ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 28, 2024 -Khamis

 
  YILI MELANCARKAN SISTEM PENUNJUK PENILAIAN KESELAMATAN KAMPUS K-12

Thursday 10/12/2020

AsiaNet 87140

Table

Yili melancarkan Sistem Penunjuk Penilaian Keselamatan Kampus K-12


BEIJING, 10 Dis., 2020 /Xinhua-AsiaNet/--

- Tahun ini menandakan ulang tahun kelapan bagi projek CSR utama Yili, “Yili's Ark”
 
- Melalui inisiatif itu, Yili telah berkembang untuk menjadi sebuah pelindung yang mantap bagi keselamatan kanak-kanak
 
Yili, satu daripada lima pengeluar tenusu global utama, telah mengadakan satu upacara memperingati ulang tahun kelapan bagi projek CSR mereka “Yili's Ark”. Pada sidang media itu, Sistem Penunjuk Penilaian Keselamatan Kampus K-12 (“Dashboard Keselamatan Kampus Yili” atau “Dashboard”) telah dilancarkan secara rasminya. Berdedikasi untuk memperkukuhkan keselamatan kampus di sekolah rendah dan menengah rendah di China, sistem itu dapat secara efektif membimbing sekolah dan guru dengan berkesan dalam mengesan bahaya di kampus melalui pendekatan saintifik. Berdasarkan kepada sistem tersebut, Yili berharap dapat berganding bahu dengan semua pihak yang berkepentingan untuk menjadikan “Yili's Ark” sebagai pelindung yang lebih mantap bagi kanak-kanak.

Menyokong pertumbuhan dan pembangunan yang selamat dengan satu Dashboard

Dashboard Keselamatan Kampus Yili adalah satu hadiah dari “Yili's Ark” kepada sekolah, kanak-kanak, dan masyarakat China untuk membantu memastikan pertumbuhan dan perkembangan yang selamat bagi kanak-kanak. Penilaian itu dibuat berdasarkan kepada 10 petunjuk utama, termasuk persekitaran di sekitar kampus, kesihatan fizikal dan mental bagi guru dan pelajar, kesihatan awam dan keselamatan makanan di kampus, tindak balas kecemasan, dan banyak lagi, menyediakan panduan mengenai potensi bahaya keselamatan, tindak balas dan pendidikan pencegahan. Hasil penilaian itu dipaparkan dalam bentuk “carta radar” untuk membantu sekolah-sekolah menilai dengan mudah keadaan keseluruhan bagi keselamatan kampus.

Dalam konteks bagi pandemik itu, Dashboard itu telah menambahkan langkah-langkah khas untuk bertindak balas terhadap wabak besar, menyediakan pelajaran dalam talian mengenai keselamatan, menyokong kesejahteraan psikologi bagi guru dan pelajar setelah penutupan kampus yang panjang, melindungi maklumat peribadi mengenai guru dan pelajar, memastikan kebersihan dan keselamatan tandas sekolah, menyediakan peralatan keselamatan khas kebakaran, dan sebagainya.

Dashboard itu mempertimbangkan sepenuhnya pendapat pakar dan cendekiawan dan telah meningkat secara beransur-ansur berdasarkan persekitaran baharu dan maklum balas dari sekolah-sekolah di mana projek itu telah dilaksanakan. Saya berharap Dashboard itu dapat menjadi satu manual untuk usaha keselamatan kampus dan satu panduan bagi sekolah untuk dengan mudah mengesan bahaya keselamatan, seterusnya dapat memanfaatkan lebih banyak sekolah rendah dan menengah rendah dan pelajar mereka,” kata Ma Jing, timbalan setiausaha agung bagi Yayasan Pembangunan Sumber Manusia China Barat.

Melindungi kanak-kanak melalui pengalaman mendalam selama lapan tahun

Projek CSR “Yili's Ark” itu telah dibangunkan seawal lapan tahun yang lalu pada tahun 2012. Dimulakan bersama oleh Kumpulan Yili dan Yayasan Pembangunan Sumber Manusia China Barat, projek kebajikan awam itu memberi tumpuan kepada memastikan keselamatan kanak-kanak dan “melindungi kanak-kanak dengan rasa hormat dan kepakaran,” menurut Pan Gang, Pengerusi dan presiden Yili.

Selama lapan tahun, projek “Yili's Ark” itu, yang selalu mematuhi prinsip “memastikan impian anda menjadi kenyataan, dengan pertumbuhan keselamatan diutamakan,” telah melakukan usaha berterusan ke arah mewujudkan satu model yang boleh digunakan dan berkesinambungan untuk keselamatan kanak-kanak. Sehingga kini, projek “Yili's Ark” telah diperkenalkan di lebih 500 sekolah di 40 daerah, wilayah, dan bandar raya dari 25 wilayah merentasi China dan telah melatih lebih 300 guru sekolah rendah dan pengurus keselamatan kampus, yang memberi manfaat kepada lebih 300,000 kanak-kanak secara keseluruhan.

Melalui eksplorasi dan amalan selama lapan tahun, projek kebajikan awam keselamatan kanak-kanak “Yili's Ark” berjaya mewujudkan satu sistem yang unik dan matang, menyatukan sekolah dan pelatih dengan ibu bapa dan anak-anak mereka. Di masa depan, Yili akan terus memartabatkan konsep kebajikan awam bagi “melindungi kanak-kanak dengan rasa hormat dan kepakaran,” seterusnya menggalakkan semangat “Yili’s Ark,” menjaga untuk pertumbuhan dan perkembangan sihat bagi generasi muda, dan berkongsi manfaat kesihatan dengan seluruh dunia.
 
Sumber: Kumpulan Yili
 
Pautan Lampiran Imej:
 
   Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=379682
 
   Kapsyen: Yili melancarkan Sistem Penunjuk Penilaian Keselamatan Kampus K-12

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.