ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  ​C3 AI DAN BAKER HUGHES AKAN MENYEDIAKAN PENYELESAIAN AI PERUSAHAAN UNTUK MEMPERCEPATKAN PROGRAM TRANSFORMASI DIGITAL PETRONAS

Monday 01/03/2021



· Baker Hughes dan C3 AI akan menyampaikan penyelesaian AI perusahaan BakerHughesC3.ai (BHC3)
· Penerapan bagi Suite AI BHC3 dan Kebolehpercayaan BHC3 oleh  PETRONAS akan dimulakan dengan aplikasi penyelenggaraan ramalan untuk turbin gas, pemampat, dan injap kawalan

REDWOOD CITY, Calif. & HOUSTON, 1 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE)-- C3 AI (NYSE: AI) dan Baker Hughes hari ini mengumumkan satu kerjasama kecerdasan buatan (AI) dengan PETRONAS, sebuah syarikat tenaga dan penyelesaian global dari Malaysia, untuk menerapkan teknologi BakerHughesC3.ai (BHC3) merentasi program transformasi digital strategik PETRONAS.

Sebagai penjaga bagi sumber minyak dan gas kebangsaan Malaysia, PETRONAS menjalankan sebuah program transformasi digital yang meluas merentasi operasi tenaga untuk mengekstrak nilai daripada data. Penerapan bagi AI sebagai bahagian daripada program keseluruhan mereka untuk peningkatan produktiviti minyak dan gas, integriti aset, dan keselamatan menyokong komitmen PETRONAS kepada menyediakan penyelesaian tenaga yang bersih dan cekap dengan memanfaatkan kekuatan teknologi.

PETRONAS akan bergabung dengan teknologi tenaga, sains data, dan pakar-pakar AI di Baker Hughes dan C3 AI untuk bekerjasama pada projek yang ditumpukan kepada peningkatan kebolehpercayaan bagi aset tenaga di dalam operasi kritikal. Dengan memanfaatkan Microsoft Azure, PETRONAS akan menggunakan aplikasi Kebolehpercayaan BHC3™ untuk meningkatkan lagi program penyelenggaraan bagi turbin gas dan, dalam satu projek yang berasingan, meningkatkan kebolehpercayaan bagi injap kawalan dengan mengesan keadaan yang tidak normal, sekali gus mencegah masa henti.

“PETRONAS menangani tuntutan tenaga pada hari ini dengan memanfaatkan kuasa digital sebagai sebuah pemecut, teknologi sebagai sebuah pembeza, dan data sebagai sebuah aset,” kata Naib Presiden Kanan Penyampaian dan Teknologi Projek PETRONAS, Samsudin Miskon. “PETRONAS adalah komited untuk mempercepatkan transformasi digital yang menyampaikan produktiviti, kecekapan, kebolehlihatan, keselamatan dan prestasi. Kecerdasan ramalan bagi AI adalah sangat penting untuk memenuhi keperluan ini, dan ini hanya mungkin dilakukan dengan AI yang memacukan hasil pada kadar dan skala.”

“Program ini meneruskan perhubungan yang kukuh di antara Baker Hughes dan PETRONAS untuk memacukan produktiviti dan kecekapan bagi tenaga yang lebih bersih dan selamat,” kata Uwem Ukpong, naib presiden eksekutif bagi wilayah, pakatan & penjualan perusahaan di Baker Hughes. “AI akan memainkan satu peranan yang kritikal di dalam program transformasi digital yang merapatkan permintaan hari ini bagi tenaga dengan peralihan tenaga pada hari esok. Kami amat teruja kerana dapat bekerjasama dengan PETRONAS memandangkan ia memimpin di dalam transformasi digital dan menggunakan kekuatan sepenuhnya bagi AI perusahaan.”

“Pemilihan PETRONAS bagi teknologi BHC3 dari Baker Hughes dan C3 AI memperlihatkan daya pecutan bagi program transformasi digital yang menyampaikan strategi dalam menjanjikan tenaga yang lebih bersih,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Teknologi C3 AI Ed Abbo. “Kepakaran teknologi tenaga yang mendalam bagi Baker Hughes, bersama-sama dengan teknologi AI C3 telah dibangunkan sepanjang 10 tahun yang lalu, dengan memudahkan penerapan pemimpin bagi AI sebagai sebagai teknologi digital transformatif untuk industri tenaga.”

“Bagi industri tenaga, ini adalah masa bagi transformasi yang signifikan,” kata Andrea Della Mattea, Presiden bagi Microsoft di Asia Pasifik. “Dengan memanfaatkan kekuatan bagi awan dan penyelesaian AI, Baker Hughes, C3 AI, dan PETRONAS sedang membantu untuk meningkatkan keselamatan pekerja, mengurangkan pelepasan melalui penyelenggaraan peralatan, dan mengambil satu langkah penting ke depan di dalam peralihan bagi industri tenaga.”

Pengumuman ini telah diterbitkan sebelum ini oleh Baker Hughes pada 9 Februari, 2021. Akses siaran media itu di BakerHughes.com di sini.

Maklumat mengenai C3.ai, Inc.

C3.ai, Inc. (NYSE: Ai) adalah sebuah penyedia utama bagi perisian AI perusahaan untuk mempercepatkan transformasi digital. C3 AI menyampaikan satu kumpulan produk yang bersepadu sepenuhnya: C3 AI® Suite, sebuah platform akhir ke akhir untuk membangun, menggerak, dan mengendalikan aplikasi AI berskala besar; Aplikasi C3 AI, sebuah portfolio aplikasi SaaS AI khusus industri; C3 AI CRM, satu suite aplikasi CRM khusus industri yang direka untuk AI dan pembelajaran mesin; dan C3 AI Ex Machina, satu penyelesaian AI tanpa kod untuk menerapkan sains data kepada permasalahan perniagaan sehari-hari. Teras bagi penawaran C3 AI adalah sebuah seni bina AI yang terbuka, dipacukan oleh model yang secara dramatik memudahkan sains data dan pembangunan aplikasi. Ketahui lebih lanjut di: www.c3.ai

Maklumat mengenai Baker Hughes:

Baker Hughes (NYSE: BKR) adalah sebuah syarikat teknologi tenaga yang menyediakan penyelesaian kepada pelanggan tenaga dan industri di seluruh dunia. Dibangunkan berdasarkan kepada pengalaman selama satu abad dan dengan mempunyai operasi di lebih 120 buah negara, teknologi dan perkhidmatan kami yang berinovatif membawa tenaga ke hadapan – menjadikannya lebih selamat, lebih bersih dan lebih efisien untuk manusia dan planet ini. Layari kami di bakerhughes.com.
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20210226005191/en/

Hubungi

Perhubungan Awam C3.ai
Edelman
Lisa Kennedy
415-914-8336
pr@c3.ai

Perhubungan Pelabur
IR@C3.ai

Hubungan Baker Hughes:

Perhubungan Media
Sharon So
+82 10-6220-2405
sharon.so@bakerhughes.com

Ashley Nelson
+1 925-316-9197
Ashley.nelson1@bakerhughes.com

Sumber : C3.ai

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.