PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 
 

Mac 02, 2021 -Selasa

 
  SYNERGY & INUBE MENJALIN SATU PERKONGSIAN STRATEGIK UNTUK MEMBAWA PEMBOLEH DIGITAL BAHARU DAN E-INSURANS KEPADA SEKTOR INSURANS

Friday 19/02/2021



HONG KONG, 19 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- SYNERGY Strategic Solutions Limited, sebuah penyedia terkemuka yang berpangkalan di Hong Kong bagi penyelesaian perundingan digital & insurtech atau teknologi insurans di rantau APAC,  hari ini mengumumkan satu kerjasama strategik dengan iNube Software Solutions Pvt. Ltd., sebuah penyedia terkemuka bagi penyelesaian Insurans digital, untuk memperluaskan penawaran semasa mereka bagi sektor Insurans dengan produk digital khusus dan platform insurans mikro yang membolehkan e-insurans.

Perkongsian itu dengan iNube akan bukan sahaja membolehkan SYNERGY untuk memperkukuhkan perkhidmatan perundingan mereka, tetapi juga membawa produk baharu dan penyelesaian tersedia kepada syarikat-syarikat Insurans di seluruh Hong Kong, Singapura, Malaysia, Indonesia, Jepun, Vietnam & Thailand. Melalui perkongsian ini, syarikat-syarikat itu menjangka akan meningkatkan pendapatan mereka di antara 20% - 30% pada satu asas tokokan sepanjang 5 tahun yang akan datang.

Menjelaskan mengenai perkongsian itu, Pradeep Satya, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas bagi SYNERGY, berkata, “Dengan teknologi memainkan satu peranan yang semakin kritikal di dalam setiap aspek perniagaan Insurans, syarikat-syarikat Insurans tradisional mengakui perlunya untuk mempercepatkan perjalanan digital mereka agar kekal berdaya saing. Terdapat satu peningkatan keperluan untuk penyelesaian modular dan teras tangkas yang sedia terbukti di dalam sektor Insurans. Kami telah mencari produk teras yang mudah untuk dikonfigurasikan, cepat untuk digunakan dan mudah untuk diselenggara. Portfolio produk iNube adalah sangat sesuai. Ketika pelanggan kami membangunkan saluran pengedaran baharu, terutamanya afiniti dan e-dagang, kami berhasrat untuk mewujudkan bersama yang terbaik di dalam penyelesaian kelas dan dengan penuh minat tidak sabar-sabar untuk menjadi rakan di dalam mewujudkan nilai bagi pelanggan kami.”

Mengulas mengenai perkongsian itu, Vinodkumar A Iyer, Ketua Pegawai Eksekutif bagi iNube Software Solutions, berkata, “Digabungkan dengan sebuah kepimpinan teknologi yang teguh dan pengetahuan domain yang mendalam mengenai industri Insurans, iNube telah secara konsisten menyediakan penyelesaian perisian canggih yang sangat kritikal untuk kejayaan perniagaan bagi syarikat insurans. Dengan perkongsian ini, iNube akan memanfaatkan peluang untuk memperkukuhkan kehadiran mereka di pasaran Asia dan meneroka pelanggan baharu untuk suite kami bagi Penyelesaian Insurans Digital kami. Dengan digabungkan dengan penasihat SYNERGY di dalam inovasi dan pembangunan produk kami sendiri, kami yakin dapat menghasilkan satu halatuju yang membantu kami menambahkan lebih nilai kepada pelanggan kami yang sedia ada dan pelanggan baharu. Kami sangat gembira dengan perkongsian ini dan berharap dapat membawa cadangan nilai yang lebih kukuh kepada sektor Insurans.”

Untuk butiran lanjut sila hubungi kami di media@synergysolutions.asia

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20210218005638/en/

Hubungi

Anita Bhat
media@synergysolutions.asia

Sumber : SYNERGY Strategic Solutions Limited

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2021 MREM . All rights reserved.