ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  ​HAIKOU MENARIK LEBIH SATU JUTA PELANCONG SEMASA PERCUTIAN TAHUN BARU CINA

Wednesday 24/02/2021

AsiaNet 88196

Table

Changying Wonderland di Daerah Xiuying, Kota Haikou, Wilayah Hainan, China telah menyaksikan satu lonjakan besar dari segi pengunjung semasa percutian Tahun Baru Cina.


HAIKOU, China, 24 Feb., 2021 /Xinhua-AsiaNet/ --

Baru-baru ini, China telah meraikan acara tahunannya yang paling hebat -- Tahun Baru Cina. Di Hainan, sebuah wilayah pelancongan utama di China selatan, keghairahan penduduknya untuk berjalan terus meningkat. Menurut Suruhanjaya Pembangunan Pelancongan Haikou, ibu negeri Haikou telah menerima sejumlah 1,171,100 orang pelawat semasa percutian tujuh hari itu, dengan meraih RMB 1.291 bilion.

Semasa percutian itu, pelbagai aktiviti telah dijalankan di tempat-tempat tarikan utama di bandar raya itu. Di dermaga awam untuk Pangkalan Pelayaran Nasional Haikou, perahu layar, luncur angin, bot dayung dan kapal pesisir telah disediakan untuk pengunjung berseronok dengan air laut di pantai barat Haikou. Di Menara Jam Haikou yang berusia satu  abad itu, sebuah mercu tanda di bandar raya itu, satu pertunjukan cahaya yang berskala besar dilancarkan buat pertama kalinya. Dengan kesan suara dan cahaya tiga dimensi, pertunjukan itu telah memperlihatkan budaya laut Haikou dan budaya Nanyang, untuk menjadi sebuah “pusat tumpuan baharu” pada waktu malam bagi penduduk tempatan dan pelancong di Haikou.

Dari segi pelancongan luar bandar, Haikou telah mengadakan Festival Mengutip Buah dan Sayur-sayuran Musim Sejuk Wenshan Xinpo, yang menawarkan perkelahan di kawasan desa, makanan “Gongdao”, dan aktiviti luar bandar yang lain; Rumah Tamu Haikou Lianlizhi Fisherman's telah mengadakan aktiviti seperti lawatan bakau, membuat makanan ringan, dan barbeku meja panjang, yang mendapat sambutan di kalangan pelancong.

Tahun ini, membeli-belah bebas cukai juga menjadi satu “kejayaan” yang telah menarik pengunjung ke Haikou. Semasa percutian tujuh hari itu, kedai bebas cukai di Haikou telah menerima 32,712 orang pelawat, meningkat 51.8% tahun ke tahun, dengan hasil jualan sebanyak RMB 157 juta dan perbelanjaan per kapita RMB 4,805, masing-masing meningkat 225.5% dan 43.81% .
 
Sumber: Suruhanjaya Pembangunan Pelancongan Haikou
 
Pautan Lampiran Imej:
 
   Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=384979
 
   Kapsyen: Changying Wonderland di Daerah Xiuying, Kota Haikou, Wilayah Hainan, China telah menyaksikan satu lonjakan besar dari segi pengunjung semasa percutian Tahun Baru Cina.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.