ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  TOURISM MALAYSIA UMUM PENEMPATAN BAHARU KUMPULAN PENGURUSAN

Wednesday 06/01/2021



PUTRAJAYA, 6 Jan (Bernama) -- Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) pada 5 Januari 2021 mengumumkan beberapa pertukaran penempatan bagi Pengarah Kanan, Pengarah dan Timbalan Pengarah Kanan dalam usaha untuk memperkukuh struktur organisasi bagi mencapai sasaran strategiknya pada tahun ini dalam merancakkan kembali sektor pelancongan.

Dato' Zainuddin Abdul Wahab yang sebelum ini merupakan Pengarah Kanan di Bahagian Perancangan Strategik, telah dilantik sebagai Pengarah Kanan Pengurusan dan menanggung kerja Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) berkuat kuasa 4 Januari 2021.

Sementara itu, Encik Iskandar Mirza Mohd Yusof mengambil alih tugas sebagai Pengarah Kanan di Bahagian Perancangan Strategik manakala Datin Rafidah Idris dilantik sebagai Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat yang baharu.

Selain itu, Encik Mohamed Amin Yahya dan Encik Ahmad Johanif Mohd Ali yang merupakan Timbalan Pengarah Kanan, masing-masing menanggung kerja sebagai Pengarah di Bahagian Sumber Manusia dan Bahagian Pembangunan Pakej, berkuat kuasa tarikh sama.

Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Encik Zulkifly Md Said berkata, pihaknya akan terus meningkatkan aktiviti promosi pelancongan domestik menerusi pelaksanaan pakej rangsangan di bawah Pelan Pemulihan Pelancongan bagi tahun 2021.

"Biarpun pelancongan domestik tidak dapat mengambil alih ketibaan pelancong antarabangsa buat masa ini, pelancongan domestik tetap memainkan peranan sebagai penyumbang utama kepada kelangsungan ekonomi negara," katanya.

Untuk maklumat lanjut mengenai siaran media mahupun maklumat mengenai industri pelancongan Malaysia, boleh melayari laman sesawang Pusat Media Tourism Malaysia di http://www.tourism.gov.my/-

LEMBAGA PENGGALAKAN PELANCONGAN MALAYSIA atau TOURISM MALAYSIA ialah sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Malaysia. Tourism Malaysia memfokuskan kepada tugas khusus untuk mempromosi Malaysia sebagai destinasi pelancongan pilihan. Sejak penubuhannya, Tourism Malaysia telah muncul sebagai pemain utama dalam dunia pelancongan antarabangsa. Pada tahun 2019, Malaysia telah mencatatkan ketibaan seramai 26.1 juta pelancong asing yang menyumbang kepada pendapatan pelancongan sebanyak RM86.14 bilion sekali gus meletakkan negara ini dalam kalangan destinasi pelancongan utama dunia.

SUMBER: TOURISM MALAYSIA

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Muadz Samat
Penolong Pengarah
Bahagian Komunikasi Korporat
Tel: +603 8891 8755
E-mel: muadz@tourism.gov.my

Nama: Khairul Abidin Nuar
Penolong Pengarah
Bahagian Komunikasi Korporat
Tel: +603 8891 8760
E-mel: khairul@tourism.gov.my

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.