ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  ​HEZE, CHINA: SEKUNTUM BUNGA YANG MEMBERIKAN TENAGA BAGI SEBUAH BANDAR RAYA

Thursday 15/04/2021

AsiaNet 89005

Table

Persidangan Peony Sedunia 2021


HEZE, China, 15 April, 2021 /Xinhua-AsiaNet/--

Pejabat Penerangan bagi Kerajaan Rakyat Perbandaran Heze telah mengumumkan bahawa pada April, Persidangan Peony Sedunia 2021, Festival Pelancongan Kebudayaan Peony Antarabangsa Heze ke-30, dan Persidangan Pembangunan Pelancongan Kebudayaan Heze 2021 akan diadakan di Heze di wilayah Shandong. Warisan peony bagi Heze sekali lagi akan memukau pengunjung dari seluruh pelusuk dunia. Heze dikenali sebagai Ibu Kota Peony China. Industri peony mereka telah berkembang dalam satu cara yang pelbagai aspek, dengan menghasilkan pelbagai barangan dagangan yang berasaskan peony seperti hiasan, ubat-ubatan dan produk kesihatan. Selain itu, hasil kreatif dan kebudayaan yang bertemakan peony, seperti bunga peony, sutera cetak peony dan potongan kertas bunga peony tradisional Cina, juga sedang berkembang.
 
Terdapat sembilan taman peony hiasan di Heze, yang lebih terkenal termasuk Taman Peony Caozhou, Taman Peony Baihua dan Taman Peony Cina. Semasa musim mekar peony, Taman Peony Caozhou menarik hampir 5,000 orang pengunjung setiap hari.

Heze mempunyai sejarah penanaman peony yang wujud lebih 1,500 tahun, dan ia telah berkembang menjadi pangkalan terbesar bagi pengeluaran, eksport dan pemerhatian peony, dengan varieti bunga peony yang paling banyak, di dunia. Pada masa ini, peony Heze termasuk sembilan sistem warna, 10 jenis mekar dan 1,259 varieti. Penanaman peony hiasan di Heze meliputi kira-kira 50,000 mu, terutamanya daripada varieti peony yang lebih sesuai untuk taman, pokok pasu dan bunga yang baru dipetik untuk memenuhi permintaan pasaran moden bagi taman, serta untuk gubahan bunga.

Heze memberi tumpuan kepada mengembangkan satu rantaian industri peony secara keseluruhan dan mencapai pembangunan yang komprehensif. Sektor peony pada masa ini menyediakan lebih dari 100,000 peluang pekerjaan di Heze, yang merangkumi segala macam proses dari penanaman peony sehingga kepada pemprosesan dan penjualan. Terdapat lebih dari 240 produk kosmetik peony, produk kebersihan diri dan produk makanan yang dibangunkan, menjadikan ia sebagai pangkalan eksport terbesar China bagi bunga peony dan produk yang berkaitan.

Kerajaan Heze telah melancarkan Anugerah Siri Peony Dunia Mekar untuk mempromosikan seterusnya pengembangan bagi industri peony dan budaya dan seni peony. Pada Mei tahun ini, anugerah akan disampaikan untuk Pertandingan Seni Bertemakan Peony, Pertandingan Kaligrafi, Pertandingan Fotografi, dan Pertandingan Reka Bentuk Kreatif Kebudayaan dalam kategori budaya dan seni peony, serta bagi Pertandingan Pertunjukan Peony, Inovasi Saintifik Peony, dan Inovasi Model Perniagaan Industri Peony di dalam kategori pengembangan industri peony.

Sumber: Pejabat Penerangan bagi Kerajaan Rakyat Perbandaran Heze

Pautan Lampiran Imej:
 
   Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=389066
 
   Kapsyen: Persidangan Peony Sedunia 2021
 
   Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=389070
 
   Kapsyen: Peony hiasan di Heze
 
   Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=389071
 
   Kapsyen: Memproses stamen bunga peony
 
   Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=389072
 
   Kapsyen: Produk kreatif dan kebudayaan yang bertemakan Peony

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.