ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  AXA TELAH MEMENANGI 4 ANUGERAH SUMBER MANUSIA TERKEMUKA!

Monday 11/01/2021



Table

AXA Affin General Insurance Berhad (AXA) memulakan tahun ini dengan memenangi 4 anugerah terkemuka untuk budaya dan amalan Sumber Manusia yang memacu perubahan.


• Kongres Dunia HRD: Anugerah Majikan Terbaik Malaysia Tahun 2020 (tahun ke-5 berturut-turut)
• Kongres Dunia HRD: Anugerah Pemimpin Sumber Manusia Paling Berpengaruh Tahun 2020 
• Anugerah Syarikat Paling Mengambil Berat WeCare HR Asia Tahun 2020
• Anugerah Majikan Terbaik Untuk Bekerja Di Asia Tahun 2020 daripada HR Asia - Malaysia (tahun ke-4 berturut-turut)


KUALA LUMPUR, 11 Jan (Bernama) -- AXA Affin General Insurance Berhad (AXA) memulakan tahun ini dengan kemenangan berturut-turut untuk budaya dan amalan Sumber Manusia yang memacu perubahan.

Pencapaian hebat ini telah mengukuhkan lagi reputasi AXA sebagai salah satu syarikat yang paling memberi inspirasi, bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di Asia dan di peringkat global. Menyedari bahawa pengalaman pekerja yang positif memainkan peranan dalam mencapai matlamat dan komitmen syarikat kepada pelanggan, AXA terus memupuk budaya tangkas, inovatif dan memberi fokus kepada pekerja di dalam syarikat, serta mendorong perkembangan peribadi dan profesional di tempat kerja yang terbuka dan inklusif.
 
"Landskap tempat kerja sentiasa berubah maka penting bagi kami untuk mendorong Pekerja kami agar menjadi perubahan yang mereka ingin lihat untuk kekal relevan dan berdaya saing. AXA ialah tempat yang bagus untuk bekerja kerana kami meletakkan agenda Pekerja sebagai faktor dalam semua usaha kami. Kami memberi perhatian untuk melindungi perkara yang penting bagi Pekerja kami dalam semua aspek dengan memberi mereka peluang dan platform untuk memanfaatkan potensi mereka. Kami amat yakin, untuk menang di dalam pasaran, kami perlu menang di tempat kerja terlebih dahulu. Para Pekerja kami ialah kelebihan daya saing kami yang akan terus mendorong dan menghasilkan nilai positif kepada semua pihak berkepentingan kami,” kata Safinas Mohd Ibrahim, Ketua Pegawai Sumber Manusia AXA, yang juga memenangi Anugerah Pemimpin HR Paling Berpengaruh 2020.

Kelayakan AXA dalam memenangi Anugerah Syarikat Paling Mengambil Berat WeCare HR Asia Tahun 2020 ditentukan sepenuhnya berdasarkan penilaian pekerja yang dijalankan melalui kaedah tinjauan Model Penilaian Keterlibatan Menyeluruh (Total Engagement Assessment Model [TEAM]) yang melibatkan 3 kayu ukur utama, iaitu Teras, Diri, dan Kumpulan. Anugerah ini memberi tumpuan kepada peranan Syarikat dalam menjaga dan bertindak untuk pekerja dan keluarga mereka bagi membantu dalam saat kesukaran.

Sejak bermulanya wabak ini, AXA telah memainkan peranan proaktif dalam menjaga kesejahteraan fizikal dan mental pekerjanya. Syarikat ini telah mengambil langkah pencegahan yang ketat dengan melakukan pembersihan secara berkala, menyediakan topeng muka dan peralatan keselamatan diri, melaksanakan inisiatif kerja dari rumah, membahagikan pasukan bekerja dan protokol lain yang melindungi pekerjanya daripada risiko jangkitan.

Dalam menerapkan peralihan ke arah bekerja dari jarak jauh, AXA juga memacu ekosistem dalamannya untuk sentiasa berhubung dengan pekerja dan meningkatkan kesihatan mental mereka - semuanya untuk memastikan mereka dapat terus belajar dan berkembang dalam norma baharu ini. Melalui pelancaran Program Bantuan Pekerja Digital, pekerja boleh mendapatkan sokongan yang relevan dengan mudah dari jarak jauh untuk kesejahteraan mental mereka melalui talian bantuan 24/7, aplikasi mudah alih, portal web, sesi terapi dalam talian dan webinar.

Selain itu, sebahagian daripada usaha berterusannya untuk membangunkan kemampuan dan meningkatkan kompetensi tenaga kerjanya, AXA juga telah melancarkan cara pembelajaran dalam norma baharu ini melalui pelbagai platform teknologi dan pendidikan dalam talian. Ini selari dengan strategi AXA untuk mempersiapkan tenaga kerja menghadapi masa depan dan memacu penggunaan teknologi digital dalam setiap aspek perniagaannya.  


SUMBER : AXA Affin General Insurance Berhad

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
AXA AFFIN General Insurance 
Nama : Sheena Ho
Tel : +603 2170 8548/012 309 1193
E-mel : sheena.ho@axa.com.my
 
Nama : Allison Lee                 
Tel : +603 2170 8259/016 228 2916
E-mel : allison.lee@axa.com.my

 
 
Corporate Responsibility strategy: 
axa.com/en/about-us/strategy-commitments
 
SRI ratings: 
axa.com/en/investor/sri-ratings-ethical-indexes 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.