ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  YANTAI MENGGALAKKAN PERLINDUNGAN DAN RAWATAN EKOLOGI LAUT DENGAN USAHA YANG BERSUNGGUH-SUNGGUH

Wednesday 16/12/2020

AsiaNet 87290

YANTAI, China, 16 Dis., 2020 /Xinhua-AsiaNet/--

Menurut Pusat Maklumat Lautan Antarabangsa Xinhua (Qingdao), sejak Yantai melancarkan kempen “Pantai Bersih” untuk melibatkan semua daerah pinggir laut dan kota-kota di peringkat daerah dalam membersihkan sampah terapung dan sisa domestik dari sungai, dataran lumpur dan zon pinggit laut, sejumlah 875 tan sampah di 125 lokasi telah dibersihkan menjelang Disember ini. Zon pinggir laut itu yang membentang hampir 10,000 meter yang dahulu tidak teratur dan kotor telah mempunyai satu pemandangan yang bersih dan segar.
 
Yantai, yang terletak di Semenanjung Shandong, memberi keutamaan kepada perlindungan ekologi sejak beberapa tahun yang lalu. Langkah-langkah telah diperkukuhkan untuk menguruskan sumber laut dan memulihkan persekitaran ekologi, meletakkan asas untuk pembangunan lestari dan meningkatkan persekitaran kehidupan masyarakat.

Dengan menghadap Laut Kuning dan Laut Bohai, Yantai mempunyai sebuah kawasan laut seluas 26,000 kilometer persegi, yang menduduki di kalangan teratas di China berdasarkan kepada ekonomi marin. Menurut Zhang Shuping, Setiausaha bagi Jawatankuasa Perbandaran Yantai CPC, Yantai berusaha untuk meneroka laluan bagi pemuliharaan ekologi laut dan mengumpulkan pengalaman bagi seluruh negara.

Sebahagian besar kawasan pinggir laut menghadapi masalah umum iaitu penurunan sumber perikanan tepi pantai. Yantai, sebagai sebuah kota tepi laut dan tempat bagi jumlah terbesar penternakan laut peringkat nasional, menganggap pembangunan penternakan laut sebagai satu cara penting untuk mengembangkan sumber perikanan, melindungi kepelbagaian biologi dan membangunkan budaya marin. Dalam proses ini, Yantai memberikan perhatian kepada satu keseimbangan di antara darat dan laut dan di antara akuakultur dan perlindungan ekologi. Ia menggalakkan dan menyokong perusahaan yang relevan untuk membina bengkel budaya bulat dan bagi merawat air buangan dengan cekap yang telah mewujudkan penggunaan sisa yang komprehensif dan peredaran penggunaan air secara serantau. Kualiti air di kawasan akuakultur dipantau pada setiap masa. Pada tahun lalu, kadar kualiti yang baik bagi kawasan laut di Laut Bohai di bawah bidang kuasa Yantai telah mencapai 98.62%, meningkat 26% dari tahun sebelumnya. Dan kadar kualiti yang baik di kawasan laut tepi pantai telah melebihi 99%, meningkat 15% dari tahun ke tahun.

Yantai komited kepada pemulihan zon pinggir laut. Ia telah menggubal satu siri peraturan baharu seperti Peraturan mengenai Perlindungan Zon Pinggir Laut Yantai, dan melaksanakan projek perlindungan dan pemulihan ekologi bagi Pulau Changdao, di mana zon eko-budaya marin perintis yang komprehensif telah dibentuk untuk memulihkan garis pantai semula jadi dan menyelamatkan ia daripada menyusut. Dalam tempoh tiga tahun yang lalu, 2 bilion yuan telah dilaburkan untuk memulihkan ekologi laut bagi Changdao dan lebih 40 kilometer zon pinggir laut telah dipulihkan. Dengan persekitaran lautan yang indah, Pulau Changdao telah menyaksikan pelancongan mereka berkembang pesat. Pada masa ini, terdapat 14,000 orang yang bekerja di sektor pelancongan di Changdao, yang merangkumi 1/3 daripada jumlah penduduk. Lebih ramai yang bakal menyertai bidang pekerjaan ini untuk memperoleh kehidupan yang lebih baik.

Dengan usaha yang berterusan, kini pelbagai jenis alga yang jarang dilihat pada tahun-tahun sebelum ini seperti zostera marina dan gloiopetis telah muncul kembali di Changdao. Begitu juga dengan ikan lumba-lumba tanpa sirip putih dan ikan paus. Kuantiti bagi spesies seperti burung sekendi putih oriental, anjing laut harbor dan bangau Cina, yang habitatnya memerlukan kualiti ekologi yang tinggi, juga telah meningkat. Tang Junwei, timbalan pengarah bagi Pusat Penggalakan Ekonomi Changdao berkata, “Terdapat 30 jenis alga lebih banyak daripada tempoh lima tahun lalu. Beberapa spesies ekonomi seperti ikan hairtail dan udang di Teluk Bohai telah meningkat dua kali ganda. Musim penangkapan ikan yang lenyap telah kembali pada satu skala yang kecil.”

Encik Ye, seorang penduduk tempatan berkata, “Perubahan besar telah berlaku di Yantai sejak beberapa tahun ini. Setelah zon pinggir laut diperbaiki, kini terdapat beberapa teluk laut untuk bersantai dan rekreasi di kota. Kita dapat menikmati air laut yang jernih dan pantai berpasir yang halus berdekatan dengan rumah kami. Adalah sangat menyenangkan untuk berjalan dan bersenam di tepi laut pada hujung minggu.”
 
Sumber: Pusat Maklumat Lautan Antarabangsa Xinhua (Qingdao)

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.