ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 27, 2024 -Sabtu

 
  DAERAH NANSHA DI CHINA: BERSEDIA UNTUK BAKAT-BAKAT ANTARABANGSA

Wednesday 16/12/2020

AsiaNet 87264

GUANGZHOU, China, 16 Dis., 2020 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Pembangunan yang berkualiti tinggi di Kawasan Greater Bay Guangdong-Hong Kong-Macau di  China sedang menarik bakat-bakat utama dunia untuk datang. Sebagai pusat geografi dan geometrik bagi Kawasan itu, daerah Nansha, yang terletak di Guangzhou, telah menjadi sebuah tempat berkumpulnya bakat, inovasi dan teknologi, yang menyediakan kutub pertumbuhan dan sumber kuasa untuk kerjasama global. Di sini pembentukan bagi sebuah lingkaran berbudi pekerti dan pembangunan lestari bagi persekitaran pengembangan bakat tidak hanya menjadi dasar yang tertulis, tetapi juga konsensus bagi semua sektor masyarakat.

Pada 14 Disember, 2020, Persidangan Bakat-bakat Antarabangsa Nansha telah bermula. Dalam persidangan itu, 69 orang telah dikenal pasti sebagai bakat-bakat terkemuka atasan di Daerah Nansha. Menurut rancangan pengenalan yang dilaksanakan oleh Daerah Nansha, setiap bakat ini boleh menerima subsidi penempatan semula minimum sebanyak RMB 2 juta atau sebuah pangsapuri bakat seluas 100 meter persegi.

Pada masa yang sama, Nansha secara rasminya telah mengeluarkan “20 Langkah-langkah bagi Pengumpulan Bakat-bakat Antarabangsa di Kawasan Baharu Nansha Guangzhou (Zon Perdagangan Bebas)”, dengan memberi tumpuan kepada hubungan untuk menarik, melatih, mengekal, dan memanfaatkan bakat-bakat antarabangsa, menyediakan sokongan dan jaminan yang menyeluruh dan rantaian keseluruhan melalui inovasi dan sokongan keusahawanan, subsidi penempatan semula dan keselamatan perumahan. Dalam acara tersebut, 6,500 tawaran kerja telah juga dikeluarkan di seluruh dunia, termasuk perusahaan dan institusi utama seperti Universiti Sains dan Teknologi Hong Kong (Guangzhou) dan Akademi Sains China. Sebilangan besar bagi jawatan itu mempunyai gaji tahunan di antara 300,000 hingga 800,000 RMB.

Pengumpulan bakat dan inovasi teknologi sedang mengalami “reaksi kimia”. HKUST (GZ) sedang mengambil pemimpin dan bakat akademik dari seluruh dunia, menurut ketua bagi pejabat perancang universiti itu. “Nansha telah mewujudkan satu peluang yang baik bagi kami untuk menarik bakat. Kumpulan pertama profesor yang kami ambil telah menikmati ‘20 Langkah-langkah bagi Pengumpulan Bakat-bakat Antarabangsa’. Lima dari mereka telah menerima subsidi penempatan semula dan sokongan keselamatan perumahan, dengan subsidi penempatan semula meningkat hingga 5 juta yuan.”

Lu Yixian, ketua bagi Daerah Nansha berkata bahawa dengan terus membangunkan sebuah kota sains yang terkemuka, persekitaran kelas pertama untuk bakat-bakat perniagaan dan antarabangsa, dan lingkaran kehidupan yang berkualiti tinggi, Nansha sedang membentuk sebuah pola yang komprehensif, mantap, dan bertimbang rasa untuk menggalakkan bakat-bakat yang kreatif di seluruh dunia.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Nansha telah mencapai kemajuan yang berterusan di dalam menggalakkan inovasi institusi, inovasi saintifik dan teknologi, pembangunan perindustrian dan pembangunan bandar, dan KDNK wilayah itu telah mengekalkan pertumbuhan dua digit selama bertahun-tahun. Pada tiga suku pertama tahun ini, KDNK wilayah itu telah meningkat sebanyak 4.2% dari tahun ke tahun, dan jumlah nilai import dan eksport telah meningkat sebanyak 21.1%. 17 projek pelaburan baharu oleh syarikat-syarikat Fortune 500 telah diperkenalkan baru-baru ini, menjadikan wilayah itu sebagai laluan laju bagi pembangunan yang berkualiti tinggi.

Persekitaran yang terbaik dan operasi ekonomi yang cekap menyediakan dorongan yang kuat bagi projek dan bakat-bakat yang berkualiti tinggi untuk menetap di sini. Pada pagi 14 Disember, 13 pasukan bakat dari China, Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom dan negara-negara lain mengambil bahagian dalam pameran bergerak Nansha, di mana projek-projek merangkumi kecerdasan buatan, bioperubatan, bahan-bahan baharu, pembuatan mewah dan bidang-bidang lain telah diperkenalkan.

Deng Honghao, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Butlr, sebuah syarikat kecerdasan buatan dan Internet Benda, berkata dalam satu Soal Jawab dalam talian di pameran bergerak itu bahawa Nansha telah mengumpulkan projek-projek inovatif dan institusi pelaburan kelas pertama, dan beliau menantikan kepada komunikasi yang lebih mendalam di antara satu sama lain dan memasuki pasaran Kawasan Greater Bay itu.
 
Sumber: Persidangan Bakat-bakat Antarabangsa Nansha 2020

--BERNAMA

 
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.