti pencapaian terkini di dalam pendigitalan China, bagi bertukar-tukar pengalaman di dalam teori dan amalan e-kerajaan dan ekonomi digital, dan satu peluang untuk membawa kuasa global bersama untuk mempromosikan Digital China dan Jalan Sutera Digital.

Fuzhou mempunyai satu budaya purba; ia adalah sebuah bandar raya hijau dengan sebuah ekologi kesihatan; ia adalah sebuah bandar raya yang berinovatif yang penuh dengan tenaga; dan ia adalah sebuah bandar raya dengan gaya hidup yang menyenangkan, dan sebuah bandar raya yang mesra dan mengalu-alukan perniagaan. Kerajaan Fuzhou berusaha keras dalam menguruskan segala hal mengenai kota itu - dari taman-taman dan kawasan hijau sehingga kepada taman ekologi dan sistem sungai pedalaman – dalam satu cara yang cekap dan berkesan. Dengan berbuat demikian, ia meningkatkan persekitaran ekologi dengan ketara, dan ia menjadikan Fuzhou sebagai sebuah bandar raya contoh yang mesra ekologi dan sesuai didiami yang segar dan semula jadi. Ia benar-benar mempamerkan keindahan dan daya tarikan Fuzhou. Sememangnya, Fuzhou adalah satu gambaran mengenai keharmonian dan kebahagiaan di mana sahaja. Semasa Sidang Kemuncak Digital itu, pengunjung akan disambut oleh video muzik Fuzhou yang Indah, sebuah Bumi yang diberkati, yang merupakan sebuah video yang popular di seluruh China. Fuzhou sedang menghantar jemputan kepada dunia:
semoga dapat berjumpa anda di Fuzhou!

Sumber: Jawatankuasa Penganjur bagi Sidang Kemuncak Digital China ke-4

Pautan Lampiran Imej:

Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=389867

Kapsyen: Pemandangan Fuzhou dalam mengalu-alukan MV Fuzhou yang Indah, sebuah Bumi yang Diberkati
 
Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=389868

Kapsyen: Pemandangan Fuzhou dalam mengalu-alukan MV Fuzhou yang Indah, sebuah Bumi yang Diberkati

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.