ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  TOMMY HILFIGER MENGGESA USAHAWAN SOSIAL UNTUK MENYAHUT CABARAN PERBATASAN FESYEN TOMMY HILFIGER

Wednesday 06/01/2021



Untuk edisi ketiga bagi program itu, Tommy Hilfiger sangat menggalakkan usahawan kulit hitam, peribumi dan orang kulit berwarna (BIPOC) untuk memohon, dan mengajak pengguna untuk mendaftar bagi mengadili penyerahan itu.


AMSTERDAM, 6 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Tommy Hilfiger, yang dimiliki oleh PVH Corp. [NYSE: PVH], dengan sukacitanya ingin mengumumkan bahawa permohonan untuk edisi ketiga bagi Cabaran Perbatasan Fesyen Tommy Hilfiger dibuka dari 6 Januari hingga 8 Mac, 2021. Program global itu bertujuan untuk menyokong keusahawanan permulaan dan perniagaan peringkat pengembangan yang membangunkan penyelesaian yang memberikan satu impak sosial positif terhadap landskap fesyen. Sejak dimulakan pada tahun 2018, Cabaran Perbatasan Fesyen Tommy Hilfiger telah memberikan €350,000 kepada usahawan yang memperjuangkan apa yang mereka percayai dan komited untuk memacukan perubahan di dalam komuniti mereka. Membangunkan visi kelestarian Tommy Hilfiger untuk Tidak Membazirkan Apa-apa dan Mengalu-alukan Semua, edisi ketiga bagi program itu berusaha untuk memperkukuhkan dan menyokong usahawan kulit hitam, peribumi dan orang kulit berwarna (BIPOC) yang berusaha untuk memajukan komuniti mereka dan memupuk sebuah masa depan yang lebih inklusif bagi fesyen. Pengguna juga dipelawa untuk terlibat dan membantu menilai penyerahan.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20210105006033/en/

Cabaran Perbatasan Fesyen Tommy Hilfiger itu memberikan tumpuan utama kepada usahawan yang meletakkan jiwa dan raga mereka dalam membuat satu impak sosial yang positif di dalam industri kita,” kata Tommy Hilfiger. “Tahun ini, kami ingin menampilkan perspektif, idea dan komuniti yang lebih pelbagai dengan menyokong usahawan BIPOC. Kami mempunyai satu tanggungjawab untuk memacukan perubahan merentasi landskap fesyen, dan saya merasa amat terhormat untuk meningkatkan komitmen kami terhadap keterangkuman dan perwakilan yang sama rata melalui Cabaran Perbatasan Fesyen Tommy Hilfiger yang akan datang.”

Perniagaan yang berminat dipelawa untuk mengemukakan cadangan projek yang memberi tumpuan kepada mewujudkan satu rantaian nilai fesyen yang lebih inklusif. Pemohon akan dikecilkan kepada enam finalis yang akan dijemput untuk membangunkan pelan projek mereka dengan sokongan Tommy Hilfiger dan pakar-pakar subjek perkara luaran yang berdedikasi. Dengan latihan dari seorang jurulatih lapangan yang berpengalaman, finalis akan membentangkan konsep akhir mereka kepada sebuah panel juri yang berprestij dan penonton bersekutu pada acara akhir Cabaran Perbatasan Fesyen Tommy Hilfiger global yang akan diadakan pada awal tahun 2022.

Dalam usaha untuk mengembangkan lagi cita-cita inklusifnya, Tommy Hilfiger telah memperluaskan satu jemputan kepada pengguna untuk turut serta sebagai Hakim Pengguna dan membantu memutuskan finalis untuk tahun ini. Hakim Pengguna akan ditugaskan untuk mengecilkan finalis dari 200 kepada 50, dengan masing-masing dihantar sekurang-kurangnya empat permohonan untuk dinilai melalui mikrosit dalam talian bagi jenama itu. Permohonan untuk menjadi seorang Hakim Pengguna boleh dibuat melalui https://responsibility.pvh.com/tommy/fashion-frontier-challenge/ dan ditutup pada 8 Februari.

