ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 11, 2024 -Sabtu

 
  ​PENGGANTI BAGI "COKLAT ORIENTAL" BERUSIA 600 TAHUN MENCARI LALUAN PEWARISAN DI HAIKOU

Monday 08/02/2021

AsiaNet 87976

Table

Pekerja menuangkan sirap gula perang yang mendidih ke dalam satu acuan dan menunggu ia dikeringkan melalui udara untuk menjadi kiub gula. 


HAIKOU, China, 8 Feb., 2021 /Xinhua-AsiaNet/ --

Festival Musim Bunga, festival yang paling penting di dalam budaya orang Cina, sudah semakin hampir. Wu Qizhen, pengganti berumur 66 tahun bagi satu teknik pembuatan gula tradisional yang termasuk di dalam senarai warisan kebudayaan tak ketara, sedang sibuk mengarahkan pekerja untuk membuat gula perang bagi pesanan “manisan” terakhir sebelum festival itu pada 3 Februari.
 
Bengkel gula perang Encik Wu telah didirikan di Pekan Zuntan, di selatan Haikou, di wilayah  Hainan. Menurut catatan sejarah, industri pembuatan gula tradisional telah wujud di Pekan Zuntan selama lebih 600 tahun. Tebu tempatan menyediakan bahan mentah untuk gula perang Zuntan, yang dihasilkan melalui prosedur seperti pengejusan, pendidihan dan pemejalan. Ia dikenali sebagai “Coklat Oriental” dengan nilai pemakanan dan perubatan yang tinggi.
 
Encik Wu memberitahu kami bahawa gula perang beliau dibuat dengan menggunakan satu teknik nenek moyang, yang termasuk pengekstrakan jus, penapisan, pendidihan dan penghabluran. Proses untuk menukar jus tebu mentah menjadi sirap mengambil masa sekitar 8 hingga 12 jam. Setelah mendidih, sirap itu dituangkan ke dalam acuan untuk mendapatkan kiub setelah pemejalan dan pengeringan udara. Kiub gula itu mempunyai bentuk dan warna coklat yang menarik, tetapi rasanya begitu manis yang menyegarkan setelah ia dengan cepat cair di dalam mulut.
 
Menurut Encik Wu, penduduk tempatan menganggap teknik pembuatan gula tradisional itu sebagai satu kemahiran yang manis tetapi memerlukan usaha yang keras dengan hasilannya yang rendah. Pada masa ini, terdapat hanya lima pengganti teknik gula tradisional di Pekan Zuntan, yang kesemua mereka berusia lebih dari 50 tahun.
 
Bengkel gula perang tradisional Encik Wu telah disenaraikan sebagai sebuah projek warisan kebudayaan tak ketara di Haikou (di peringkat wilayah). Di samping portfolio produk tradisional bagi gula perang halia, gula perang ros dan gula perang jujub, Encik Wu merancang untuk mencipta satu varieti baharu dengan ciri-ciri Hainan, gula perang kelapa. Beliau juga meningkatkan peralatan pengeluaran pada tahun 2020, dan mula melatih anaknya untuk menjadi pengganti bagi teknik gula tradisional generasi keenam. “Mungkin, akan ada lebih ramai orang yang bersedia untuk mempelajari seni pembuatan gula secara tradisional apabila bengkel gula itu mencapai pertumbuhan yang lebih meluas,” kata Encik Wu.
 
Sumber: Bengkel gula perang Wu Qizhen
 
Pautan Lampiran Imej:
 
   Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=383875
 
   Kapsyen: Pekerja menuangkan sirap gula perang yang mendidih ke dalam satu acuan dan menunggu ia dikeringkan melalui udara untuk menjadi kiub gula. 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.