ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  JUMLAH NILAI KELUARAN HASIL LAUT SHANDONG MENYUMBANG 16.3% BAGI KESELURUHAN JUMLAH CHINA

Friday 11/12/2020

AsiaNet 87159

QINGDAO, China, 11 Dis., 2020 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Baru-baru ini, Zhang Jiandong, ketua pengarah bagi Pentadbiran Samudera bagi Wilayah Shandong, berkata pada satu sidang media yang diadakan oleh Pejabat Penerangan bagi Kerajaan Rakyat Wilayah Shandong bahawa pada tahun 2019, jumlah nilai keluaran laut Shandong telah mencapai 1.46 trilion yuan, untuk terus berada pada kedudukan kedua di China, dengan mencakupi 16.3% daripada keseluruhan jumlah bagi China. Di sektor marin Shandong, skala bagi perikanan laut, industri bioperubatan marin, industri garam laut, industri kuasa elektrik marin dan industri pengangkutan laut kesemuanya menduduki tempat pertama di China.
 
Zhang berkata bahawa industri bioperubatan marin adalah satu daripada industri baru muncul strategik yang paling berpotensi di China. Semasa tempoh Rancangan Lima Tahun ke-13 (2016-2020), Wilayah Shandong telah meningkatkan penyelidikan dan pengembangan bagi ubat-ubatan marin yang berinovatif, mewujudkan “Dana Pembangunan Bank Ubat-ubatan Biru China” dengan jumlah skala sebanyak 5 bilion yuan, mewujudkan Pusat Inovasi Industri Pembuatan Ubat-ubatan Marin Shandong, dan membina enam platform R&D produk untuk ubat-ubatan marin moden, perubatan Cina marin moden, dan lain-lain. GV971, sejenis ubat Cina yang baharu untuk penyakit Alzheimer yang dibangunkan secara persendirian oleh pasukan akademik Guan Huashi, telah diluluskan dan dijual di pasaran, untuk menjadi ubat marin ke-14 di dunia dan ke-2 di China. Qingdao telah membina pangkalan perindustrian produk biologi rumpai laut terbesar di dunia, dan kapasiti pengeluaran alginat mereka menduduki tempat pertama di dunia. Yantai Dongcheng Pharmaceutical Group Co., Ltd. telah menjadi pengeluar bahan mentah terbesar di dunia bagi kondroitin sulfat dan satu-satunya pembekal domestik bagi suntikan kondroitin sulfat.
 
“Kami akan melipatgandakan usaha kami untuk membangunkan peralatan termaju dan menggalakkan pembangunan marin untuk bergerak menuju ke laut dalam,” kata Zhang, sambil menambah bahawa industri pembuatan peralatan kejuruteraan marin adalah satu industri strategik baharu di dalam sistem industri marin Shandong. Dalam tempoh lima tahun yang lalu, Shandong telah mempercepatkan pengembangan bagi industri pembuatan peralatan kejuruteraan marin kelas atasan, dan pada mulanya telah membina tiga pangkalan pembuatan marin utama untuk pembinaan dan pembaikan kapal, industri berat marin dan pembuatan peralatan minyak luar pesisir. Jiaolong, Xiangyanghong 01, Kexue, Hailong, Qianlong dan peralatan marin laut dalam yang lain dengan hak harta intelek persendirian telah digunakan, dengan berkesan memperluaskan kelebaran dan kedalaman bagi pembangunan marin. Blue Whale 1 dan Blue Whale 2, rig penggerudian separa tenggelam ultra air dalam yang direka secara persendirian dan dibina oleh CIMC Raffles telah berjaya melaksanakan tugas bagi ujian pengeluaran bagi ais mudah terbakar di Laut China Selatan, dengan membawa penerokaan minyak dan gas air dalam China dan keupayaan pembangunan ke peringkat termaju dunia.
 
Di samping itu, industri pengangkutan marin telah menjadi satu industri tonggak yang penting di dalam pembinaan sebuah sistem industri marin moden di Shandong. Dengan memperkukuhkan pembangunan darat dan laut yang diselaraskan dan menyatukan sumber pelabuhan pesisir, Shandong telah mewujudkan Kumpulan Pelabuhan Shandong, sekali gus membentuk satu corak pembangunan kelompok pelabuhan pesisir dengan Pelabuhan Qingdao, Pelabuhan Yantai dan Pelabuhan Rizhao sebagai teras dan Pelabuhan Weihai, Pelabuhan Weifang, Pelabuhan Dongying, Pelabuhan Binzhou dan pelabuhan serantau penting yang lain sebagai pelengkap, untuk membuka pengemudian dengan lebih dari 700 pelabuhan di lebih 180 buah negara dan wilayah di dunia. Pada tahun 2019, jumlah kargo bagi pelabuhan pesisir di wilayah itu telah mencapai 1.61 bilion tan, dan jumlah kontena sebanyak 31 juta TEU, jumlah bagi kedua-dua menduduki tempat kedua di wilayah pesisir China. Projek fasa I dan fasa II bagi terminal automatik sepenuhnya Pelabuhan Qingdao yang terkemuka di dunia berjaya dibina dan telah mula beroperasi. Pelabuhan Qingdao juga memenangi gelaran kehormat bagi “Pelabuhan Hijau Kebangsaan” dan “Pelabuhan Hijau Asia Pasifik 2019”.
 
Sumber: Pejabat Penerangan bagi Kerajaan Rakyat Wilayah Shandong  

--BERNAMA

 
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.