ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  IKANO CENTRES LANCARKAN CREATIVE SPARK, INISIATIF UNTUK CERIAKAN TEMPAT PERTEMUAN DI BATU KAWAN

Wednesday 07/04/2021



Fasa pertama pusat beli-belah terus diperluas melalui perhubungan komuniti selain menambah F&B baharu dalam konsep pandu lalu menjelang pertengahan 2021
 
BATU KAWAN, Malaysia, 7 April (Bernama-PRNewswire) -- Ikano Centres, yang merupakan sebahagian daripada IKEA Southeast Asia, sukacita untuk mengumumkan pelancaran Creative Spark, sebuah platform berasaskan seni yang bertujuan mendorong penglibatan masyarakat menerusi program seni bimbingan mentor. Inisiatif ini dimulakan dengan pelancaran mural grafiti 'Building Yourself' (Bina Kekuatan Diri) di pusat beli-belahnya di Pulau Pinang, yang terletak di sebelah IKEA Batu Kawan. Mural tersebut melambangkan permulaan baharu bagi komuniti dan bandar yang serba dinamik ini.
 
Mural tersebut, yang dilukis dengan kerjasama Can Can Public Art, tenaga kreatif yang mencipta ruang-ruang kreatif, khususnya seni jalanan dan awam; telah disempurnakan oleh pelukis terkenal Leonard Siaw dengan bantuan tiga graduan seni di bawah bimbingannya. Melambangkan usaha masyarakat melakar permulaan baharu, mural ini menampilkan unsur-unsur budaya yang berilhamkan muzik, pendidikan, pembelajaran, kesenian dan budaya pop. Ciri-ciri tersebut diketengahkan menerusi buku, ilustrasi grafik dan corak bunga yang diperlihatkan pada mural siap, yang juga dihidupkan menerusi komponen realiti terimbuh bersepadu yang membolehkan pengunjung menggunakan telefon pintar atau smartphones untuk mengimbas mural dan menyaksikan lukisannya 'dihidupkan' menerusi animasi. 'Building Yourself' adalah lukisan mural luaran interaktif yang terbesar di Pulau Pinang dan disokong oleh Galeri Seni Negeri Pulau Pinang.

"Creative Spark adalah salah satu daripada banyak inisiatif yang akan kami lancarkan untuk dan bersama komuniti tempatan di seluruh portfolio kami. Kami berharat untuk membolehkan dan memperkasakan pelawat untuk menglibatkan, menyertai dan menikmati tempat pertemuan kami di rantau ini. Memandangkan usaha membina masyarakat kini semakin relevan, matlamat kami ialah menyediakan tempat pertemuan yang memperkasakan pembelajaran, memberikan inspirasi dan menimba pengalaman, dan juga menggalakkan hubungan kemasyarakatan," kata Adrian Mirea, Pengarah Urusan Pusat Beli-Belah Penggunaan Bercampur IKEA Southeast Asia.

Beliau menyambung, "Kami teruja untuk menyediakan ruang kreatif untuk bakat-bakat baharu yang sedang meningkat naik untuk memperlihatkan keupayaan dan mengasah kemahiran mereka, selain berinteraksi dengan insan-insan lain yang sehaluan. Selain daripada komponen pandu lalu kami yang bakal dilancarkan pada suku kedua tahun ini, Creative Spark adalah salah satu daripada usaha berterusan kami untuk memperluas kemudahan yang kami tawarkan kepada masyarakat Batu Kawan."

Menurut Tan Chor Whye, Ketua Pegawai Eksekutif Can Can Public Art, "Memang menjadi matlamat kami untuk menggalakkan masyarakat memikirkan semula segala kemungkinan dan mencapai potensi baharu menerusi kegiatan seni. Kami benar-benar teruja untuk berganding bahu dengan Ikano Centres dalam platform yang menyokong industri kreatif tempatan, dan juga memupuk pelukis berbakat yang sedang meningkat naik di Malaysia. Mural 'Building Yourself' ialah kerjasama yang pertama daripada beberapa yang dirancang untuk dilaksanakan kerana kami berharap untuk terus menjadikan Batu Kawan sebagai sebuah pusat kesenian dan kebudayaan."

Pengerusi Balai Seni Lukis Negeri Pulau Pinang, Lee Khai, juga menyatakan sokonganya kepada usaha mengubah Batu Kawan menjadi ruang yang menggalakkan perhubungan masyarakat. "Pulau Pinang selama ini dilihat sebagai destinasi untuk menjamu selera dan baru-baru ini juga untuk menghayati warisan kesenian. Kami gembira untuk melihat pembangunan baharu ini di Batu Kawan, yang menerapkan identiti unik Pulau Pinang. Kami berharap Creative Spark akan terus memberi inspirasi untuk mencipta seni yang membawakan sinar harapan dan keceriaan, kepada penduduk Pulau Pinang dan apabila sempadan negeri dibuka semula, kepada seluruh rakyat Malaysia dan juga para pelancong," katanya.

Program bimbingan mentor Creative Spark ialah inisiatif oleh Ikano Centres untuk meraikan segala bentuk seni seperti muzik, tarian dan teater. Platform ini juga menggalakkan komuniti untuk berhubung dan menyerlahkan bakat seni kreatif unik masing-masing di kemudahannya di Malaysia dan Thailand.
 
HUBUNGI: Sara Rashidi <rashidis@RuderFinnAsia.com>

SUMBER: Ikano Centres

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.