KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa pengemukaan Borang Nyata
Tahun Saraan 2020 dan
Tahun Taksiran 2020 melalui
e-Filing bagi Borang
E, BE, B, M, BT,MT, TF dan
TP boleh dilakukan
mulai 1 Mac 2021.
Pembayar cukai boleh mengakses sistem e-Filing melalui portal rasmi LHDNM di
www.hasil.gov.my > MyTax > Perkhidmatan ezHasil > e-Filing.
Pembayar cukai yang log masuk kali pertama ke sistem e-Filing perlu mendapatkan No. PIN terlebih dahulu dengan hadir ke kaunter cawangan LHDNM atau secara dalam talian melalui Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM.
Sekiranya pembayar cukai terlupa kata laluan e-Filing, tindakan set semula kata laluan tersebut boleh dilakukan secara dalam talian iaitu melalui e-mel atau nombor telefon bimbit yang berdaftar dengan LHDNM.
Bagi pembayar cukai yang masih menghadapi masalah dalam melakukan tindakan set semula kata laluan e-Filing, mereka boleh menghubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 (Dalam Negara) / 603-8911 1100 (Luar Negara) atau kunjungi kaunter perkhidmatan LHDNM yang berhampiran.
Pada tahun ini, LHDNM menjangkakan hampir 530 ribu Borang E Tahun Saraan 2020 akan diterima daripada para majikan berdaftar. Manakala bagi Borang BE, B, BT, M dan MT pula, dijangkakan sekitar 3.27 juta borang akan diterima daripada individu yang mempunyai rekod Potongan Cukai Bulanan (PCB) dan Ansuran CP500 dalam tahun 2020.
Maklumat lanjut berkenaan Program Memfail Borang Nyata Bagi Tahun 2021 boleh dirujuk di portal rasmi
www.hasil.gov.my atau boleh klik pada pautan berikut untuk capaian pantas.
http://phl.hasil.gov.my/pdf/pdfam/ProgramMemfailBN_2021_1.pdf Pembayar cukai disarankan untuk mengemukakan Borang Nyata dan membayar cukai pendapatan mereka dalam tempoh yang telah ditetapkan bagi mengelakkan sebarang penalti lewat hantar Borang Nyata dan kenaikan lewat bayar cukai dikenakan terhadap mereka.
Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada LHDNM melalui:
a) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);
b) HASiL Live Chat; dan
c) Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.
Dikeluarkan Oleh:Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Tarikh: 19 Februari 2021
SUMBER: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Tel: 03-8313 8888
Faks: 03-8313 7873
Hasil Care Line : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara)
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my
--BERNAMA