ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  GALA FESTIVAL MUSIM BUNGA CHINA HUNAN TV: MENCERITAKAN KISAH CHINA DAN MENYEMPURNAKAN IMPIAN ORANG CINA

Wednesday 10/02/2021

AsiaNet 88032

Table

Land of Ceremonies dipersembahkan oleh Ayanga dan He Changxi untuk memperkenalkan budaya tradisional Cina kepada dunia


CHANGSHA, China, 10 Feb., 2021 /Xinhua-AsiaNet/--

Ditaja oleh Pejabat Hal Ehwal Cina di Seberang Laut bagi Majlis Negeri, dianjurkan oleh Sistem Penyiaran Hunan, Satu Perayaan di Serata Dunia: Tahun Baru Cina 2021 akan disiarkan pada jam 19:30 pada Hari Tahun Baru Lunar (12 Februari) di Hunan TV. Diterbitkan oleh Yang Ziyang dan pasukannya di Hunan TV, dan bertemakan “perjumpaan semula di serata dunia, tahun baru Cina”, rancangan ini adalah mengenai mengutus ucapan selamat tahun baru kepada semua orang Cina yang berada di seberang laut yang berkongsi asal usul yang sama, tidak kira di mana atau sejauh mana jarak mereka.
 
Dengan memberi tumpuan kepada isu-isu panas dan suara China, Gala itu menceritakan banyak kisah China dengan tenaga yang positif. Kecuali untuk peningkatan ke atas tema, persembahan dan ilusi pentas, dua sub-tempat juga didirikan di Shantou, di wilayah  Guangdong dan Longyan, di wilayah Fujian, yang kedua-duanya merupakan kampung halaman bagi orang Cina di seberang laut. Melalui kedua-dua saluran ini, orang Cina di seberang laut dapat menikmati keseronokan di dalam loghat dan budaya tempatan mereka yang biasa, dan berkongsi kebahagiaan bagi tahun baru Cina. Dalam rancangan itu, hos He Jiong menceritakan satu kisah yang amat menyayat hati mengenai orang Cina di seberang laut yang bernama Liu Danhong, yang telah membantu beratus-ratus orang Cina yang terperangkap dalam satu pelayaran pulang ke kampung halaman semasa wabak itu. Pelajar-pelajar yang menuntut di luar negara, sebagai wakil bagi orang Cina di seberang laut, juga melahirkan harapan tahun baru mereka melalui video dalam talian.

Tambahan pula, rancangan itu juga menceritakan kisah yang merangkumkan kekuatan orang Cina dan jiwa orang Cina. Tetamu dijemput ke pentas untuk menceritakan kisah Chang'e-5 dan untuk menunjukkan kehebatan bagi ruang kerja China. Long Xianlan dan ahli keluarganya dari kampung Shibadong, di mana pengurangan kemiskinan yang disasarkan mula-mula diperkenalkan, telah berkongsi perubahan besar dan hasil kejayaan mereka di dalam pengurangan kemiskinan.

Untuk lebih banyak detik-detik, teruskan bersama dengan Satu Perayaan di Serata Dunia: Tahun Baru Cina 2021 pada jam 19:30 pada Hari Tahun Baru Lunar (12 Februari) di Hunan TV.
 
Sumber: Sistem Penyiaran Hunan
 
Pautan Lampiran Imej:
 
   Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=384116
 
   Kapsyen: Land of Ceremonies dipersembahkan oleh Ayanga dan He Changxi untuk memperkenalkan budaya tradisional Cina kepada dunia

   Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=384122
 
   Kapsyen: Kumpulan Hos bagi Gala Festival Musim Bunga China Hunan TV 2021

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.