ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  AXA MELANCARKAN "SMART WORKING" UNTUK MENINGKATKAN KESEIMBANGAN HIDUP BEKERJA, MEMBINA KETAHANAN DAN MENDORONG PERKEMBANGAN MAMPAN

Monday 01/03/2021



Table
AXA Affin General Insurance Berhad (AXA) baru-baru ini telah melancarkan Smart Working  ̶  cara kerja hibrid yang menggabungkan kerja  jarak jauh dan kehadiran di pejabat. Penyesuaian sedemikian akan menawarkan AXA rangka seimbang yang menggabungkan fleksibiliti kerja jarak jauh, sambil mengekalkan pejabat sebagai tunjang untuk interaksi sosial dan pembangunan masyarakat.


KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- AXA Affin General Insurance Berhad (AXA) baru-baru ini telah melancarkan Smart Working  ̶  cara kerja hibrid yang menggabungkan kerja  jarak jauh dan kehadiran di pejabat.
 
Menyedari bahawa pandemik COVID-19 telah membentuk semula tenaga kerja dan bekerja jarak jauh pada skala yang besar, AXA sebagai majikan yang progresif percaya betapa pentingnya untuk syarikat memikirkan semula amalan kerjanya bagi membina model perniagaan yang berdaya tahan dan lestari bagi menyokong pelanggan, pekerja dan masyarakat pada umumnya.
 
Memodelkan gaya kerja yang sejajar dengan tujuannya iaitu "Bertindak untuk kemajuan manusia dengan melindungi perkara yang penting", AXA Smart Working menggabungkan aspek terbaik daripada kerja jarak jauh dan bekerja di pejabat, tanpa menyekat mana-mana pekerja AXA daripada bekerja sepenuh masa di pejabat atau di rumah pada bila-bila masa yang mereka mahu atau perlu. Penyesuaian sedemikian akan menawarkan AXA rangka seimbang yang menggabungkan fleksibiliti kerja jarak jauh, sambil mengekalkan pejabat sebagai tunjang untuk interaksi sosial dan pembangunan masyarakat.
 
Menurut Emmanuel Nivet, Ketua Pegawai Eksekutif AXA, para pekerjanya penting dalam pelancaran tempat kerja hibrid baharu dalam dunia pekerjaan pasca-COVID.
 
"Semasa ia merebak tahun lalu, kami berpeluang melihat kesan kerja jarak jauh pada skala besar terhadap organisasi kami dan kami sangat berbangga kerana kami dapat menyesuaikan diri dengan begitu cepat. Kami percaya masa depan pekerjaan tidak bergantung pada 'di mana' kita bekerja. Lebih penting ialah 'bagaimana' kita bekerja dan mencapai kejayaan walau di mana kita berada. Smart Working akan mencabar kemampuan kami untuk mencapai nilai-nilai kami, memupuk kolaborasi, pemikiran yang inovatif dan banyak lagi," kata beliau.
 
AXA Smart Working adalah salah satu pemangkin utama untuk memacu nilai dan budaya Syarikat bagi menggalakkan kolaborasi, inovasi, pemerkasaan dan kepercayaan berterusan. Bekerja dari jarak jauh juga akan membantu para pekerja untuk mencapai keseimbangan hidup bekerja yang lebih baik, menggunakan sumber dengan cara yang lebih lestari dan memaksimumkan produktiviti dalam masa yang lebih singkat, lalu meningkatkan daya tahan dan kesejahteraan keseluruhan mereka. Model hibrid ini merupakan langkah penting dalam cita-cita keseluruhan AXA untuk menjadi salah satu majikan yang paling memberi inspirasi di peringkat global dan tempatan.
 
AXA Smart Working akan dilaksanakan secara progresif untuk semua pekerjaan yang layak untuk kerja jarak jauh. Fasa pertama akan dimulakan tahun ini untuk mengembangkan ekosistem yang menyokong Smart Working  ̶  dari pengaktifan teknologi, pengurusan perubahan, dasar dan pentadbiran hingga kesediaan pekerjanya. AXA juga akan memberi tumpuan untuk menyediakan pelbagai alat latihan demi meningkatkan keupayaan digital pekerja dan autonomi pengurusan pekerjanya dalam menerapkan cara kerja baharu ini untuk mendapatkan manfaat daripada model kerja hibrid ini.

Sumber: AXA Affin General Insurance Berhad 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Sheena Ho
Tel: +603 2170 8548/012 309 1193
E-mel : sheena.ho@axa.com.my 

Nama: Allison Lee
Tel: +603 2170 8259/016 228 2916
E-mel: allison.lee@axa.com.my 

Corporate Responsibility strategy: 
axa.com/en/about-us/strategy-commitments
 
SRI ratings:  
axa.com/en/investor/sri-ratings-ethical-indexes

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.