ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  SAMBUTAN FESTIVAL MUSIM BUNGA YANG DIKETENGAHKAN DI BAISE AKAN PERTAMA KALI DIPERLIHATKAN DI TELEVISYEN PUSAT CHINA (CCTV)

Tuesday 09/02/2021

AsiaNEt 87986

Table

Rakaman pemandangan di Tasik Haokun di Daerah Lingyun, Baise


BAISE, China, 9 Feb., 2021 /Xinhua-AsiaNet/--

Program khas Televisyen Pusat China (CCTV) “Impian Cina Kita: Sambutan Festival Musim Bunga di Seluruh Negara 2021” baru-baru ini telah dirakamkan di Baise, di Wilayah Berautonomi Guangxi Zhuang, menurut Biro Kebudayaan, Radio, Televisyen dan Pelancongan Baise. Rancangan itu akan disiarkan pada waktu perdana di CCTV-3 pada pukul 19:30 pada 10 Februari dan di CCTV-1 pada 12:30 pada 11 Februari (Malam Tahun Baru Cina), dengan disusuli dengan penyiaran berterusan di kedua-dua saluran semasa waktu perdana sepanjang Festival Musim Bunga itu.
 
Program itu menampilkan Tasik Haokun di Daerah Lingyun, Baise sebagai tempat utama, Perkampungan Baini di Daerah Leye sebagai sub-tempat untuk rakaman di bawah tema “Jalan menuju Kemakmuran”, dan Pekan Xiajia di Daerah Lingyun sebagai sub-tempat untuk bahagian tema “Pekan Kelanjutan Usia” bagi rancangan itu. Meliputi cerita rakyat, warisan kebudayaan tak ketara, lagu dan tarian, akrobatik, magik dan bentuk seni yang lain, persembahan itu menambahkan suasana meriah dan kedamaian di tengah-tengah keriangan dan gelak ketawa semasa Festival Musim Bunga itu.
 
Kraftangan seperti bola sutera berwarna-warni dengan ciri-ciri kebudayaan tempatan boleh dilihat di merata tempat di atas pentas. Hidangan tradisional Tahun Baru, kostum tradisional bagi pelbagai kumpulan etnik di Baise, kaligrafi raksasa Fu (Nasib) dan Chun (Musim Bunga), dan maskot untuk Tahun Lembu, antara lain, memancarkan suasana yang menggembirakan dan meriah. Program itu juga menggabungkan pelbagai warisan budaya tak ketara seperti Trombon dari Daerah Lingyun, Tarian Naga dari Daerah Leye, Tarian Malv dari Bandar Jingxi, Pertunjukan Taige dari Daerah Debao dan Akrobatik Damoqiu dari Daerah Longlin, persembahan kebudayaan dengan ciri-ciri tempatan, dan adat resam tempatan bagi meraikan Festival Musim Bunga, yang menyatukan pertunjukan-pertunjukan yang sangat baik dari sekitar bandar itu.
 
Ding Lihua, pengarah bagi Biro Kebudayaan, Radio, Televisyen dan Pelancongan Baise, berkata bahawa program itu merupakan satu contoh unggul mengenai budaya rakyat Baise yang unik, masakan tempatan dan sorotan kebudayaan dan pelancongan. Melalui demonstrasi bagi pencapaian pengurangan kemiskinan di Baise, kisah dan semangat bagi bandar itu di dalam pengurangan kemiskinan telah dipromosikan dan jenama kebudayaan dan pelancongan Baise akan memperoleh kepopularan besar di seluruh negara dan selanjutnya.
 
Sumber: Biro Kebudayaan, Radio, Televisyen dan Pelancongan Baise
 
Pautan Lampiran Imej:
 
   Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=383936
 
   Kapsyen: Rakaman pemandangan di Tasik Haokun di Daerah Lingyun, Baise
 
   Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=383950
 
    Kapsyen: Rakaman pemandangan di Perkampungan Baini di Daerah Leye, Baise

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.