ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  AZBIL MELANCARKAN PERISIAN SISTEM AMARAN AWAL DI PERINGKAT GLOBAL

Wednesday 13/01/2021



Early Warning System screenshot (Photo: Business Wire)
Tangkap layar Sistem Amaran Awal (Foto: Business Wire)
 

-- Fungsi Ramalan Meningkatkan Pemantauan Tapak Pengeluaran--

TOKYO, 13 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Azbil Corporation (TOKYO: 6845) telah mengumumkan pelancaran di peringkat global bagi versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina untuk Sistem Amaran Awal mereka bagi Data Siri Masa (selepas ini, “Sistem Amaran Awal”) di pasaran termasuk Asia Tenggara, China dan Korea.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20210112006172/en/

Sistem Amaran Awal itu, yang dilancarkan di Jepun pada tahun 2013, adalah sebuah pakej perisian yang sentiasa memantau perubahan di dalam arah aliran data siri masa untuk pembolehubah proses penting seperti suhu, tekanan, kadar aliran, dan tahap cecair untuk memberi peringatan kepada pengendali berhubung kemungkinan penyimpangan dari nilai-nilai kawalan di peringkat awal. Dibandingkan dengan pemantauan amaran oleh sebuah sistem kawalan teragih (DCS), penggera ramalan Sistem Amaran Awal itu mempunyai kelebihan bagi pengenalan awal, sebelum nilai-nilai kawalan dicapai atau peranti keselamatan mula beroperasi.

Dalam satu keadaan kecemasan apabila ada sesuatu yang tidak kena dengan peralatan dan banyak penggera DCS diaktifkan, penggera yang gagal berfungsi atau kesilapan manusia lain mungkin berlaku, yang membawa kepada kemalangan. Sistem Amaran Awal itu, bagaimanapun, tidak bergantung kepada DCS dan melengkapkan penggera biasa dengan yang boleh membuat ramalan. Sebagai contoh, menunjukkan arah aliran pada satu paparan besar secara berasingan dari monitor DCS dapat menggalakkan satu tindak balas awal dan sesuai oleh pengendali. Dengan cara ini, sistem itu berfungsi bersama dengan sistem pemantauan dan kawalan yang sedia ada seperti DCS untuk menyediakan keberkesanan yang lebih besar.

Di Jepun, sistem itu digunakan terutamanya oleh syarikat-syarikat minyak dan kimia, yang sangat memahami tentang keselamatan dan jaminan loji dan bersedia untuk menggunakan teknologi loT, tetapi baru-baru ini ia telah juga digunakan di kemudahan bekalan air untuk memantau takungan pengedaran, kualiti air, dan kemudahan saliran, untuk memastikan satu bekalan air paip yang stabil. Di samping itu, penggunaan sistem itu telah diperluaskan untuk mencakupi senggaraan kualiti bagi produk perubatan dan farmaseutikal seperti yang disyaratkan oleh peraturan. Sebagai contoh, ia mengesan turun naik suhu yang tidak normal pada peringkat awal untuk menyekat pelencongan dari nilai-nilai kawalan. Sebagai tindak balas terhadap keperluan yang semakin meningkat bagi penyelesaian berasaskan data di tapak-tapak pembuatan di luar negara, Azbil telah melancarkan versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina bagi perisian itu.

Ciri-ciri
  • Dengan menggunakan ramalan, Sistem Amaran Awal itu mengesan perubahan di dalam arah aliran sebelum mereka menjangkau ke nilai kawalan (sebelum satu masalah berlaku) dan mengeluarkan satu amaran, memberikan lebih banyak masa bagi pengendali untuk bertindak balas. Di samping mengeluarkan amaran ramalan, sistem itu mengira anggaran masa sehingga nilai kawalan dicapai, dan menyediakan maklumat bagi menilai bagaimana untuk mengambil suatu tindak balas yang sewajarnya.
  • Meningkatkan kesedaran pengendali kerana ia kadangkala boleh untuk meramalkan perulangan bagi kemerosotan atau turun naik secara tiba-tiba setelah satu amaran kembali.
  • Boleh mengambil alih tugas untuk sentiasa memantau pengukuran kritikal, yang membawa kepada pemantauan yang lebih baik bagi keseluruhan tapak pembuatan dan mengurangkan beban kerja manusia.
  • Dengan menggunakan sebuah protokol komunikasi serbaguna (OPC-DA*1), sambungan dapat dilakukan kepada mana-mana sistem atau DCS, PLC, atau PIMS*2 vendor.
  • Tidak perlu untuk memasang sensor baharu, dan kerja kejuruteraan boleh dilakukan oleh pengguna.
 
Untuk butiran lanjut, sila layari laman web berikut.
https://www.azbil.com/products/factory/factory-product/monitoring-control-system-software/monitoring-operation-support/actmos/index.html
 
Dibimbing oleh falsafah mereka “automasi yang berpusatkan manusia”, Kumpulan azbil itu berhasrat untuk memberikan sumbangan yang membawa “dalam bersiri” kepada pencapaian sebuah masyarakat yang lestari, serta menjamin pertumbuhan mapan bagi mereka sendiri. Ia menyediakan produk yang menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh masyarakat dan memenuhi keperluan pelanggan.

*1 Satu piawaian untuk pertukaran data proses, amaran, data sejarah, dll., yang didasarkan pada COM/DCOM (Model Objek Komponen / Model Objek Komponen Teragih), yang merupakan teknologi Microsoft Windows.
*2 Sistem Pengurusan Maklumat Loji mengumpulkan dan menyimpan data proses dan data pembuatan daripada pelbagai sistem pemantauan dan kawalan di loji dan kilang untuk menggambarkan dan menganalisis status operasi dan pembuatan bagi peralatan pembuatan.

Maklumat mengenai Azbil Corporation
Azbil Corporation, yang sebelum ini dikenali sebagai Yamatake Corporation, adalah sebuah syarikat yang terkemuka di dalam bidang automasi bangunan dan perindustrian, dengan menggunakan teknologi pengukuran dan kawalan mereka untuk menyediakan kepada pelanggan dengan penyelesaian nilai tambah yang tinggi bagi menjadikan operasi mereka lebih cekap dan mapan. Ditubuhkan pada tahun 1906, Azbil memberi perkhidmatan kepada pelanggan merentasi seluruh dunia di dalam pelbagai jenis industri dan berhasrat untuk menyumbang kepada keselamatan, keselesaan dan kepuasan orang ramai, dan pemuliharaan alam sekitar global. Setakat akhir Mac 2020, Azbil mempunyai lebih 9,800 orang pekerja di seluruh dunia dan menjanakan pendapatan sebanyak ¥259 bilion.
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.azbil.com/.

Windows adalah sebuah tanda perniagaan berdaftar atau tanda perniagaan bagi Microsoft Corporation di Amerika Syarikat dan/atau di negara lain.


Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20210112006172/en/

Hubungi

Robert Jones
Telefon: +81-3-6810-1006
E-mel: publicity@azbil.com

Sumber : Azbil Corporation

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.