Hadiah-hadiah program berikut telah ditingkatkan dari tahun-tahun sebelumnya, dengan menyediakan kepada pemenang dengan pembiayaan dan pengetahuan untuk mengembangkan idea perniagaan mereka:
  • Sebanyak €200,000 diberikan di antara pemenang dan satu peluang dengan hadiah tambahan €15,000 kerana memenangi “Undian Pilihan Penonton”
  • Satu bimbingan selama satu tahun dengan pakar-pakar dalaman Tommy Hilfiger global,
  • Satu tempat di Program Keusahawanan Sosial INSEAD (ISEP)
  • Satu bimbingan INSEAD selama satu tahun
“Walaupun industri fesyen telah mengambil langkah-langkah positif untuk menjadi lebih inklusif dan pelbagai, masih banyak yang harus dilakukan,” kata Martijn Hagman, Ketua Pegawai Eksekutif, Tommy Hilfiger Global. “Melalui Cabaran Perbatasan Fesyen Tommy Hilfiger, kami meningkatkan lagi komitmen kami terhadap perwakilan dan kepelbagaian dan membantu mendorong perubahan yang paling kami inginkan, dan perlu, untuk dilihat.”

Misi Tommy Hilfiger adalah untuk menjadi sebuah syarikat fesyen yang Tidak Membazirkan Apa-apa dan Mengalu-alukan Semua; sebuah syarikat gaya hidup pereka lestari yang terkemuka melalui cara bagaimana ia menghasilkan produknya, menguruskan operasinya, dan berhubungan dengan komunitinya dan pihak berkepentingan. Maklumat lanjut mengenai perjalanan kelestarian Tommy Hilfiger, yang dikuasakan oleh strategi Forward Fashion PVH, boleh didapati di https://global.tommy.com/en_int/about-us-corporate-sustainability.

Maklumat lanjut mengenai Cabaran Perbatasan Fesyen Tommy Hilfiger, termasuk cara bagaimana untuk memohon, boleh diperolehi di sini: https://responsibility.pvh.com/tommy/fashion-frontier-challenge/.

Rakan dan pengikut bagi jenama itu dipelawa untuk menyertai perbualan itu di media sosial dengan menggunakan #TommyHilfiger, dan @TommyHilfiger.

# # #

Maklumat mengenai Tommy Hilfiger

Dengan sebuah portfolio jenama yang termasuk TOMMY HILFIGER dan TOMMY JEANS, Tommy Hilfiger merupakan satu daripada kumpulan gaya hidup pereka berjenama premium yang paling dikenali di dunia. Tumpuannya adalah dalam mereka bentuk dan memasarkan pakaian lelaki dan pakaian sukan yang mengikut potongan badan yang berkualiti tinggi, pakaian koleksi dan pakaian sukan wanita, pakaian kanak-kanak, koleksi denim, pakaian dalam (termasuk jubah, pakaian tidur dan pakaian bersantai), kasut dan aksesori. Melalui pemegang lesen terpilih, Tommy Hilfiger menawarkan produk gaya hidup pelengkap seperti kaca mata, jam tangan, minyak wangi, pakaian renang, stokin, barangan kecil kulit, barangan rumah dan bagasi. Barisan produk TOMMY JEANS terdiri daripada seluar jean dan kasut untuk lelaki dan wanita, aksesori, dan wangi-wangian. Barang dagangan di bawah jenama TOMMY HILFIGER dan TOMMY JEANS boleh didapati oleh pengguna di seluruh dunia melalui satu rangkaian luas kedai TOMMY HILFIGER dan TOMMY JEANS, kedai-kedai khusus dan gedung beli-belah, peruncit dalam talian terpilih, dan di tommy.com.

Maklumat mengenai PVH Corp.

PVH adalah satu daripada syarikat fesyen dan gaya hidup yang paling dikagumi di dunia. Kami memberikan kuasa kepada jenama-jenama yang memacukan fesyen ke hadapan – selama-lamanya. Portfolio jenama kami termasuk jenama ikonik Calvin KleinTOMMY HILFIGERVan HeusenIZOD, ARROW, Warner’sOlga dan jenama-jenama Geoffrey Beene, serta jenama intim True&Co yang sentrik digital. Kami memasarkan pelbagai jenis barangan di bawah jenama ini dan jenama-jenama lain yang dimiliki dan berlesen di peringkat nasional dan antarabangsa. PVH mempunyai lebih 40,000 syarikat bersekutu yang beroperasi di lebih 40 buah negara dan $9.9 bilion dalam pendapatan tahunan. Itulah Kuasa Kami. Itulah Kuasa PVH.

Ikuti kami di FacebookInstagramTwitter dan LinkedIn.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20210105006033/en/

Hubungi

Hubungan Tommy Hilfiger
Baptiste Blanc
Pengarah Kanan, Komunikasi Global
E-mel: baptiste.Blanc@tommy.com
Tel: +31 62904 2334

Sumber : Tommy Hilfiger

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.