ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 27, 2024 -Sabtu

 
  PEMIMPIN AGAMA BUDDHA MENYAMBUT BAIK PENGUATKUASAAN PERJANJIAN LARANGAN NUKLEAR, MENGGESA KERJASAMA ANTARABANGSA UNTUK MEMERANGI PANDEMIK DI DALAM CADANGAN KEAMANAN TAHUNAN KE-39

Tuesday 02/02/2021

AsiaNet 87748

TOKYO, 2 Feb., 2021 /Kyodo JBN-AsiaNet/-- 

Pada 26 Januari, 2021, cadangan keamanan tahunan ke-39 oleh Daisaku Ikeda, presiden bagi persatuan agama Buddha Soka Gakkai International (SGI), yang bertajuk “Penciptaan Nilai dalam suatu Masa Krisis” telah dikeluarkan, menandakan ulang tahun bagi penubuhan SGI.

Ikeda meminta bagi kerjasama global yang lebih jauh untuk menangani isu-isu penting pada masa kita ini: pandemik COVID-19, krisis iklim, dan keperluan untuk menghapuskan dunia daripada senjata nuklear. Isu-isu ini tidak dibatasi oleh sempadan negara dan tidak dapat diselesaikan oleh mana-mana satu kerajaan atau organisasi sahaja.

Beliau memberi komen, “Usaha bersama kita untuk memberi tindak balas kepada wabak itu boleh bertindak sebagai satu asas untuk meningkatkan kesedaran global mengenai peranan penting bagi perpaduan kemanusiaan di dalam mengubah krisis.”

Mengenai wabak itu, beliau menyambut baik kemudahan COVAX yang bertujuan untuk memastikan pemerolehan dan ketersediaan bagi vaksin COVID-19 di peringkat global. Beliau mencadangkan supaya diadakan satu mesyuarat peringkat tinggi di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk menangani COVID-19 dan mengadakan satu sidang kemuncak belia “di luar COVID-19” secara dalam talian untuk membincangkan jenis dunia yang ingin dilihat oleh golongan muda akibat daripada krisis ini.

Ikeda juga menyoroti kehancuran ekonomi yang dibawa oleh pandemik itu, yang dianggarkan mengancam mata pencarian bagi 1.6 bilion orang, separuh daripada tenaga kerja dunia, dan menekankan perlunya untuk menggalakkan inisiatif perlindungan sosial di peringkat global. Beliau menggesa OECD untuk memainkan satu peranan utama di sini dan di dalam satu peralihan kepada sebuah ekonomi hijau, di mana sumber yang dijimatkan ke atas  perbelanjaan ketenteraan boleh diperuntukkan untuk memperluaskan perkhidmatan penjagaan kesihatan dan sosial.

Konsisten dengan tindakan beliau selama beberapa dekad terhadap penghapusan senjata nuklear, Ikeda menyambut baik Perjanjian PBB mengenai Larangan Senjata Nuklear (TPNW), yang berkuat kuasa pada 22 Januari, 2021, sebagai satu “peristiwa penting yang membawa ke dalam satu era baharu” yang akan memacukan satu peralihan paradigma di dalam pendekatan kepada keselamatan. Beliau menggesa Jepun untuk mengambil bahagian di dalam mesyuarat pertama bagi Negara-negara Berpihak kepada TPNW, untuk mula mewujudkan syarat-syarat di mana pengesahan masa depan boleh dimungkinkan.

Beliau mencadangkan agar sebuah forum untuk membincangkan perhubungan di antara senjata nuklear dan Matlamat Pembangunan Mapan PBB (SDGs) diadakan semasa mesyuarat pertama bagi Negara-negara Berpihak kepada TPNW itu.

Pada Persidangan Kajian Semula Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (NPT) yang dijadualkan pada Ogos 2021, Ikeda juga menggesa perbincangan mengenai erti sebenar bagi keselamatan dalam keadaan krisis seperti keadaan darurat iklim dan pandemik itu.

Beliau meminta agar dokumen akhir bagi Persidangan Kajian Semula itu dapat memasukkan satu ikrar untuk tidak menggunakan senjata nuklear dan pembekuan bagi semua pembangunan senjata nuklear sehingga tahun 2025.

Satu kenyataan dari Presiden Soka Gakkai Minoru Harada yang mengalu-alukan penguatkuasaan TPNW itu yang dikeluarkan pada 22 Januari boleh didapati di: https://www.sokaglobal.org/contact-us/media-room/statements/tpnw-entry-into-force.html.
SGI juga telah menandatangani bersama satu pernyataan antara agama dengan lebih daripada 170 kumpulan agama lain. Lihat: https://sgi-ouna.org/tpnw-eif-interfaith-statement

Soka Gakkai adalah sebuah organisasi agama Buddha berasaskan komuniti global yang menggalakkan keamanan, budaya dan pendidikan berasaskan kepada penghormatan terhadap maruah kehidupan. Soka Gakkai International (SGI) adalah sebuah persatuan antarabangsa bagi Soka Gakkai dan sebuah NGO di dalam status perundingan dengan ECOSOC PBB. Setiap tahun sejak tahun 1983, Presiden SGI Daisaku Ikeda telah mengeluarkan satu cadangan keamanan pada 26 Januari untuk menandakan penubuhan SGI.

Hubungi:
Yuki Kawanaka
Pejabat Antarabangsa bagi Maklumat Awam
Soka Gakkai
Tel: +81-80-5957-4919
E-mel: kawanaka[at]soka.jp
https://www.sokaglobal.org/contact-us/media-room.html
 
SUMBER: Soka Gakkai

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.