ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 28, 2024 -Khamis

 
  FWD TAKAFUL LANCARKAN FWD CI FIRST UNTUK MEMUDAHKAN PERLINDUNGAN PENYAKIT KRITIKAL

Wednesday 07/04/2021



Table

Memperkenalkan FWD CI First, pelan penyakit kritikal yang mudah dan ringkas



Pelan penyakit kritikal yang kurang rumit dan kekangan menjadikan proses tuntutan lebih mudah

KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- FWD Takaful Berhad (“FWD Takaful”) hari ini mengumumkan pelancaran FWD CI First, pelan yang direka untuk mengurangkan kerumitan dan kekangan bagi melindungi penyakit kritikal. FWD CI First membolehkan pemilik sijil membuat tuntutan sekiranya mereka mengalami masalah perubatan yang besar atau impak gaya hidup, tanpa mengira jenis penyakit, termasuk penyakit yang jarang atau tidak diketahui.
 
FWD CI First tersedia untuk melindungi individu berumur sehingga 85 tahun dengan jumlah perlindungan sehingga RM1,000,000 untuk memenuhi keperluan pelanggan. Pelan ini menawarkan manfaat yang merangkumi penyakit kritikal dan impak gaya hidup, manfaat kematian, serta pengecualian sumbangan. Dengan manfaat pilihan ganjaran tempoh matang, pelanggan juga akan mendapat kembali wang daripada jumlah sumbangan yang dibayar setelah sijil matang sekiranya mereka tidak membuat sebarang tuntutan.
 
Salim Majid Zain, Ketua Pegawai Eksekutif FWD Takaful, berkata, “Pelan penyakit kritikal tradisional biasanya tertumpu pada senarai panjang penyakit kritikal yang spesifik yang akhirnya menjadikan proses tuntutan lebih sukar dan kompleks. Dengan mengambil pendekatan yang didorong oleh pelanggan, kami mencipta FWD CI First untuk mempermudahkan perlindungan penyakit kritikal dengan tidak menyenaraikan perlindungan yang rumit supaya pelanggan tidak berasa risau sekiranya mengalami sebarang penyakit kritikal.”
 
Pelan ini turut memperkenalkan perlindungan baharu antaranya seperti pengesanan penyakit kritikal daripada tahap awal sehingga tahap akhir, kemasukan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) atas sebab-sebab tertentu dan pembedahan organ-organ penting yang kompleks. Tambahan lagi, ciri pengecualian sumbangan akan mengecualikan semua sumbangan masa hadapan apabila 50% daripada jumlah tuntutan yang dilindungi dibayar dan perlindungan sijil akan diteruskan.
 
Wan Mohd Fadhlan Wan Azmi, Ketua Pegawai Agensi FWD Takaful, berkata, "Sebilangan besar rakyat Malaysia salah faham apabila sudah mendapat perlindungan perubatan atau dilindungi pelan perubatan oleh majikan, mereka tidak perlu mengambil perlindungan penyakit kritikal. Walau bagaimanapun, perlindungan penyakit kritikal berbeza kerana ia membayar amaun manfaat secara sekaligus supaya anda dapat gunakan mengikut keperluan anda, berbanding dengan pelan perubatan biasa yang hanya membayar perbelanjaan hospital dan prosedur perubatan yang ditanggung."
 
Dengan FWD CI First, pelanggan dapat menikmati manfaat berikut:


• Penyakit Kritikal dan Impak Gaya Hidup - kami akan membayar sehingga 100% daripada jumlah dilindungi jika orang dilindungi memerlukan rawatan perubatan utama atau mengalami kerosakan organ utama, didiagnosis dengan penyakit kritikal biasa atau keadaan penyakit kritikal yang tidak dapat dirawat.
• Kematian - perlindungan sehingga 100% daripada jumlah dilindungi.
• Pengecualian Sumbangan - kami akan mengecualikan sumbangan masa hadapan apabila 50% daripada jumlah tuntutan dilindungi telah dibayar dan sijil akan terus berkuatkuasa sehingga tempoh matang.
• Ganjaran Tempoh Matang (pilihan) - kami akan membayar 100% daripada jumlah sumbangan yang dibayar setelah sijil matang dengan syarat tidak ada tuntutan yang dibuat selama tempoh perlindungan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai FWD CI First dan manfaatnya, layari fwd.com.my/en/protect/FWD-CI-First atau hubungi mana-mana ejen sah FWD Takaful. Sebagai alternatif, hubungi 1300 13 7988 atau e-mel contact.my@fwd.com untuk maklumat lanjut.

Mengenai FWD Takaful Berhad

FWD Takaful Berhad (“FWD Takaful”) adalah pengendali Takaful di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan Takaful keluarga. FWD Takaful dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia.

Ia adalah unit perniagaan Takaful Kumpulan FWD (“FWD”) - yang merangkumi 10 pasaran di Asia termasuk Hong Kong SAR & Macau SAR, Thailand, Indonesia, Filipina, Singapura, Vietnam, Jepun, Malaysia dan Kemboja; menawarkan insurans hayat dan perubatan, insurans am, pelan perlindungan pekerja, pelan perlindungan Shariah dan Takaful keluarga merentasi beberapa pasarannya.

FWD menumpukan usaha untuk mencipta pengalaman pelanggan yang baru dan menjadikan insurans lebih mudah, cepat dan lancar, dengan pembaharuan yang inovatif dan pelan perlindungan yang mudah difahami, disokong oleh teknologi digital. Melalui pendekatan yang didorong oleh pelanggan ini, FWD mensasarkan untuk menjadi peneraju insurans Asian yang mengubah pandangan terhadap insurans.

Ditubuhkan di Asia pada tahun 2013 dengan matlamat sebagai perintis, FWD adalah perniagaan insurans utama kumpulan pelaburan, Pacific Century Group

Untuk maklumat lanjut, sila layari fwd.com.my.

SUMBER: FWD Takaful Berhad

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Arnee Ismail
Brand, PR & Communications, Marketing
Tel: (60) 3 2771 7776 / (60) 19 663 3390
E-mel: arnee.ismail@fwd.com

Nama: Aslinda Aminuddin
PR & Communications, Marketing
Tel: (60) 3 2771 7784 / (60) 12 294 5805 
E-mel: aslinda.aminuddin@fwd.com

E-mel: media.my@fwd.com

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.