ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  ​FESTIVAL FILEM ANIMASI ANTARABANGSA LAPANGAN TERBANG CHITOSE KE-7 DIADAKAN DARI 20 NOVEMBER (JUMAAT) HINGGA 30 NOVEMBER (ISNIN)

Tuesday 08/12/2020

AsiaNet 86898

CHITOSE, Jepun, 8 Dis., 2020 /Kyodo JBN-AsiaNet / --
 
Festival Filem Animasi Antarabangsa Lapangan Terbang Chitose Baharu telah diadakan di Lapangan Terbang Chitose Baharu dan secara dalam talian selama 11 hari dari 20 November hingga 30 November, 2020. Semasa festival filem itu, pelbagai program telah diadakan, termasuk penayangan karya undangan di Teater Lapangan Terbang Chitose Baharu itu dan secara dalam talian.
 
(Imej: https://kyodonewsprwire.jp/release/202011247606?p=images)

Klip PR untuk “CHITOSE BAHARU 2020”: https://youtu.be/0NDkTSKDEMo
 
Penayangan pertandingan itu, yang merupakan acara utama bagi festival tahunan itu, telah menayangkan 105 filem yang dipilih dengan teliti dari lebih 2,200 penyerahan (termasuk filem pendek dan filem cereka). Satu upacara penganugerahan telah diadakan pada 23 November di “SUPER DOMMUNE”, satu saluran penstriman langsung.
 
Anugerah
Grand Prix untuk Filem Pendek: “Wood Child & Hidden Forest Mother”
Stephen Irwin, United Kingdom
 
Grand Prix Jepun: “The Mark of Emi”
Furukawahara Momoka, Jepun
 
Anugerah Bakat Baharu: “Black Sheep Boy”
James Molle, Perancis
 
Grand Prix untuk Filem Cereka: “My Favorite War”
Ilze Burkovska Jacobsen, Latvia
 
Filem Pelajar Terbaik: “Rain Pot”
Gordon Moore, Amerika Syarikat
 
Animasi Muzik Terbaik: “Angklung Life”
KOKOFREAKBEAN, Amerika Syarikat
 
Dan Anugerah Juri dan Anugerah Penaja.
 
Semua karya pemenang boleh diperolehi di laman web rasmi festival itu
( https://airport-anifes.jp/en ).
 
SUMBER: Jawatankuasa Eksekutif Festival Animasi Antarabangsa Lapangan Terbang Chitose Baharu

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.