ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  OMRON MEMPERKUKUHKAN PENGLIBATAN DENGAN ALIVECOR DENGAN PELABURAN SIRI E, MEMPERKUKUHKAN PERIKATAN SYARIKAT BERSILANG UNTUK PENGURUSAN KEADAAN KARDIOVASKULAR JARAK JAUH

Wednesday 02/12/2020

AsiaNet 86771

KYOTO, 2 Dis., 2020 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --

OMRON Healthcare Co., Ltd. mengumumkan pada 24 November pelaburan tambahan ke dalam AliveCor oleh syarikat induknya, OMRON Corporation, sebagai sebahagian daripada pembiayaan siri E bernilai $65 juta untuk peneraju di dalam teknologi elektrokardiogram peribadi (ECG) berasaskan AI. OMRON mengetuai pusingan pelaburan ini, mengukuhkan kerjasama syarikat bersilang yang bermula pada tahun 2017. Syarikat-syarikat itu terus membina di atas pakatan global mereka untuk mempercepatkan pengembangan bagi penyelesaian untuk pengurusan penyakit kardiovaskular dan pemantauan pesakit jarak jauh dengan menggunakan teknologi ECG.

Logo: https://kyodonewsprwire.jp/img/202011197369-O1-zJaluzz0
 
“OMRON komited untuk mengembangkan teknologi kesihatan kardiovaskular yang menyelamatkan nyawa dalam mengejar visi ‘Mencapai Sifar’ kami untuk menghapuskan serangan jantung dan strok. Ini adalah satu matlamat yang tinggi dan, seperti yang kami perkatakan ketika kami mengembangkan visi kami, kami tidak dapat melakukannya bersendirian. Itulah sebabnya kami mencari rakan yang sehaluan, seperti AliveCor, untuk memajukan inisiatif kami dan bekerjasama bagi menyelamatkan nyawa,” kata Isao Ogino, presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi OMRON Healthcare.

“Lebih satu bilion orang dewasa menghadapi hipertensi di seluruh dunia (*1), dan risiko mereka mengalami strok hampir lima kali lebih besar (*2) jika mereka juga menderita dari Afib (pemfibrilan atrium). Hipertensi juga merupakan satu keadaan kesihatan yang tersirat yang meningkatkan risiko komplikasi dengan COVID-19 (*3). Keupayaan untuk memantau kedua-dua tekanan darah dan rentak jantung di rumah adalah sangat penting untuk pengesanan awal, rawatan dan pengurusan bagi keadaan kesihatan kardiovaskular ini.

“Perikatan kami dengan AliveCor akan membantu meningkatkan portfolio teknologi semasa kami dan memberikan pesakit hipertensi dan profesional penjagaan kesihatan dengan data  yang boleh menyelamatkan nyawa – satu gambaran lengkap mengenai kesihatan kardiovaskular pesakit yang dapat dicapai dengan teknologi pemantauan jarak jauh peribadi yang digunakan di rumah. Kami akan terus meneroka dan mengembangkan teknologi baharu untuk meningkatkan aksesibiliti bagi pemantauan rumah yang membantu orang untuk menguruskan keadaan mereka, dan akan melibatkan rakan seperti AliveCor untuk memastikan teknologi ini adalah yang terbaik di pasaran, seterusnya mempercepatkan lagi perniagaan pemantauan pesakit jarak jauh kami untuk mencapai matlamat kami, Mencapai Sifar,” kata Ogino.
 
Pelaburan OMRON yang diperluaskan ke dalam AliveCor dibina berdasarkan kepada kerjasama syarikat itu yang berterusan. OMRON memperluaskan portfolio monitor tekanan darah mereka dengan pelancaran “Complete” (TM) monitor tekanan darah yang pertama dengan kemampuan ECG dalam satu peranti tunggal dan teknologi yang diluluskan FDA pertama yang dikembangkan dengan kerjasama AliveCor pada tahun 2019. Kini tersedia di Amerika Syarikat di OmronHealthcare.com dan peruncit yang mengambil bahagian, pengedaran Complete (TM) dijangka diperluaskan di kawasan lain di seluruh dunia pada suku keempat syarikat itu.

Nota:
(*1)Pertubuhan Kesihatan Sedunia: Hipertensi
(https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/hypertension )
 
(*2)Persatuan Jantung Amerika: Tekanan Darah Tinggi, AFib dan Risiko Anda terhadap Strok
(https://www.heart.org/en/health-topics/atrial-fibrillation/why-atrial-fibrillation-af-or-afib-matters/high-blood-pressure-afib-and-your-risk-of-stroke)
 
(*3)CDC: Orang dengan Keadaan Perubatan Tertentu  
(https://www.cdc.gov/coronavirus/2019-ncov/need-extra-precautions/people-with-medical-conditions.html)
 
Maklumat mengenai OMRON Healthcare
Komited untuk membantu orang menjalani kehidupan yang lebih aktif dan memuaskan, OMRON Healthcare adalah sebuah peneraju dunia di dalam bidang peralatan perubatan inovatif yang terbukti secara klinikal untuk pemantauan dan terapi kesihatan. Sepanjang sejarahnya, OMRON telah berusaha untuk memperbaiki kehidupan dan menyumbang kepada sebuah masyarakat yang lebih baik dengan mengembangkan inovasi yang membantu orang mencegah, merawat dan menguruskan keadaan perubatan mereka, baik di rumah dan di amalan klinikal di lebih 110 buah negara. OMRON menyediakan monitor tekanan darah No.1 di dunia dan kategori teras tambahan syarikat itu adalah produk penjagaan pernafasan, pengurusan kesakitan dan kesejahteraan. Syarikat itu juga membangunkan perkhidmatan pemantauan pesakit jarak jauh di dalam bidang pengurusan keadaan kardiovaskular.
 
Sumber: OMRON Healthcare Co., Ltd. 

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.