ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  UDA DAN BANK MUAMALAT MENGGALAKKAN PEMILIKAN HARTANAH KEDIAMAN DAN KOMERSIAL MELALUI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU)

Friday 02/04/2021



KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Selaras usaha memperkasa semua lapisan masyarakat dan usahawan dalam pemilikan hartanah kediaman dan komersial, UDA Holdings Berhad (UDA) agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) dan Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) semalam memeterai memorandum persefahaman (MoU) yang merangkumi pelbagai aspek perniagaan serta kemudahan fasiliti bagi individu dan entiti perniagaan di seluruh Malaysia.

Untuk segmen hartanah, UDA menyediakan pelbagai jenis produk hartanah di seluruh negara manakala, untuk segmen individu, Bank Muamalat menyediakan kemudahan pembiayaan dan khidmat nasihat untuk pembelian rumah, kenderaan dan pelaburan runcit serta pembiayaan peribadi. Selain itu, bagi segmen perniagaan pula, khidmat nasihat dan kemudahan fasiliti disasarkan untuk usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) yang melibatkan vendor dan rakan niaga.

Bank Muamalat akan menyediakan pembiayaan akhir (end-financing) kepada pembeli berpotensi untuk produk hartanah yang dibangunkan oleh UDA di seluruh Malaysia. Ini melibatkan projek perumahan dan komersial pelbagai peringkat termasuk projek mampu milik dan wakaf.

Melalui MoU ini, lebih ramai golongan mampu memiliki hartanah, antaranya melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) dan Skim Rumah PertamaKu (SRP) yang disediakan oleh Bank Muamalat dengan kerjasama Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad dan Cagamas Berhad.

MoU tersebut telah dimeterai dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Ibu Pejabat UDA di Blok Menara Kompleks Pertama semalam. UDA diwakili oleh Encik Sr Mohd. Salem Kailany selaku Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif manakala Bank Muamalat diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya Encik Khairul Kamarudin.

Menteri MEDAC, YB Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata beliau berharap MoU ini akan mencapai matlamatnya. “Pemeteraian MoU ini diharap dapat membantu lebih ramai golongan terutamanya usahawan untuk memiliki hartanah di tengah bandar dan di sub bandar. Ini secara tidak langsung dapat membantu menaik taraf kehidupan mereka agar terus berkembang maju. Dengan adanya pakej pembiayaan perumahan Bank Muamalat dan hartanah oleh UDA ini, ianya dapat memudahkan lagi semua golongan dan peringkat memiliki hartanah sendiri,” jelas Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi.

Antara projek perumahan dan komersial UDA yang sedang dibangunkan termasuk Residensi Legasi Kampung Bharu, Residensi Akasia Jubilee dan Residensi 38 Bangsar Kuala Lumpur, Unit Komersial Elevate dan Kondominium Evoke di Seberang Perai dan banglo Crescent Dew di Bertam Kepala Batas, Pulau Pinang, Pisonia Ville dan Rossa Terrace Bandar UDA Utama Johor Bahru, Pusat Perniagaan Coast di Kemaman dan banglo Sarai Kuala Terengganu Golf Resort di Terengganu, rumah berkembar di Pelindung Heights di Kuantan Pahang serta projek wakaf di Taman Sultan Sallehuddin Alor Setar Kedah iaitu Unit Komersial TC Avenue, rumah kos rendah 1 tingkat dan rumah teres 2 tingkat.

Datuk Seri Jalaluddin Alias, Pengerusi UDA pula berharap peluang baik ini diambil setiap mereka yang layak. “Menerusi pemeteraian MoU ini, UDA dan Bank Muamalat dapat membuka peluang untuk membantu lebih ramai dalam pemilikan hartanah, antaranya SJKP dan SRP yang disediakan oleh Bank Muamalat. Ini selari dengan prinsip perniagaan UDA iaitu memperkasa gaya hidup lestari,” menurut Datuk Seri Jalaluddin.

“MoU ini bermatlamat untuk menggerakkan usaha bagi meningkatkan kadar pemilikan hartanah setiap segmen di Malaysia,” tambah Datuk Seri Jalaluddin.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat Khairul Kamarudin berkata “Bank Muamalat bakal menawarkan kadar keuntungan dan terma kompetitif untuk pembelian hartanah melalui pembiayaan akhir (end-financing) kepada pembeli berpotensi yang mempunyai penilaian kredit yang memuaskan. Bank Muamalat juga menawarkan kemudahan pembiayaan peribadi, kenderaan dan pelaburan runcit untuk semua golongan di seluruh Malaysia,” katanya.

Bank Muamalat dan UDA akan bersama-sama menganjurkan persidangan, seminar, roadshow, ceramah dan aktiviti pemasaran di seluruh Malaysia dalam usaha memasarkan dan berkongsi maklumat berhubung pakej pembiayaan dan hartanah yang ditawarkan melalui MoU ini.

SUMBER : UDA Holdings Berhad
 
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Latifah Osman (Lat)
Tel : +6012 291 5427
E-mel : lat@udanet.com

Nama : Nor Hanisah Kamaruzaman (Nisa)
Tel : +6013 597 4264
E-mel : n.hanisah@udanet.com

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.