ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  ​PEMENANG HADIAH JEPUN 2021 DIUMUMKAN

Tuesday 09/02/2021

AsiaNet 87819

TOKYO, 9 Feb., 2021 /Kyodo JBN- AsiaNet/ --

Pemenang bagi Hadiah Jepun 2021 telah diumumkan pada 29 Januari oleh Yayasan Hadiah Jepun dan presidennya, Hiroshi Komiyama. Pemenang terbaharu itu adalah penyelidik Australia Prof. Martin Andrew Green, yang diberi penghormatan kerana usaha beliau di dalam bidang “Sumber, Tenaga, Alam Sekitar, dan Infrastruktur Sosial,” dan penyelidik Amerika Syarikat Prof. Bert Vogelstein dan Dr. Robert A. Weinberg, pemenang bersama kerana usaha  mereka di dalam bidang “Sains Perubatan dan Sains Ubat-ubatan.”

- Di dalam bidang Sumber, Tenaga, Alam Sekitar, dan Infrastruktur Sosial

Prof. Martin Andrew Green:
https://kyodonewsprwire.jp/img/202101139691-O1-aQv3J84r

- Di dalam bidang Sains Perubatan dan Sains Ubat-ubatan

Prof. Bert Vogelstein:
https://kyodonewsprwire.jp/img/202101139691-O2-mi5iCHaU

Dr. Robert A. Weinberg:
https://kyodonewsprwire.jp/img/202101139691-O3-nF44s3aw

Prof. Green diberi penghormatan kerana usaha beliau di dalam membangunkan peranti fotovoltan silikon berkecekapan tinggi, sementara Prof. Vogelstein dan Dr. Weinberg diberi penghormatan di atas sumbangan perintis mereka di dalam pembangunan sebuah model karsinogenesis pelbagai langkah, dan untuk aplikasi model itu dan kesannya terhadap peningkatan rawatan barah.

Kira-kira 14,000 ahli saintis dan jurutera terkemuka dari Jepun dan negara lain telah dihubungi untuk pencalonan bagi Hadiah Jepun tahun ini, dan mereka mencalonkan 142 orang individu di dalam bidang Sumber, Tenaga, Alam Sekitar, dan Infrastruktur Sosial, dan 243 orang individu di dalam bidang Sains Perubatan dan Sains Ubat-ubatan. Pemenang Hadiah Jepun pada tahun ini telah dipilih daripada 385 pencalonan itu.

Sila layari:
https://www.japanprize.jp/en/index.html

Sumber: Yayasan Hadiah Jepun

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.