ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  ​COMMONWEALTH LNG MELANCARKAN TENDER UNTUK PENGAMBILAN LNG

Tuesday 19/01/2021



HOUSTON, NEW YORK & SINGAPURA, 19 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Commonwealth LNG, yang bekerjasama dengan Kumpulan Gunvor (“Gunvor”), hari ini mengumumkan pelancaran satu proses formal untuk mendapatkan tawaran bagi menyimpan pengambilan daripada kemudahan LNG mereka yang boleh menghasilkan 8.4 juta tan setahun (MTPA) yang dirancang di Cameron, Louisiana. Ia adalah proses tender yang pertama seumpamanya di mana bakal pelanggan LNG boleh menjamin bekalan jangka masa depan pada volum, harga dan jangka masa yang mereka pilih melalui pembidaan yang kompetitif. LNG akan tersedia di bawah perjanjian penghantaran tol, percuma atas kapal (FOB) atau diserahkan di lokasi (DAP) untuk memadankan dengan pilihan pelanggan. Pegawai-pegawai Commonwealth berkata bahawa satu pendekatan yang berbeza diperlukan berikutan perubahan di dalam pasaran tenaga akibat daripada pandemik global itu.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Commonwealth Paul Varello berkata bahawa pendekatan berinovatif itu untuk menjual LNG memberi manfaat kepada projek itu dan juga bakal pembeli. “Kami percaya bahawa proses ini menawarkan satu penyelesaian yang berisiko rendah yang saling menguntungkan bagi pembeli untuk memenuhi keperluan jangka panjang mereka dan pada masa yang sama membolehkan Commonwealth untuk memajukan projek kami dengan cepat bagi memenuhi permintaan pasaran.”

Tender Commonwealth disokong oleh Gunvor Group, Ltd., pedagang bebas global terkemuka bagi LNG. Gunvor dan Commonwealth LNG mempunyai satu perjanjian strategik di mana Gunvor menyokong Commonwealth di dalam mendapatkan perjanjian pengambilan dan pembekalan gas LNG yang terikat untuk kemudahan tersebut. Gunvor telah komited untuk mengambil sehingga 3 MTPA bagi pengambilan LNG dari projek itu. Sebagai tambahan, sebagai sebahagian daripada tender itu, Gunvor akan membolehkan penawaran bagi asas DAP kepada pelanggan yang menginginkan pilihan ini. Tambahan pula, penggunaan portfolio LNG Gunvor akan membolehkan penawaran untuk menyediakan kewajipan bekalan LNG yang tegas, yang akan mengurangkan risiko bekalan projek industri pembinaan di tanah yang belum dibangunkan dan/atau membenarkan penghantaran LNG sebelum permulaan projek Commonwealth LNG kepada pembeli yang memerlukan bekalan lebih awal.

“Proses tender itu seterusnya dibangunkan berdasarkan kepada momentum yang dihasilkan di antara Commonwealth dan Gunvor di bawah Perjanjian Strategik itu yang dilaksanakan pada tahun 2019,” kata Kalpesh Patel, Ketua Bersama Gunvor bagi Perdagangan LNG. “Kelenturan yang dapat ditawarkan Gunvor baik dari segi volum penyambung awal dan kontrak DES/DAP yang tegas membezakan Commonwealth dari projek LNG yang sedang dibangunkan.”

Commonwealth telah mengekalkan Poten & Partners, Inc. untuk menguruskan proses tender itu. Poten diiktiraf secara meluas sebagai firma penasihat LNG terkemuka di dunia. Proses tender itu dilancarkan pada 18 Januari. Ia memerlukan pengesahan minat menjelang pertengahan Februari dan penyerahan bagi tawaran menjelang awal April 2021. Commonwealth akan menilai setiap tawaran berdasarkan kepada volum, harga, tempoh masa kontrak dan kredit yang diminta oleh pembida. Kontrak dijangka ditawarkan menjelang Jun tahun ini.

Projek itu harus mencapai FID pada suku pertama tahun 2022, dengan kargo pertama dijangka pada suku kedua tahun 2025. Commonwealth sedang melaksanakan satu jadual pembinaan yang dipercepatkan yang akan membolehkan projek itu dibina dalam tempoh tiga tahun dengan menggunakan satu pendekatan yang lebih banyak berbentuk modular dengan komponen utama dibuat di luar lokasi, yang membolehkan projek tersebut untuk menawarkan satu daripada harga jualan LNG yang paling kompetitif dari Amerika Syarikat.

Maklumat mengenai Commonwealth LNG

Commonwealth LNG adalah sebuah projek terminal eksport gas asli cecair (LNG) 8.4 MTPA yang terletak di Sungai Calcasieu di Teluk Mexico berdekatan dengan Cameron, Louisiana. Pasukan kepimpinan projek itu komited untuk membina sebuah kemudahan LNG yang bertaraf dunia dengan terus mengekalkan tumpuan kepada menguruskan risiko dan menurunkan kos modal. www.CommonwealthLNG.com

Maklumat mengenai Gunvor Group Ltd

Kumpulan Gunvor adalah satu daripada rumah perdagangan komoditi bebas terbesar di dunia mengikut perolehan, mewujudkan penyelesaian logistik yang dengan selamat dan berkesan memindahkan tenaga fizikal dari tempat ia bersumber dan disimpan di tempat yang paling dituntut. Syarikat itu adalah peniaga global bebas terkemuka bagi Gas Asli Cecair (LNG). www.GunvorGroup.com

Maklumat mengenai Poten & Partners, Inc.

Poten & Partners adalah sebuah anak syarikat milik sepenuhnya BGC Partners. Selama lebih 80 tahun Poten telah menyediakan kepada pelanggan dengan wawasan yang berharga mengenai pasaran minyak, gas dan perkapalan antarabangsa. Pasukan penasihat komersial mereka yang berpengalaman telah menyokong projek LNG yang sedia ada dan sedang dibangunkan di seluruh dunia. www.Poten.com


Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20210118005075/en/

Hubungi

Pertanyaan Media:
Commonwealth LNG
Lyle Hanna
Pengarah Komunikasi
Pejabat: 346-352-4436
Telefon Bimbit: 281-794-9606
E-mel: lhanna@teamcpl.com
 
Sumber : Commonwealth LNG

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.