ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  AXA BEKERJASAMA DENGAN GFLEX40 UNTUK MEMPERKENALKAN INSURANS PERNIAGAAN DIGITAL

Thursday 08/04/2021



Table

Sejajar dengan komitmennya untuk merapatkan jurang perlindungan untuk perniagaan kurang berinsurans di Malaysia, AXA Affin General Insurance Berhad (AXA) bekerjasama dengan GFlex40 (sebuah syarikat teknologi insurans) bagi melancarkan FlexyProtect, pelan perlindungan perniagaan dalam talian yang memenuhi keperluan perusahaan kecil dan sederhana.


KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- AXA Affin General Insurance Berhad (AXA) bekerjasama dengan GFlex40 (sebuah syarikat teknologi insurans) bagi melancarkan FlexyProtect, pelan perlindungan perniagaan dalam talian yang memenuhi keperluan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
 
PKS memainkan peranan besar dalam ekonomi negara  ̶  oleh itu AXA komited untuk merapatkan jurang perlindungan untuk perniagaan kurang berinsurans di Malaysia. Kerjasama ini mengukuhkan fokus AXA dalam meningkatkan produknya yang sedia ada, memacu transformasi digital dan mendorong strategi saluran omni. 

Menurut Emmanuel Nivet, Ketua Pegawai Eksekutif AXA, dengan memanfaatkan keupayaan teknologi GFlex40 yang berkongsi aspirasi dan nilai sama dalam  mengutamakan pelanggan, AXA berusaha untuk menawarkan pelan perlindungan perniagaan yang mudah, berpatutan dan mudah diakses melalui teknologi digital yang inovatif. 

“Melalui kerjasama ini, kami bukan saja dapat membantu PKS dalam mengurangkan risiko yang tidak terduga, malah memudahkan akses terhadap perlindungan perniagaan kepada mereka. Kami amat teruja dengan prospek inisiatif digital ini. Seiringan dengan kekuatan agensi kami yang memiliki kepakaran dan pengalaman, kami yakin kami dapat memperkasakan PKS dengan menawarkan perlindungan dan sokongan kewangan yang berterusan untuk membantu perniagaan mereka dalam dunia yang semakin digital ini,” kata Emmanuel.
 
Ditaja jamin oleh AXA, FlexyProtect menawarkan tiga pelan mudah dan kos efektif yang dapat disesuaikan berdasarkan keperluan dalam persekitaran perniagaan semasa. Ia memberi PKS fleksibiliti untuk memilih manfaat yang diingini, daripada perlindungan komprehensif hingga manfaat khusus untuk gerai makanan dan minuman serta pusat pembelajaran.
 
FlexyProtect boleh dibeli melalui portal dalam talian GFlex40. Dengan memperkenalkan pengalaman digital dari mula hingga akhir, proses permohonan dapat diringkaskan lagi kepada hanya  3 - 5 langkah mudah, sekaligus mengurangkan masa yang diperlukan untuk memperolehi insurans perniagaan dari beberapa hari ke beberapa minit sahaja. Perniagaan boleh menikmati kawalan penuh terhadap keseluruhan proses permohonan dalam talian, daripada pendaftaran akaun hingga mendapatkan perlindungan hanya di hujung jari.
 
Ini dapat direalisasikan melalui teknologi proprietari dalaman GFlex40 - Expert Visual (aided) Actuarial Nexus (EVAN), yang menguasakan kebolehan GFlex40 untuk melaksanakan aktiviti dengan tepat seperti penajajaminan pelanggan berdasarkan peraturan, pengenalan biometrik dan pengesahan pelanggan (E- KYC), tangkapan data daripada ID, saringan Anti Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan, pengecaman imej dan pengesahan kesahihan dokumen.
 
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.flexyprotect.com


SUMBER : AXA Affin General Insurance Berhad​

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
AXA Affin General Insurance 

Nama : Sheena Ho
Tel : +603 2170 8548/012 309 1193
E-mel : sheena.ho@axa.com.my
 
Nama : Allison Lee
Tel : +603 2170 8259/016 228 2916
E-mel : allison.lee@axa.com.my

 
Corporate Responsibility strategy: 
axa.com/en/about-us/strategy-commitments
 
SRI ratings:  
axa.com/en/investor/sri-ratings-ethical-indexes 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.