ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  BOAO LECHENG: SEBUAH PERINTIS LUAR BIASA BAGI PELANCONGAN PERUBATAN MEWAH ASIA

Friday 05/02/2021

AsiaNet 87952

HAIKOU, China, 5 Feb., 2021 /Xinhua-AsiaNet/--

Baru-baru ini, Boao Super Hospital telah melakukan satu pembedahan bagi penggantian injap aorta transkateter (TAVR) bersempena dengan penggunaan Peranti Perlindungan Embolik Serebral TriGUARD3TM (selepas ini dirujuk sebagai TriGUARD3). Ini adalah penggunaan klinikal yang pertama bagi TriGUARD3 di Asia, yang menandakan satu kejayaan besar di dalam bidang pembedahan kardiovaskular.
 
Selain sinar matahari, pantai dan beli-belah bebas cukai, Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan juga berusaha untuk membangunkan sebuah bentuk pelancongan perubatan. Terletak di Bandar Boao, Wilayah Hainan, Zon Perintis Pelancongan Perubatan Antarabangsa Boao Lecheng (selepas ini dirujuk sebagai Zon Perintis) dibina dengan perkhidmatan pelancongan perubatan mewah dan pencapaian sains dan teknologi perubatan canggih antarabangsa. Ia akan menjadi sebuah destinasi baharu muncul bagi pelancong Asia untuk mengalami pelancongan perubatan mewah.

Sejak tahun lalu, Zon Perintis itu telah mengadakan “Pameran Peralatan Perubatan Inovatif Antarabangsa Tiada Berkesudahan”, yang menurunkan kos ubat-ubatan dan pada masa yang sama  mengimport peralatan farmaseutikal terkini di seluruh dunia. Sebagai contoh, kos pembedahan bagi 1 kornea tiruan Boston Jenis I francais dan 1 kornea tiruan Boston Jenis II francais yang dilakukan di luar negara adalah USD 124,000, lebih empat kali ganda lebih tinggi berbanding di Zon Perintis itu.

Lebih-lebih lagi, pesakit dapat menjalani terapi perubatan tradisional Cina di Zon Perintis itu. Selama beribu-ribu tahun, perubatan tradisional Cina terkenal dengan kesan penyembuhannya yang sederhana dan kesan sampingan yang sedikit. Natalia, seorang pelancong dari Ukraine, telah menyatakan: “Semua ubat-ubatan tradisional Cina dibuat dari bahan-bahan semula jadi, yang jauh berbeza dengan perubatan Barat.”

Pada November lalu, Pusat Perubatan Antarabangsa Asia Advance yang pertama dari Singapura telah dibuka di Zon itu. Dengan mengumpulkan pakar-pakar perubatan antarabangsa dari Singapura, Korea dan United Kingdom, Pusat itu menyediakan perkhidmatan diagnosis dan rawatan untuk pesakit dari tanah besar China dan negara-negara jiran yang lain. Pada masa ini, pelancong dari 59 buah negara, termasuk di Asia Tenggara, dapat datang ke Hainan untuk menginap selama 30 hari tanpa visa. Menjelang tahun 2030, sebuah destinasi bertaraf dunia untuk pelancongan perubatan akan dibangunkan di Zon Perintis itu, dengan menyediakan perkhidmatan serba lengkap seperti anti-barah, pembedahan plastik, anti-penuaan, pemulihan, dan pengurusan kesihatan.
 
Sumber: Zon Perintis Pelancongan Perubatan Antarabangsa Boao Lecheng
 
Pautan Lampiran Imej:
 
   Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=383767
 
   Kapsyen: Zon Perintis Pelancongan Perubatan Antarabangsa Boao Lecheng

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.