ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  ZYNGA MELANCARKAN PERMAINAN MUDAH ALIH 3-PERLAWANAN MODEN PUZZLE COMBAT

Friday 09/04/2021



Table

Zynga Melancarkan Permainan Mudah Alih 3-Perlawanan Moden Puzzle Combat (Grafik: Business Wire)


Susulan kepada Permainan Popular Empires & Puzzles, Puzzle Combat Menggabungkan Sistem RPG Dengan Kombinasi Padanan yang Unik


SAN FRANCISCO, 9 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Zynga Inc. (Nasdaq: ZNGA), sebuah peneraju dunia di dalam hiburan interaktif, hari ini mengumumkan pelancaran Puzzle Combat di seluruh dunia, sebuah permainan pelakuan peranan aksi (RPG) 3-permainan mudah alih baharu di mana pemain merekut wira-wira, membina pangkalan dan bersaing dalam pertarungan pemain lawan pemain (PvP) dalam satu suasana bertemakan zombi. Puzzle Combat dibangunkan oleh Small Giant Games yang berpangkalan di Helsinki, sebuah anak syarikat Zynga Inc. dan studio yang telah menghasilkan permainan popular Empires & Puzzles.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20210408005009/en/

Dalam Puzzle Combat, pemain akan melibatkan diri mereka dalam memerangi musuh dari Dread Army yang berbahaya dengan kuasa kekuatan dengan mewujudkan kombinasi perlawanan yang unik. Pemain merekrut pengintip, ahli perubatan, pakar perobohan dan banyak lagi untuk bertarung di pihak mereka, masing-masing membawa serangan khas yang unik ke medan pertarungan itu. Pemain akan juga mereka bentuk pangkalan yang tidak dapat ditembusi dengan membina dan menaik taraf bangunan seperti faundri, bengkel, sekolah latihan dan tempat tinggal.

Puzzle Combat memberikan pemain dengan cepat memerintah skuad pahlawan yang muktamad, kesemuanya melalui keseronokan biasa bagi satu pengalaman 3-perlawanan,” kata Jose Saarniniemi, Pengarah Urusan bagi Small Giant Games. “Dengan menggabungkan elemen utama bagi Empires & Puzzles dengan satu reka bentuk permainan bertemakan tempur moden yang baharu, Puzzle Combat mengasyikkan pemain dalam sebuah dunia maya yang dinamik dan penuh aksi yang dipenuhi dengan zombi. Berikutan pengeluaran hari ini, kami mengharapkan Puzzle Combat untuk membina sebuah komuniti pemain yang terlibat dengan tema tambahan dan ciri-ciri yang dipertingkatkan yang direka untuk menarik minat pemain dari seluruh pelusuk dunia.”

Puzzle Combat memadankan pemain dalam pertempuran PvP dengan pemain lain di seluruh dunia. Untuk mencapai penguasaan pertempuran, pemain memanggil beratus-ratus wira yang secara individu sangat kuat, setiap satu dengan keupayaan unik, dan mengumpul senjata yang berbeza untuk dipertingkat dan digunakan di lapangan. Ketika pemain bergerak maju, mereka dapat juga bergabung dengan pakatan untuk berkongsi taktik terbaik dan bersaing dalam acara-acara berpasukan yang mencabar untuk mempromosikan wira-wira mereka, bergerak maju bersama dan membentuk kekuatan pertempuran yang muktamad.

Sorotan permainan utama termasuk:
  • Lebih daripada 200 wira unik untuk dikumpul dan dipertingkatkan oleh pemain.
  • Aksi 3-perlawanan yang pantas dengan serangan khas dibuka dengan memadankan corak yang sama dalam kombinasi yang unik.
  • Bangunan pangkalan yang direka untuk melatih rekrut anda untuk menjadi wira, mengusahakan untuk makanan, logam lombong, barang pertempuran kritikal dan banyak lagi.
  • Musim serangan PvP yang meluas dengan ganjaran yang bernilai.
  • Mod permainan pakatan kerjasama untuk membuka mesin perang yang kuat, menyerang saingan dalam pertempuran pasukan dan menguasai dalam acara berpasukan.
  • Ciri-ciri sosial, seperti sembang global dan pakatan, membolehkan pemain untuk bertukar-tukar taktik dan membentuk pasukan bagi mencapai tahap permainan seterusnya.
  • Acara masa terhad untuk memperoleh ganjaran unik dan bersaing dengan pemain lain.
 
Puzzle Combat kini tersedia untuk iOS dan Android  sebagai sebuah muat turun percuma.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:
Facebook
Twitter
Instagram

Zynga akan mengeluarkan keputusan suku pertama 2021 mereka setelah penutupan pasaran pada Rabu, 5 Mei, 2021.

Nota Editor:

Untuk melihat aset sokongan bagi Puzzle Combat, sila klik di sini.

Maklumat mengenai Zynga Inc.

Zynga adalah sebuah peneraju dunia di dalam hiburan interaktif dengan satu misi untuk menghubungkan dunia menerusi permainan. Sehingga kini, lebih daripada satu bilion orang telah memainkan francais Zynga termasuk CSR Racing™, Empires & Puzzles™, Merge Dragons!™, Merge Magic!™, Toon Blast™, Toy Blast™ dan Words With Friends™. Permainan Zynga boleh didapati di lebih 150 buah negara dan boleh dimainkan merentasi platform sosial dan peranti mudah alih di seluruh dunia. Ditubuhkan pada tahun 2007, syarikat itu beribu pejabat di San Francisco dengan mempunyai lokasi di Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Ireland, India, Turki dan Finland. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zynga.com atau ikuti Zynga di TwitterInstagramFacebook atau di blog Zynga.

KENYATAAN YANG BERPANDANGAN KE HADAPAN

Siaran akhbar ini mengandungi kenyataan yang berpandangan ke hadapan, yang berkaitan, antara lain, dengan jangkaan kami berkaitan dengan pelancaran Puzzle Combat, termasuk pelancaran dan penerimaannya, penggunaan oleh pemain, ciri-ciri permainan dan sorotan permainan, dan peluang-peluang pertumbuhan secara keseluruhan. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan seringkali merangkumi perkataan seperti “akan,” “merancang,” “bermaksud,” “menjangka,” “percaya,” “sasaran,” “mengharapkan,” dan kenyataan dalam bentuk kala kelak yang lazimnya berpandangan ke hadapan. Pencapaian atau kejayaan bagi perkara yang diliputi oleh kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu melibatkan risiko, ketidaktentuan, dan andaian yang signifikan. Kebergantungan yang tidak wajar tidak harus diletakkan kepada kenyataan yang berpandangan ke hadapan seperti itu, yang didasarkan pada maklumat yang ada kepada kami pada tarikh tersebut. Kami tidak berkewajipan untuk mengemas kini kenyataan tersebut. Maklumat lanjut mengenai risiko, ketidaktentuan dan andaian ini adalah atau akan dijelaskan dengan lebih terperinci di dalam pemfailan awam kami dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (“SEC”), salinannya boleh diperolehi dengan melayari laman web Perhubungan Pelabur kami di http://investor.zynga.com atau di laman web SEC di www.sec.gov.
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20210408005009/en/

Hubungi

Hubungan Media Zynga:
Jenny Taylor
jetaylor@zynga.com | (310) 849-0648

Linda Chung
lchung@zynga.com | (917) 226-8550

Sumber : Zynga

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.