ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  "PKNS PLUS" BANTU TINGKAT JUALAN HARTANAH PKNS

Thursday 25/02/2021



SHAH ALAM, 25 Feb (Bernama) -- Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) hari ini melancarkan “PKNS PLUS”, program jualan hartanah terbaru daripada PKNS bagi menghabiskan baki hartanah milik PKNS sedia ada.

Dengan slogan “Tambah Ganjaran, Tambah Senyuman”, PKNS PLUS juga merupakan kesinambungan dari kejayaan kempen 48 Jam Mesti Beli pada tahun lalu yang memfokuskan aspek pengiklanan dan promosi PKNS.

Menariknya nama kempen ini adalah akronim kepada empat (4) tawaran hebat yang bakal dinikmati pembeli hartanah PKNS iaitu

P – Potongan harga

L – Lambakan pakej menarik

U – Unit nilai tinggi

S – Selesa dan luas

Kesemua bakal pembeli hartanah PKNS akan menikmati diskaun sehingga 20%, lambakan pakej menarik antaranya percuma yuran guaman SPA, duti setem serta pakej hiasan dalaman di samping jangkaan pulangan pelaburan yang tinggi di masa akan datang menerusi pemilikan hartanah PKNS yang selesa dan luas.

Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen PKNS PLUS, urusan pelanggan akan dapat diselesaikan menerusi langkah 5T iaitu Tengok rumah, Telefon PKNS, Tempah kediaman, Terima tawaran dan Tidur lena.

Untuk maklumat lanjut hubungi talian PKNS X Line 03-50220188 atau layari www.pkns-property.com dan Facebook PKNS Property.

Mengenai PKNS

PKNS ditubuhkan pada 1 Ogos 1964 di bawah Enakmen Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, 1964, sebagai agensi untuk pembangunan peringkat negeri melalui pembahagian dan pemacuan pertumbuhan sosio ekonomi di Selangor, bertujuan untuk menggalakkan kestabilan, keharmonian dan keadilan sosial untuk mencapai visi negara. Sikap optimis ini direalisasikan melalui pembangunan pusat pertumbuhan baru, perumahan, perindustrian, perniagaan dan pelaburan.
 
SUMBER: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: FAIZAL BIN DOLAH
PENGURUS KOMUNIKASI KORPORAT PKNS
Tel: 03-5525 0326 / 019-2928680
E-mel: faizal@pkns.gov.my

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.