PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 
 

Januari 19, 2021 -Selasa

 
  KERAJAAN WILAYAH CHIBA MEMPERKENALKAN TEMPAT-TEMPAT POPULAR UNTUK DAUN-DAUN PADA MUSIM LURUH YANG BERWARNA-WARNI

Friday 18/12/2020

AsiaNet 87292

CHIBA, 18 Dis., 2020 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --

- CHI-BA+KUN Mempromosikan Pesona bagi Wilayah Chiba di Facebook –
 
Kerajaan Wilayah Chiba telah memperkenalkan tempat-tempat pelancongan yang popular untuk menyaksikan daun-daun pada musim luruh yang berwarna-warni di halaman Facebook CHI-BA+KUN watak maskot rasmi mereka sejak 11 November, 2020.

Memandangkan Wilayah Chiba terletak berdekatan dengan Tokyo, bukan sahaja menikmati daun-daun musim luruh merupakan sesuatu yang mudah, tetapi pengunjung juga dapat menghargai dedaun musim luruh di pelbagai tempat seperti di gaung, kuil, dan taman.

Tambahan pula, Kerajaan Wilayah Chiba telah memperkenalkan pelbagai tarikan seperti tempat-tempat pelancongan dan makanan yang lazat kepada masyarakat Taiwan, Thailand, Malaysia, Singapura, dan Vietnam sebagai sebahagian daripada usaha mereka untuk memberitahu mereka tentang Wilayah Chiba. Maklumat yang berkaitan boleh diperolehi di halaman Facebook. Sila imbas kod QR dari URL berikut bagi setiap halaman Facebook.

Rujukan: Hantaran di Facebook di setiap negara atau wilayah
https://kyodonewsprwire.jp/release/202012098369?p=images
 
1. Maklumat mengenai halaman Facebook
 
(1) Taiwan
Tajuk: CHI-BA+KUN
Tarikh pelancaran: 28 Julai, 2016
 
(2) Thailand
Tajuk: Chibakun Jepun
Tarikh pelancaran: 16 Nov., 2018
 
(3) Malaysia
Tajuk: Chibakun Jepun untuk Malaysia
Tarikh pelancaran: 17 Dis., 2019
 
(4) Singapura
Tajuk: Chibakun Jepun untuk Singapura
Tarikh pelancaran: 17 Dis., 2019
 
(5) Vietnam
Tajuk: Chibakun Jepun untuk Vietnam
Tarikh pelancaran: 17 Dis., 2019
 
2. Maskot Wilayah Chiba: CHI-BA+KUN
 
CHI-BA+KUN adalah sejenis makhluk yang ingin tahu yang lahir dan menetap di Wilayah Chiba. Penuh dengan perasaan ingin tahu, beliau suka mencabar segala-segalanya. Ketika beliau menceburkan diri ke dalam perkara yang tidak diketahui, keberanian dan keghairahan muncul kembali, menjadikan tubuh beliau bercahaya dengan warna merah. Di samping itu, CHI-BA+KUN suka makan dan ada kadang-kalanya berperangai nakal. (Tarikh lahir: 11 Jan., 2007)

Profil sisi CHI-BA+KUN melambangkan bentuk bagi Wilayah Chiba.
 
Sumber: Kerajaan Wilayah Chiba

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2021 MREM . All rights reserved.