PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 
 

Mac 02, 2021 -Selasa

 
  TRAVELSKY MEMILIH TEKNOLOGI CLEARPATH FORWARD(R) UNISYS YANG SELAMAT DAN BOLEH DIPERCAYAI UNTUK MENJALANKAN INDUSTRI PENERBANGAN CHINA YANG SEDANG PULIH DENGAN PESAT

Tuesday 02/02/2021

AsiaNet 87842

BEIJING, China dan BLUE BELL, Pa, 2 Feb. 2020/Medianet International-AsiaNet/--

- Penyedia IT terkemuka di China untuk industri perjalanan udara dan pelancongan memperbaharui komitmen terhadap persekitaran OS 2200 ClearPath(R) Unisys dengan kapasiti pemprosesan yang diperluaskan –

Unisys Corporation (http://www.unisys.com/) (NYSE: UIS) hari ini mengumumkan bahawa TravelSky (https://www.travelskyir.com/html/index.php), penyedia terkemuka bagi penyelesaian teknologi maklumat untuk industri perjalanan udara dan pelancongan China, telah memperdalamkan komitmen mereka yang sudah terjalin begitu lama kepada teknologi ClearPath Forward(R) Unisys (https://www.unisys.com/offerings/clearpath-forward) sebagai sebuah platform yang selamat, berinovatif dan boleh dipercayai untuk memproses urus niaga kritikal perniagaan termasuk tempahan penumpang, tempahan kargo dan pengiraan muatan.

Di bawah kontrak itu, yang ditandatangani pada suku keempat tahun 2020, Unisys akan meningkat dan mengembangkan kapasiti pemprosesan TravelSky dengan penambahan teknologi lanjutan, yang dikuasakan oleh perisian OS 2200 ClearPath(R) (https://www.unisys.com/offerings/clearpath-forward/clearpath-forward-products/clearpath-os-2200-software). Ia juga termasuk perkhidmatan pembangunan aplikasi untuk membolehkan Enjin Pensuisan Pesanan Terbuka Unisys (OMSE) kepada awan – satu bahagian depan komunikasi yang membolehkan agensi pelancongan, pejabat tempahan syarikat penerbangan dan sistem luaran untuk berkomunikasi dengan sistem misi kritikal TravelSky.

Teknologi baharu itu akan menyediakan TravelSky dengan kapasiti pemprosesan yang diperluaskan untuk menyokong industri penerbangan China ketika ia pulih dengan pesat daripada impak COVID-19. Pentadbiran Penerbangan Awam China (CAAC) telah melaporkan bahawa China menyaksikan 13.26 juta perjalanan udara semasa cuti Hari Kebangsaan dan Festival Pertengahan Musim Luruh selama lapan hari dari 1 hingga 8 Oktober 2020, dengan mencapai pemulihan 91.07% berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun 2019[1].

“TravelSky mengekal dan mengendalikan beberapa penyelesaian penumpang dan kargo kritikal yang digunakan oleh industri perjalanan udara dan pelancongan China termasuk Sistem Pengedaran Global (GDS), Sistem Tempahan (RES), Sistem Berlepas dan Kargo. Ketika industri penerbangan China terus pulih dengan pesat setelah COVID-19, kapasiti pemprosesan tambahan di dalam persekitaran ClearPath Forward yang berskala, selamat dan fleksibel akan membolehkan kita untuk memproses lebih banyak urus niaga – seperti tempahan dan pengiraan muatan yang kritikal untuk keselamatan penerbangan – dengan cepat dan selamat,” kata Naib Presiden Kanan TravelSky, Encik Li Jingsong.
 
Penyelesaian itu untuk TravelSky memanfaatkan keselamatan yang tidak dapat ditandingi (https://assets.unisys.com/Documents/
Global/Misc/NISTNationalVulnerabilityDatabase.pdf
) bagi persekitaran pengoperasian ClearPath Forward – satu-satunya di pasaran dari mana data tidak pernah diambil secara paksa.

Andrew Whelan, naib presiden pengurusan pelanggan, Unisys Asia Pasifik berkata: “Ketika China mengetuai pemulihan global bagi sektor penerbangan, teknologi ClearPath Forward Unisys menyediakan TravelSky dengan infrastruktur IT sokongan yang mempunyai kelenturan, keselamatan dan kapasiti yang teguh untuk memenuhi perubahan permintaan di dalam logistik, perkhidmatan penumpang dan aplikasi misi kritikal yang lain.”

Unisys mempunyai pengalaman lebih dari 55 tahun di dalam menyediakan penyelesaian IT yang berinovatif kepada industri penerbangan. Untuk maklumat lanjut mengenai penyelesaian pengangkutan Unisys, sila layari: https://www.unisys.com/industries/commercial/transportation

[1] - Siaran media Majlis Negeri bagi Republik Rakyat China: Lebih 13 juta perjalanan udara dilakukan semasa cuti Hari Kebangsaan China (http://english.www.gov.cn/statecouncil/ministries/
202010/09/content_WS5f80626cc6d0f7257693d36c.html
)

Maklumat mengenai Unisys
Unisys adalah sebuah syarikat perkhidmatan teknologi maklumat bertaraf dunia yang menyampaikan hasil yang berjaya bagi perniagaan dan kerajaan yang paling cerewet. Penawaran Unisys termasuk perkhidmatan tempat kerja digital, perkhidmatan awan dan infrastruktur dan persekitaran pengendalian perisian untuk pengkomputeran perusahaan yang berintensiti tinggi. Unisys menggabungkan keselamatan ke dalam kesemua penyelesaian mereka. Untuk maklumat lanjut mengenai cara bagaimana Unisys menyampaikan untuk pelanggan mereka merentasi pasaran kerajaan, perkhidmatan kewangan dan komersial, sila layari www.unisys.com. Ikuti Unisys di Twitter (http://twitter.com/UnisysAPAC) dan LinkedIn (http://www.linkedin.com/company/unisys).
 
                                    ###
Unisys dan produk dan perkhidmatan Unisys yang lain yang dinyatakan di sini, serta logo mereka masing-masing, adalah merupakan tanda perniagaan atau tanda perniagaan berdaftar milik Unisys Corporation. Mana-mana jenama atau produk lain yang dirujuk di sini adalah diperakui sebagai satu tanda perniagaan atau tanda perniagaan berdaftar bagi pemegang mereka masing-masing. UIS-C
 
SUMBER: Unisys

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2021 MREM . All rights reserved.