PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 
 

Mac 02, 2021 -Selasa

 
  PEJABAT SATELIT LANGKAWI, KEDAH BEROPERASI MULAI 1 MAC 2021

Monday 22/02/2021



KUALA LUMPUR, 22 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa Pusat Khidmat Hasil (PKH) Langkawi telah dinaik taraf kepada Pejabat Satelit Langkawi dan akan memulakan operasinya pada 1 Mac 2021.
 
Pejabat Satelit Langkawi merupakan Pejabat Satelit LHDNM yang keempat selepas Pejabat Satelit Cyberjaya, Selangor, Pejabat Satelit Batu Pahat, Johor dan Pejabat Satelit Lahad Datu, Sabah.
 
Pejabat Satelit LHDNM berfungsi sebagai pusat sehenti (one stop centre) yang terletak di luar kawasan cawangan utama dengan tujuan untuk mendekatkan perkhidmatan LHDNM kepada pembayar cukai / pelanggan di samping memberikan perkhidmatan yang lebih luas berbanding PKH termasuklah perkhidmatan percukaian, duti setem serta perkhidmatan lain.
 
Pejabat Satelit Langkawi ini berada di bawah seliaan LHDNM Cawangan Alor Setar dan menawarkan perkhidmatan seperti berikut:
1. Percukaian (khidmat nasihat dan rundingan, pengauditan, pungutan, dan lain-lain);
2. Duti setem;
3. Bantuan khas kerajaan (Bantuan Prihatin Rakyat); dan
4. Perkhidmatan ezHasil melalui MyTax (e-Daftar, e-Filing, e-Lejar, ByrHASiL, dan lain-lain).
 
Alamat dan nombor perhubungan Pejabat Satelit Langkawi adalah seperti berikut:
 
PEJABAT SATELIT LANGKAWI
LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA
TINGKAT 1, KOMPLEKS PEKAN RABU
JALAN PERSIARAN PUTRA, KUAH
07000 LANGKAWI, KEDAH
No. Telefon : 04-969 3633
No. Faksimile : 04-969 3632
 
Sebarang pertanyaan dan maklum balas mengenai perkara ini boleh dibuat secara dalam talian melalui saluran berikut:
a) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);
b) HASiL Live Chat; dan
c) Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.
 
 
Dikeluarkan Oleh:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 

Tarikh: 22 Februari 2021

Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Tel: 03-8313 8888 samb. 21658/21666/21695/21674/21663
Faks: 03-8313 7873
Hasil Care Line : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara)  
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2021 MREM . All rights reserved.