ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 24, 2024 -Rabu

 
  UMW HOLDINGS MEREKODKAN KEUNTUNGAN BERSIH SEBANYAK RM137.4 JUTA BAGI SUKU KEEMPAT 2020; ISYTIHAR DIVIDEN AKHIR SEBANYAK 4.0 SEN

Friday 26/02/2021



- Hasil perniagaan Kumpulan meningkat sebanyak 3.8%.
- Keuntungan sebelum cukai bagi segmen Automotif meningkat sebanyak 66.3%.
 
 
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Dengan jumlah penjualan kenderaan yang lebih tinggi, UMW Holdings Berhad (“Kumpulan”) mencatatkan keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (“PATAMI”) sebanyak RM137.4 juta bagi suku keempat yang berakhir pada 31 Disember 2020.  Hasil perniagaan bagi Kumpulan meningkat sebanyak 3.8% kepada RM3.242.3 juta berbanding dengan suku yang sama yang berakhir pada 31 Disember 2019 (“suku yang sama”) disebabkan oleh jumlah penjualan kenderaan yang lebih tinggi serta didorong oleh pengecualian cukai penjualan.
 
Tidak termasuk keuntungan “one-off” hasil daripada pelupusan tanah sebanyak RM188.1 juta yang dilaporkan pada suku yang sama tahun lalu, keuntungan sebelum cukai (“PBT”) bagi Kumpulan meningkat lebih dua kali ganda kepada RM236.9 juta pada suku terakhir tahun 2020 daripada RM109.7 juta yang dicapai pada suku yang sama tahun lalu.
 
Walaupun keadaan ekonomi pasaran agak mencabar, UMW telah mengisytiharkan dividen akhir sebanyak 4.0 sen sesaham dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM46.7 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020.
 
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif UMW Holdings Berhad, Dato' Ahmad Fuaad Kenali mengatakan, "Kumpulan mencatatkan hasil perniagaan yang lebih baik pada suku keempat tahun 2020 hasil dari jumlah penjualan kenderaan yang lebih tinggi dan didorong oleh insentif pengecualian cukai.  Di samping itu, langkah-langkah dan inisiatif yang diambil untuk meningkatkan kecekapan operasi dan mengoptimumkan kos telah memberikan sumbangan positif terhadap hasilnya."
 
Dengan jumlah penjualan kenderaan yang lebih tinggi yang didorong oleh insentif pengecualian cukai jualan, hasil perniagaan bagi segmen Automotif untuk suku keempat tahun 2020 meningkat sebanyak 8.9% kepada RM2,668.2 juta berbanding dengan suku yang sama.  UMW Toyota Motor dan Perodua telah berjaya mencapai jumlah sasaran jualan yang dikemaskini bagi tahun 2020.  Ini menjadikan PBT bagi segmen itu meningkat sebanyak 66.3% kepada RM191.0 juta.  Jangkaan dimana situasi ekonomi akan pulih pada tahun 2021 dengan ramalan KDNK di antara 6.5% dan 7.5%, Persatuan Automotif Malaysia telah mensasarkan jumlah keseluruhan industri ("TIV") kepada 570,000 unit dengan peningkatan sebanyak 8% dan ini didorong oleh pelanjutan insentif pengecualian cukai jualan sehingga 30 Jun 2021 serta kadar faedah rendah yang berpanjangan. Kumpulan akan terus memastikan produk dan perkhidmatannya kekal berdaya saing untuk memenuhi permintaan pelanggannya.
 
Kedua-dua segmen Jentera dan segmen Pembuatan & Kejuruteraan ("M&E") telah terjejas disebabkan oleh pandemik COVID-19.  Sub-segmen Jentera Berat mendapat manfaat daripada permintaan yang menggalakkan di sektor perlombongan dan infrastruktur di luar negara, manakala sub-segmen Jentera Perindustrian akan terus memberikan pelbagai pakej pemulihan kepada para penggunanya.  Bagi segmen M&E, pelanjutan inisiatif pengecualian cukai penjualan dan peningkatan sebanyak 8% dalam jumlah sasaran TIV, permintaan penjualan bagi komponen automotif dan minyak pelincir dijangka akan meningkat pada tahun 2021.  Sementara itu, sub-segmen Aeroangkasa akan terus mencari peluang untuk meningkatkan penggunaan kilang pemasangannya seiring dengan strategi kepelbagaian produk dan pelanggan-pelanggannya.
 
Tambah Dato’ Fuaad,“ Kumpulan akan terus mengekalkan strategi dan inisiatif serta meneruskan pelaksanaan inisiatif pengoptimuman kos di antara Kumpulan untuk lebih teguh dan berketahanan dalam menangani impak kesan dari pandemik COVID-19. ”


Mengenai UMW

Kumpulan UMW merupakan syarikat konglomerat bertaraf antarabangsa yang memajukan dan menyokong pertumbuhan industri serta melibatkan diri dalam pelbagai usaha sama. Kumpulan UMW memberi tumpuan kepada tiga segmen perniagaan teras - Automotif, Jentera dan Pembuatan & Kejuruteraan. Kami kini beroperasi di 8 buah negara dengan jumlah kakitangan melebihi 6,700 orang.

Dengan berpegang kepada prinsip Beyond Boundaries®, UMW bersedia memainkan peranan utama dalam membentuk masa hadapan industri - dengan menginspirasikan idea, meningkatkan potensi, memupuk usaha sama dan membentuk kecemerlangan untuk menyumbang kepada kemajuan dan kesejahteraan semua pemegang sahamnya.


SUMBER : UMW Corporation Sdn. Bhd.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : S Vikneshwaran
Pengurus Besar – Bahagian Perhubungan Pelabur & Media
UMW Corporation Sdn. Bhd.
Tel : +603 2025 2104 / +6019 850 5799
E-mel : vikneshwaran.s@umw.com.my
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.