ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 24, 2024 -Rabu

 
  JIMAT DUIT DENGAN "JOM NGINAP" MENGGUNAKAN TOUCH 'N GO EWALLET

Thursday 31/12/2020



PUTRAJAYA, 31 Dis (Bernama) -- Tourism Malaysia dengan kerjasama Persatuan Hotel Budget Malaysia (MyBHA) telah menganjurkan kempen “Jom Nginap” bermula hari ini sehingga 31 Mac 2021 sebagai tanda sokongan bagi menggalakkan pelancongan domestik yang diumumkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia baru-baru ini.
 
Kempen “Jom Nginap” ini adalah antara inisiatif yang diumumkan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri pada 23 November 2020 yang lalu di bawah Pelan Pemulihan Pelancongan menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) bertujuan untuk merancakkan lagi pelancongan domestik Cuti-Cuti Malaysia di samping mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (MOH) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
 
Dengan kerjasama Gkash, kempen ini diwujudkan khas menerusi aplikasi Touch ‘n Go eWallet, di mana para pengguna hanya perlu menempah bilik hotel minima RM50 menerusi aplikasi ini dan mendapat cashback sebanyak RM20 dalam tempoh masa tiga (3) hari bekerja. Menerusi promosi baharu di aplikasi Touch ‘n Go eWallet ini, rakyat Malaysia juga dapat menikmati pelbagai tawaran pakej penginapan menarik yang dibawakan khas oleh ahli-ahli Persatuan Hotel Budget Malaysia.
 
Untuk maklumat lanjut, layari https://www.tngdigital.com.my/mybhajomnginap.
 
 
Tentang Tourism Malaysia 
 
Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia atau Tourism Malaysia ialah sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Malaysia. Tourism Malaysia memfokuskan kepada tugas khusus untuk mempromosi Malaysia sebagai destinasi pelancongan pilihan. Sejak penubuhannya, Tourism Malaysia telah muncul sebagai pemain utama dalam dunia pelancongan antarabangsa. Pada tahun 2019, Malaysia menerima 26.1 juta pelancong dan mencatatkan RM86.14 bilion perbelanjaan pelancong, sekaligus meletakkan Malaysia sebagai salah satu destinasi pelancongan terunggul di dunia.
 
 
Tentang Persatuan Hotel Budget Malaysia (MyBHA)
 
Persatuan Hotel Budget Malaysia adalah sebuah persatuan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Pertubuhan Malaysia dibawah Akta Pertubuhan 1966 (Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984) yang dipertanggungjawabkan untuk mewakili dan membantu hotel-hotel bisnes dan bajet yang berlesen dan berdaftar di Malaysia dalam membawa dan/atau mengangkat segala masalah-masalah yang dihadapi oleh lebih kurang 2,300 ahli-ahli kepada pihak yang bertanggungjawab dan yang berkaitan bagi meningkatkan imej industri perhotelan bisnes dan bajet dibawah tiga bintang secara khasnya dan industri pelancongan negara secara amnya.

Sumber: Tourism Malaysia 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Tourism Malaysia 
Unit Media 
Nama: Muadz Samat
Penolong Pengarah, Bahagian Komunikasi Korporat
Tel: +603 8891 8755
E-mel: muadz@tourism.gov.my 

Persatuan Hotel Budget Malaysia (MyBHA)
Tel: 03-80221330
E-mel: mybhahq@gmail.com

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.