ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  SATU DIALOG DI ANTARA DUA BANDAR RAYA PERINDUSTRIAN: PAMERAN FOTO WUPPERTAL DILANCARKAN DI DONGGUAN, CHINA UNTUK MEMPERINGATI ULANG TAHUN KE-200 KELAHIRAN FRIEDRICH ENGELS

Tuesday 01/12/2020

AsiaNet 86930

DONGGUAN, China, 1 Dis., 2020 /Xinhua-AsiaNet/--

Minggu Fotografi Warga Dongguan 2020 dengan bertemakan “Kota – Kualiti”, yang dianjurkan oleh Pejabat Penerangan bagi Perbandaran Dongguan, telah dimulakan di Dongguan, China, dengan Pameran Foto Wuppertal Kampung Halaman Friedrich Engels menjadi satu daripada aktiviti itu. Pameran itu berfungsi sebagai sebuah “jendela” bagi warga Dongguan untuk mempelajari tentang bandar raya berkembar Wuppertal dan menunjukkan persahabatan, dan satu cara untuk memperingati ulang tahun ke-200 kelahiran ahli falsafah hebat Engels. Ia juga merupakan satu cara terbaik untuk memperkukuhkan pertukaran dan menggalakkan persefahaman bersama di antara kedua-dua bandar raya itu.
 
“Selamat datang ke Wuppertal, kampung halaman bagi Friedrich Engels! Kota ini terletak di negeri Rhine Utara-Westphalia, Jerman barat, yang berjiran dengan Dusseldorf dan Cologne. Pada tahun 2015, Dongguan dan Wuppertal menjadi bandar raya berkembar dan mereka telah melakukan pertukaran dan kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi, budaya, sains dan teknologi. Betapa mengagumkan bandar raya ini? Sila naik kereta api gantung (Schwebebahn) yang unik yang berusia 100 tahun dan nikmati satu perjalanan kebudayaan melalui masa dan ruang,” seperti yang ditunjukkan pada pameran foto itu.

Dengan berlatarbelakangkan serangan hebat COVID-19 secara tiba-tiba pada tahun ini, Pameran itu telah melampaui ruang untuk mengukuhkan pertukaran kebudayaan di antara China dan Jerman. Foto-foto menjadi media yang jelas bagi kedua-dua buah negara untuk berkongsi sejarah dan meningkatkan dialog di antara peradaban.

Tahun ini menandakan ulang tahun ke-45 terjalinnya hubungan diplomatik China-EU dan ulang tahun ke-200 kelahiran Engels. Wuppertal, kampung halaman beliau, telah menetapkan tahun ini sebagai Tahun bagi Engels. Dongguan, bersama dengan bandar raya berkembarnya, Wuppertal, telah mengadakan Pameran itu, dengan cara untuk memperkukuhkan pertukaran peradaban dalan satu cara yang lebih terbuka dan inklusif, memberi inspirasi kepada orang ramai dalam usaha memerangi COVID-19 dan pemulihan ekonomi.

Hari perasmian bagi Pameran itu, iaitu pada 28 November, menandakan tahun ke-200 bagi kelahiran Engels. Dr. Johannes Slawig, Ketua Eksekutif bagi Wuppertal berkata dalam video restu itu, bahawa Pameran itu membantu mengekalkan komunikasi bagi kedua-dua bandar raya itu pada masa ini, yang menawarkan peluang bagi warga Dongguan untuk mendapat tahu tentang Wuppertal. Pameran foto itu yang diadakan pada tahun 2019 dan pada tahun ini melambangkan persahabatan kita yang dapat mengatasi segala halangan. Sementara itu, Dr. Bluma, kurator bagi muzium Engels juga mengirim ucapan selamat melalui video, dengan mengalu-alukan penduduk tempatan untuk berkunjung ke muzium itu.

Wuppertal adalah sebuah bandar raya perindustrian yang penting di Jerman dan berkongsi banyak persamaan dengan Dongguan dari segi pembangunan perindustrian. Sejak kedua-dua belah pihak menjadi bandar raya berkembar pada tahun 2015, mereka telah memperkukuhkan hubungan melalui pertukaran penjawat awam, mengundang orang dari Wuppertal untuk menghadiri kem musim panas di Dongguan, dan bertukar-tukar kunjungan delegasi dalam perdagangan, ekonomi dan perlindungan alam sekitar. Pada Disember tahun lalu, Pameran Foto Dongguan, dengan bertemakan “Berhubung dengan Dunia melalui Pembuatan - Budaya Bandar yang Pelbagai” telah pergi ke Paris, Perancis, dan Wuppertal, Jerman, untuk memaklumkan kepada dunia bagaimana Dongguan mengejar pembangunan berkualiti dan merangkul dunia.

Minggu Fotografi Warga Dongguan itu telah diadakan selama 5 kali berturut-turut, setiap satu telah menarik hampir 200,000 penduduk untuk hadir. Ia telah menjadi satu pesta kebudayaan tahunan di Dongguan. Dalam acara tahun ini, Dongguan juga melancarkan album kota dwibahasa mereka yang baharu “Quality Dongguan”, yang akan dilancarkan dan dijual di seluruh negara, untuk membolehkan pembaca di dalam dan luar negeri mengetahui lebih banyak mengenai Dongguan.
 
Sumber: Pejabat Penerangan bagi Perbandaran Dongguan

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.