ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 27, 2024 -Sabtu

 
  "PEMBAHARUAN" BAGI SEBUAH BANDAR KECIL DI CHINA MELALUI E-DAGANG DAN PENSTRIMAN LANGSUNG

Tuesday 15/12/2020

AsiaNet 87223

DONGGUAN, China, 15 Dis., 2020 /Xinhua-AsiaNet/--

Baru-baru ini, majlis pembukaan bagi Festival E-dagang Antarabangsa Humen ke-7 telah diadakan di Pusat Konvensyen dan Pameran Humen di bandar raya Dongguan di wilayah Guangdong. Ia adalah sebuah platform pertukaran dan paparan perindustrian bagi Humen, sebuah bandar di China yang khusus di dalam industri pakaian wanita, untuk mempercepatkan pendigitalan bagi industri tradisional, meningkatkan kecekapan bagi rantaian bekalan dan untuk mengoptimumkan imej bagi jenama dan produk tempatan.
 
Pembangunan e-dagang dan penstriman langsung membantu menerobosi cerutan bagi industri tradisional, yang telah berlaku di bandar Humen di Dongguan di China.

“Epidemik tahun ini memberi hanya sedikit impak kepada industri itu. Seawal tahun 2017, beberapa kedai pakaian di Humen telah mula menjual produk melalui platform penstriman langsung, satu cara yang terbaik untuk memanfaatkan potensi penggunaan bagi bandar-bandar aras ketiga dan keempat di China. Itulah sebabnya kenapa industri tempatan dapat menahan risiko yang dibawa oleh wabak tersebut dan menyaksikan satu peningkatan di dalam volum jualan,” kata Wang Wei, pengerusi bagi Taman Perindustrian E-dagang Humen. Walaupun China memupuk satu paradigma pembangunan baharu dengan peredaran domestik sebagai tulang belakang dan peredaran domestik dan antarabangsa saling memperkukuhkan di antara satu sama lain, Humen di Dongguan sekali lagi berada di barisan hadapan bagi pembaharuan.

Yang Tao, pengarah eksekutif bagi Institut Penyelidikan E-dagang Shanghai United, percaya bahawa wabak itu telah mengubah tabiat membeli-belah pengguna dan permintaan bagi membeli-belah dalam talian telah meningkat dengan ketara. Data dan teknologi bagi platform e-dagang memainkan satu peranan penting di dalam memastikan aliran tanpa halangan di antara penawaran dan permintaan, pengeluaran dan penggunaan, yang membantu peredaran domestik China.

“Pada masa lampau, pengeluar bergantung kepada pengalaman perniagaan untuk menilai corak dan jumlah pengeluaran bagi produk pakaian. Sekarang, mereka dapat menguji dan prajual di platform e-dagang, dan berdasarkan kepada data prajualan, menganalisis sama ada corak itu mudah untuk dijual dan menentukan kuantiti bagi pengeluaran, sekali gus mengurangkan risiko stok,” kata Li Dingru, presiden bagi Persatuan E-dagang Humen.

Dengan perubahan ini, struktur di bahagian penawaran bagi industri pakaian Humen telah bertambah baik untuk memenuhi permintaan pengguna bagi kualiti yang lebih tinggi. Ambil Taman Perindustrian E-dagang Humen sebagai contoh, ia menyediakan banyak perkhidmatan pengeluar, termasuk latihan untuk mengehos penstriman langsung, pemasaran e-dagang, operasi kedai dalam talian dan seni reka bentuk untuk menyesuaikan dengan permintaan bagi transformasi dan peningkatan syarikat-syarikat.

Wang Yaoming, datuk bandar bagi bandar Humen, berkata bahawa skala dan kualiti bagi industri e-dagang Humen telah terus meningkat, dengan keuntungan struktur yang dioptimumkan dan mempercepatkan pembangunan yang berinovatif. Tahun ini, industri itu telah terus berkembang, membantu merangsangkan penggunaan, menarik pelaburan, dan menggalakkan peluang pekerjaan.

Pada tahun 2019, Humen, dengan penduduk tetap sekitar 600,000 orang, mempunyai lebih daripada 10,000 perusahaan dan perniagaan individu yang bekerja sendiri di dalam e-dagang dan lebih dari 150,000 orang pekerja yang berkaitan, di mana 90% terlibat di dalam industri pakaian. Jualan dalam talian mencecah hampir 47.8 bilion yuan melalui platform pihak ketiga, dan kira-kira 380 juta bungkusan dihantar melalui penghantaran ekspres, yang mana jumlah itu telah menyaksikan satu kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 10%.

Pembangunan pesat bagi model perniagaan baharu itu telah memupuk bidang-bidang pertumbuhan baharu. Bagaimanapun, ia juga membawa masalah baharu seperti ambang akses yang rendah dan kualiti pekerja yang tidak seimbang. Taman-taman perindustrian tempatan juga menghadapi masalah seperti aduan pembeli, tanda produk yang tidak standard, dan penstriman yang dalam keadaan bercelaru.

Untuk melaraskan tingkah laku yang menyimpang dan mencegah masalah-masalah susulan, Jawatankuasa Teknikal bagi Penstandardan Taman-taman Perindustrian E-dagang Guangdong telah ditubuhkan secara rasmi di Humen pada tahun 2019. Sejak itu, ia telah berturut-turut mengambil bahagian di dalam perumusan empat standard nasional dan dua standard perindustrian, untuk menggalakkan pembangunan industri yang sihat dan lestari.

Menurut Li Dingru, kunci di dalam penyeragaman juga terletak pada penyepaduan erat pekerja dan industri. Kedai-kedai tempatan di Humen mengusahakan hos penstriman langsung mereka sendiri yang memahami produk dan jenama itu dengan lebih baik dan dapat untuk benar-benar menarik perhatian pengguna dengan produk mereka, meningkatkan kredibiliti kedai dan pada masa yang sama mengelakkan kesan negatif dari publisiti palsu yang dibawa oleh hos KOL atau hos selebriti.

Sumber: Festival E-dagang Antarabangsa Humen ke-7

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.