ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  EIG MENANDATANGANI PERJANJIAN INFRASTRUKTUR $12.4 BILLION DENGAN ARAMCO

Monday 12/04/2021



Konsortium yang diketuai oleh EIG akan memperoleh 49% kepentingan ekuiti dalam entiti baharu, Aramco Oil Pipelines Co., dengan hak kepada pembayaran tarif selama 25 tahun untuk minyak yang diangkut melalui rangkaian saluran paip minyak mentah Aramco yang stabil

Satu daripada urus niaga infrastruktur tenaga terbesar di dunia

WASHINGTON, 12 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- EIG, sebuah pelabur institusi terkemuka kepada sektor tenaga global dan satu daripada pelabur infrastruktur terkemuka di dunia, hari ini mengumumkan bahawa ia telah memasuki satu perjanjian pajakan dan pajakan balik dengan Saudi Arabian Oil Co. (“Aramco”), di mana sebuah konsortium pelabur yang diketuai oleh EIG akan memperoleh 49% kepentingan ekuiti di dalam Aramco Oil Pipelines Company (“Aramco Oil Piplines”), sebuah entiti yang baharu dibentuk dengan hak kepada pembayaran tarif selama 25 tahun untuk minyak yang diangkut melalui rangkaian saluran paip minyak mentah Aramco yang stabil. Urus niaga itu bernilai kira-kira $12.4 bilion dengan Aramco memegang baki 51% kepentingan di dalam entiti baharu itu, menunjukkan jumlah nilai ekuiti bagi Aramco Oil Pipeline sekitar kira-kira $25.3 bilion.

Rangkaian saluran paip itu, yang termasuk kesemua saluran paip minyak mentah Aramco yang stabil bagi yang sedia ada dan yang akan datang di Kerajaan Arab Saudi, menghubungkan medan minyak ke rangkaian hiliran. Rangkaian saluran paip itu mengangkut 100% minyak mentah Aramco yang dihasilkan di Kerajaan itu di bawah Perjanjian Konsesi itu.

Sebagai sebahagian daripada urus niaga itu, Aramco akan memajak hak penggunaan di dalam rangkaian saluran paip minyak mentah mereka yang stabil kepada Aramco Oil Pipelines, dan Aramco Oil Pipelines akan memajak balik kepada Aramco hak eksklusif kepada penggunaan, mengangkut, mengendali dan menyelenggara rangkaian saluran paip itu sepanjang tempoh 25 tahun itu sebagai pertukaran bagi satu tarif berasaskan volum suku tahun, yang dibayar oleh Aramco. Tarif itu akan disokong oleh komitmen volum minimum. Aramco akan pada setiap masa mengekalkan hak milik kepada, dan kawalan pengendalian bagi, rangkaian saluran paip itu dan akan menanggung semua risiko pengendalian dan perbelanjaan modal. Urus niaga tersebut tidak akan mengenakan sebarang sekatan pada volum pengeluaran minyak mentah Aramco yang sebenar yang tertakluk kepada keputusan pengeluaran yang dikeluarkan oleh Kerajaan itu.

“Ini adalah satu peluang yang luar biasa bagi pelabur EIG, dan kami amat bangga untuk bekerjasama dengan Aramco dalam aset infrastruktur global tersohor ini,” kata R. Blair Thomas, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif EIG. “Urus niaga ini adalah sejajar dengan falsafah EIG untuk melabur di dalam aset yang berkualiti tinggi dengan aliran tunai yang dikontrakkan dalam infrastruktur kritikal. Kami tidak sabar-sabar melihat kepada satu perkongsian jangka panjang dengan Aramco dan untuk menyampaikan nilai bagi pelabur kami melalui pelaburan penting ini.”

Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Aramco, Amin H. Nasser, berkata: “Urus niaga penting ini menentukan jalan ke hadapan bagi program pengoptimuman portfolio kami. Kami memanfaatkan peluang-peluang baharu yang juga sejajar secara strategik dengan program Shareek yang baru dilancarkan oleh Kerajaan. Struktur modal Aramco yang kukuh akan dipertingkatkan lagi dengan perjanjian ini, yang seterusnya akan membantu memaksimumkan pulangan bagi pemegang saham kami. Di samping itu, rakan-rakan jangka panjang kami dalam usaha sama ini akan mendapat keuntungan daripada pelaburan di satu daripada infrastruktur tenaga yang paling hebat di dunia. Melangkah ke hadapan, kami akan terus meneroka peluang-peluang yang menguatkan strategi penciptaan nilai jangka panjang kami.”

Urus niaga itu dijangka ditutup secepat yang boleh dilaksanakan, tertakluk kepada syarat-syarat penutupan biasa, termasuk sebarang kawalan penggabungan yang diperlukan dan kelulusan kawal selia yang berkaitan.

HSBC Bank plc bertindak sebagai penasihat kewangan kepada EIG berhubung dengan urus niaga itu, dan Latham & Watkins bertindak sebagai penasihat undang-undang EIG.

Maklumat mengenai EIG

EIG adalah sebuah pelabur institusi terkemuka untuk sektor tenaga global dengan $22.0 bilion di bawah pengurusan setakat 31 Disember, 2020. EIG membuat pengkhususan di dalam pelaburan persendirian dalam tenaga dan infrastruktur yang berkaitan dengan tenaga di peringkat global. Sepanjang 39 tahun sejarahnya, EIG telah memberikan komitmen lebih $34.9 bilion kepada sektor tenaga melalui 365 projek atau syarikat di 36 buah negara di enam benua. Pelanggan EIG termasuk banyak pelan pencen terkemuka, syarikat insurans, pembiayaan, yayasan dan dana kekayaan negara di Amerika Syarikat, Asia dan Eropah. EIG beribu pejabat di Washington, D.C. dan mempunyai pejabat di Houston, London, Sydney, Rio de Janeiro, Hong Kong dan Seoul. Untuk maklumat tambahan, sila layari  laman web EIG di www.eigpartners.com.

Maklumat mengenai Aramco

Aramco adalah sebuah syarikat tenaga dan kimia bersepadu global. Kami didorong oleh kepercayaan utama kami bahawa tenaga adalah merupakan peluang. Dari pengeluaran kira-kira satu dalam setiap lapan tong bagi bekalan minyak dunia kepada mengembangkan teknologi tenaga baharu, pasukan global kami berdedikasi untuk mewujudkan impak dalam semua yang kami lakukan. Kami memberi tumpuan kepada menjadikan sumber kami lebih boleh diharapkan, lebih mapan dan lebih berguna. Ini membantu menggalakkan kestabilan dan pertumbuhan jangka panjang di seluruh dunia. www.aramco.com.
 
 
Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20210409005457/en/

Hubungi

EIG
Sard Verbinnen & Co.
Kelly Kimberly / Brandon Messina
+1 212-687-8080
EIG-SVC@sardverb.com

Aramco
Perhubungan Media Antarabangsa: international.media@aramco.com
Perhubungan Pelabur: investor.relations@aramco.com

Sumber : EIG

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.