ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  SANGFOR NGAF MENERIMA PENARAFAN 'AAA' DARI CYBERRATINGS.ORG DALAM FIREWALL PERUSAHAAN + SSL/TLS

Monday 01/03/2021



HONG KONG, 1 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Sangfor Technologies dengan bangganya mengumumkan penarafan AAA mereka di dalam Penilaian Produk Firewall Perusahaan + SSL/TLS CyberRatings.org 2021, yang dikeluarkan pada 18 Februari 2021. Sangfor NGAF menyediakan perlindungan dan kecekapan yang terbaik dalam kelasnya, dengan mencapai skor keberkesanan keselamatan yang paling tinggi pada 99.7 %. Jumlah kos pemilikan (TCO) adalah terbaik melepasi beberapa titik harga  di antara kumpulan 11 vendor yang dinilai.

CyberRatings.org, sebuah organisasi anggota  yang baru, menawarkan panduan pakar untuk menangani risiko Keselamatan Rangkaian kepada komuniti keselamatan siber. Diasaskan oleh bekas Ketua Pegawai Eksekutif NSS Labs, CyberRatings.org menyediakan penilaian yang tidak berat sebelah, laporan teknikal, dan analisis industri dari  pelbagai teknologi keselamatan siber.

“Keberkesanan keselamatan Sangfor adalah luar biasa, dengan 264 dari 264 pengelakan dan 2325 dari 2331 eksploitasi dihalang,” kata Vikram Phatak, Ketua Pegawai Eksekutif bagi CyberRatings.org. “Kepuasan pelanggan yang tinggi menjadikan produk mereka sebagai satu alternatif yang serius kepada vendor yang telah lama bertapak.”

Pandemik itu telah mengubah dunia kita. Perniagaan, pelancongan , kediaman dan bahkan IT telah berubah, dengan lebih banyak organisasi kini terpaksa bergerak lebih pantas ke arah transformasi digital. Trend kerja jarak jauh telah membawa kepada peningkatan penggunaan Cloud ,  bermaksud fleksibiliti yang lebih besar untuk mengekalkan perniagaan yang konsisten dan berterusan. Walau bagaimanapun, serangan siber sekarang menjadi lebih canggih. Oleh itu, pasukan-pasukan IT Perusahaan perlu bertindak cepat dengan  menggunakan strategi keselamatan baru  untuk melindungi aset daripada serangan siber dengan bajet yang terhad atau TCO yang lebih rendah -- elemen yang penting untuk dipertimbangkan ketika memilih sebuah Next Generation Firewall (NGFW).

Satu laporan dari pihak ketiga bebas yang baik dapat membantu anda menghapuskan kebisingan daripada semua vendor yang berbeza. Walaupun setiap vendor mendakwa teknologi mereka dapat membuat rangkaian pelanggan selamat, seseorang tidak dapat menaruh keyakinan sepenuhnya tanpa pengesahan bebas.

Keputusan Ujian yang Ditonjolkan:

· Kecekapan Keselamatan:
o 99.7% kadar halangan bagi kesemua 2331 sampel
o 100% kadar halangan bagi pengelakan
· SSL/TLS: menyokong semua suite sifar standard.
· Kestabilan dan Kebolehpercayaan: 100% dicapai pada semua ujian, membuktikan bahawa kestabilan perkakasan dan perisian NGAF dan pada masa yang sama mengesan dan memberi amaran secara berterusan apabila trafik berbahaya dikesan.

Penyelesaian Rangkaian Keselamatan Sangfor

Sebagai sebuah syarikat penyelesaian rangkaian keselamatan terkemuka, Sangfor memberi tumpuan kepada menyediakan pengalaman keselamatan yang terbaik. Ia melindungi pelanggan daripada ancaman siber dengan menggunakan fungsi pengurusan keselamatan yang komprehensif yang unik kepada NGAF.

Kerangka keselamatan XDDR Sangfor mengintegrasikan Sangfor NGAFEndpoint SecureNeural-X, dan Cyber Command untuk menyampaikan  perlindungan terbaik dalam kelasnya berdasarkan permintaan, automasi keselamatan, dan pengurusan gelung tertutup.

Sangfor NGAF adalah integrasi sepenuhnya dengan NGFW (Next Generation Firewall) + WAF (Web Application Firewall) dengan perlindungan menyeluruh  dan pertama berkemampuan  AI di dunia . Ia adalah satu penyelesaian  Firewall yang benar-benar selamat dan dipermudahkan, menyediakan satu gambaran keseluruhan yang holistik bagi rangkaian keselamatan organisasi, dengan kemudahan pengurusan untuk pentadbiran, operasi & penyelenggaraan.

Sangfor NGAF adalah sebuah penyelesaian Perlindungan  Rangkaian Perusahaan komprehensif  dari hujung ke hujung, yang direka untuk melindungi pengguna daripada ancaman dalaman, luaran, dan masa depan yang dikemas kini secara berkala untuk memastikan keselamatan rangkaian anda.

Mengapa Sangfor Technologies?

Klik DI SINI untuk memuat turun laporan lengkap dari CyberRatings.org atau layari halaman penyelesaian rangakaian keselamatan Sangfor untuk maklumat lanjut mengenai cara bagaimana Sangfor NGAF dapat memastikan perniagaan anda tidak akan lapuk dan bersedia untuk serangan siber yang akan datang.

Sangfor Technologies  adalah sebuah vendor terkemuka dunia yang berasaskan APAC bagi penyelesaian infrastruktur IT yang khusus di dalam Keselamatan Rangkaian dan Pengkomputeran Awan. Kunjungi kami di www.sangfor.com untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penyelesaian Keselamatan Rangkaian Sangfor, dan menjadikan IT anda lebih mudah, lebih selamat dan bernilai.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20210223006227/en/

Hubungi

Wen Sheng Yek
marketing@sangfor.com
639162409389

Sumber : Sangfor Technologies

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.