ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  LAPORAN MENGENAI PEMBANGUNAN BERKUALITI TINGGI BAGI PELABUHAN-PELABUHAN CHINA 2020 (PELABUHAN LAUT) DIKELUARKAN

Monday 14/12/2020

AsiaNet 87234

BEIJING, 14 Dis., 2020 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Perkhidmatan Maklumat Ekonomi China dan Institut Penyelidikan Pengangkutan Bawaan Air  China telah bersama-sama mengeluarkan Laporan mengenai Pembangunan Berkualiti Tinggi bagi Pelabuhan-pelabuhan China (Pelabuhan Laut) pada Forum mengenai Mempromosikan Pembangunan Pelabuhan – Pengeluaran Laporan mengenai Pembangunan Berkualiti Tinggi bagi Pelabuhan-pelabuhan China (Pelabuhan Laut) yang diadakan di Hangzhou pada 4 Disember, 2020.

Adalah difahamkan bahawa berdasarkan kepada konsep pembangunan berkualiti tinggi bagi “inovatif, diselaraskan, hijau, terbuka dan perkongsian”, Laporan mengenai Pembangunan Berkualiti Tinggi bagi Pelabuhan-pelabuhan China (Pelabuhan Laut) itu telah membina satu sistem penunjuk penilaian yang terdiri daripada empat penunjuk gred pertama dan 10 penunjuk gred kedua untuk menilai pembangunan berkualiti tinggi bagi 22 pelabuhan pesisir pantai utama di China.

Hasil penilaian itu menunjukkan bahawa pada tahun 2020, skor komprehensif paling tinggi di antara 22 pelabuhan pesisir pantai utama adalah 9.07, purata 5.74, dan paling rendah 3.87. Pelabuhan Shanghai, Pelabuhan Ningbo Zhoushan, Pelabuhan Shenzhen dan Pelabuhan Qingdao adalah yang utama di antara pelabuhan-pelabuhan ini.

Laporan itu meramalkan bahawa dalam tempoh Rancangan Lima Tahun ke-14, pelabuhan-pelabuhan China akan mengekalkan pertumbuhan sebanyak 2%-3% di dalam keluaran kargo. Melihat kepada Rancangan Lima Tahun ke-14, corak pembangunan dwi peredaran yang baharu akan memberikan peluang baharu untuk pembangunan pelabuhan yang berkualiti tinggi. Dalam pengembangan pelabuhan China di masa depan, teknologi baharu akan memperkasakan pembinaan bagi pelabuhan pintar, dan pengembangan bersepadu bagi pelabuhan, industri dan bandar raya yang akan menjadi satu usaha bersama bagi semua bandar raya pelabuhan. Rangkaian perkhidmatan pelabuhan akan berubah ke arah rantaian bekalan keseluruhan proses dan rangkaian logistik, usaha mempopularkan kapal-kapal besar akan menggalakkan rombakan bagi pelabuhan-pelabuhan hab global, dan mod pembangunan bersepadu bagi pelabuhan serantau akan semakin matang dan stabil.
 
Sumber: Perkhidmatan Maklumat Ekonomi China
 
--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.