ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 24, 2024 -Rabu

 
  ​CHANGJIANG YANG SANGAT MENGGEMBIRAKAN, WILAYAH HAINAN MERAYAKAN FESTIVAL SANYUESAN (HARI KE-3 BULAN KE-3 DALAM BULAN LUNAR) BAGI KUMPULAN ETNIK LI DAN MIAO

Thursday 22/04/2021

AsiaNet 89121

Table

Gala upacara penutupan bagi festival tradisional Hainan Li dan Miao “Sanyuesan (Hari ke-3 bulan ke-3 dalam Bulan Lunar)”


HAIKOU, China, 22 April, 2021 /Xinhua-AsiaNet/--

Terletak di barat laut Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan, Daerah Berautonomi Changjiang Li penuh dengan gelak ketawa dan rasa gembira pada malam 16 April. Aktiviti perayaan bagi “Sanyuesan (hari ke-3 bulan ke-3 dalam Bulan Lunar)”, festival tahunan tradisional bagi kumpulan etnik Hainan Li dan Miao, telah mencapai penutupnya di sini. Semasa perayaan selama 3 hari itu, tetamu dan pelancong dari seluruh pelusuk China telah menghargai pemandangan Changjiang, mengalami adat resam bagi kumpulan etnik Li, dan menikmati keindahan ekologi, persekitaran dan kemanusiaan bagi Changjiang.
 
Sebagai tempat utama bagi festival tradisional Hainan Li dan Miao bagi aktiviti perayaan “Sanyuesan (hari ke-3 bulan ke-3 dalam Bulan Lunar)”, Changjiang telah mengadakan satu siri aktiviti yang menarik dan menakjubkan, menurut Pusat Pertumpuan Media Changjiang. Aktiviti itu dengan ciri-ciri tempatan yang lazim termasuk antifon lagu rakyat ekologi asli Li dan Miao, pertunjukan dan pertandingan kemahiran kain broked Li dan sulaman Miao, dan sukan tradisional etnik yang menarik. Aktiviti ini menunjukkan sepenuhnya kehidupan kerohanian dan kebudayaan yang kaya dan budaya etnik yang unik bagi kumpulan-kumpulan minoriti.

Pertandingan kemahiran kain broked Li dan sulaman Miao itu telah menarik 78 orang peserta dari 14 bandar raya dan daerah di Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan. Kemahiran halus oleh peserta telah dipuji oleh hadirin. Semasa pertandingan itu, terdapat model yang memakai kostum Li dan Miao untuk memaparkan fesyen baharu bagi kostum Li dan Miao.

Antifon lagu rakyat ekologi asli Li dan Miao telah menarik peserta dari sembilan bandar raya dan daerah termasuk Sanya, Baisha, dan Lingshui. Berpakaian dalam kostum etnik, peserta telah menyanyikan lagu rakyat ekologi asli bagi kumpulan etnik Hainan Li dan Miao dalam kombinasi dengan pertuturan, usikan dan tarian.

Dengan aktiviti perayaan “Sanyuesan (Hari ke-3 bulan ke-3 dalam kalender Lunar Cina)”, Changjiang, Hainan telah menarik ramai pelancong dari seluruh negara. Pelancong telah kagum oleh pemandangan semula jadi, budaya minoriti dan makanan khas di Changjiang. Acara ini telah mempromosikan pembangunan pelancongan dan imej bandar raya Changjiang dengan unsur kebudayaan etnik.

Sumber: Pusat Pertumpuan Media Changjiang
 
Pautan Lampiran Imej:
 
   Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=389561
 
   Kapsyen: Gala upacara penutupan bagi festival tradisional Hainan Li dan Miao “Sanyuesan (Hari ke-3 bulan ke-3 dalam Bulan Lunar)”

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.