ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  PERAYAAN BESAR-BESARAN DI CHANGJIANG, WILAYAH HAINAN UNTUK MENGALU-ALUKAN FESTIVAL TRADISIONAL CINA SANYUESAN

Monday 19/04/2021

AsiaNet 89051

Table

Penduduk Changjiang meraikan Festival Tradisional Sanyuesan


HAIKOU, China, 19 April, 2021 /Xinhua-AsiaNet/--

14 April, 2021 adalah hari ketiga bagi bulan ketiga di dalam kalendar lunar Cina yang juga merupakan satu festival tradisional bagi kumpulan etnik Li dan Miao. Daerah Berautonomi Changjiang Li, yang terletak di barat laut Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan, telah mengadakan satu siri aktiviti untuk menarik pelancong di seluruh China untuk merasakan adat istiadat bagi kumpulan etnik Li dan Miao di Hainan.
 
Menurut Pusat Pertumpuan Media Changjiang, pada 15 hingga 16 April, Daerah Berautonomi Changjiang Li juga telah mengadakan antifon lagu rakyat ekologi asli Li dan Miao, pertandingan kemahiran kain broked Li dan sulaman Miao, malam unggun api etnik, Perbandaran Wangxia - pengalaman pelancongan Li Hua Li, pengalaman seni tembikar, dll.

“Sanyuesan” tahunan itu adalah satu adat kebudayaan yang diturunkan selama beribu-ribu tahun oleh penduduk Li dan Miao di Hainan yang merupakan satu festival tradisional bagi mereka untuk meratapi nenek moyang mereka, meraikan kelahiran baharu, memuji kehidupan, memuji-muji pahlawan dan mengejar cinta di kalangan lelaki dan wanita muda.

Daerah Berautonomi Changjiang Li, sebagai tempat utama bagi aktiviti perayaan festival “Sanyuesan” tradisional Hainan Li dan Miao 2021, telah mengadakan sukan-sukan menarik pada 14 April, hiburan taman, memukul kelapa dengan kayu dan sukan tradisional etnik minoriti yang lain, dengan menarik sejumlah besar pelancong untuk menikmatinya dengan bersorak.

Changjiang terkenal kerana pemandangan semula jadinya yang indah dan budaya unik bagi etnik minoriti di Hainan. Di Changjiang, anda tidak hanya dapat menikmati Opera Changjiang Qiong, lagu-lagu rakyat Li dan budaya tempatan yang unik -- lagu desa, tetapi juga melawat 205 tempat yang indah. Antara mereka, Teluk Changjiang Rainbowstone dan Rizab Alam Semula Jadi Bawangling adalah tersenarai di dalam 17 tempat yang indah di Hainan. Di samping itu, terdapat Gua Qiantie, sebuah tapak peninggalan manusia 20,000 tahun yang lalu, Rumah Perahu Suku Kaum di Perkampungan Hongshui di Perbandaran Wangxia, Gua Maharaja, Tokong Raja Junling, Kota Purba Changhua, dll.

Sumber: Pusat Pertumpuan Media Changjiang
 
Pautan Lampiran Imej:
 
   Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=389315
 
   Kapsyen:   Penduduk Changjiang meraikan Festival Tradisional Sanyuesan

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.