PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 
 

November 26, 2020 -Khamis

 
  HARI INOVASI DAN INTEGRITI LHDNM BAGI TAHUN 2020 DISAMBUT DALAM SUASANA NORMA BAHARU

Thursday 19/11/2020



CYBERJAYA, 19 Nov (Bernama) -- Tahun 2020 menyaksikan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) menyambut Hari Inovasi dan Integriti 2020 (HII 2020) dalam suasana norma baharu apabila semua pengisian program dan kemuncak sambutannya berlangsung secara maya atau dalam talian.
 
Pada hari ini YB Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan Malaysia telah sudi merasmikan sambutan HII 2020 dengan menyampaikan ucapannya serta menyempurnakan gimik perasmian sambutan tersebut.
 
Dalam ucapannya YB Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengiktiraf inisiatif LHDNM meraikan Hari Inovasi dan Integriti kerana ia terbukti dapat menjadikan LHDNM sebagai agensi yang beramanah dan sentiasa bersedia mendepani ledakan Revolusi Industri 4.0 melalui pendigitalan semua proses kerja pemungutan cukai. Di samping itu, kewujudan Pelan Transformasi Hasil di LHDNM juga telah membolehkan LHDNM mengadaptasi persekitaran kerja norma baharu dengan pantas tanpa menjejaskan perkhidmatan kepada pembayar cukai apabila agensi kerajaan diminta untuk melaksanakan Bekerja Dari Rumah (BDR) lantaran impak pandemik COVID-19. 

YB Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz turut menyentuh berkaitan peranan penting LHDNM dalam memastikan semua inisiatif dalam Belanjawan 2021 dapat dilaksanakan dengan berkesan. Menurut beliau, pihak kerajaan khususnya Kementerian Kewangan menaruh harapan yang tinggi kepada LHDNM untuk mengutip cukai langsung seperti yang ditetapkan, iaitu RM127 bilion bagi tahun 2020 dan RM143.9 bilion yang disasarkan bagi tahun 2021. Ujarnya lagi, keupayaan LHDNM untuk beroperasi dengan efektif dan berkesan dalam memungut hasil negara sudah pasti akan memudahkan kerajaan untuk merealisasikan agenda pemulihan dan pembangunan negara seperti yang digariskan dalam Belanjawan 2021 dan RMK ke-12.
 
Sebelum itu dalam ucapan alu-aluan oleh Dato’ Sri Dr. Sabin bin Samitah, Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM, beliau terus mengulangi komitmen jitu LHDNM dalam memastikan inovasi dan integriti sentiasa dibudayakan oleh setiap warga kerjanya. Menurut beliau, ini terbukti melalui pelaksanaan Pelan AntiRasuah LHDNM (PeARL) mulai 1 November 2019, pewujudan Integrity Pact dalam semua urusan perolehan di LHDNM dan penubuhan Jawatankuasa Antirasuah (JAR) Peringkat Negeri yang bertujuan memantau serta mengawalselia setiap pegawai LHDNM di seluruh negara.
 
Menyentuh berkaitan dengan usaha kerajaan dalam menjamin kesejahteraan hidup rakyat, kelangsungan perniagaan dan mewujudkan ketahanan ekonomi dalam mendepani kesan negatif pandemik COVID-19, LHDNM menzahirkan rasa bangga kerana terus diberikan kepercayaan oleh kerajaan sebagai agensi utama yang menguruskan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan Geran Khas Prihatin (GKP). Pelbagai insentif percukaian yang diperkenalkan juga terbukti telah memberikan kelegaan kepada rakyat dan komuniti perniagaan serta berjaya merangsang semula pertumbuhan ekonomi negara.

Program sambutan yang disiarkan secara langsung dan boleh ditonton melalui pautan  https://youtu.be/dQcsYnZXUD8 ini  turut diserikan dengan pelancaran tiga produk baharu hasil cetusan idea inovasi dan kreativiti warga kerja LHDNM iaitu:

1. Buku Pelan Korporat LHDNM 2021 hingga 2025, yang merupakan manifestasi pelan dan strategi lima (5) tahun LHDNM untuk menjadi pentadbir cukai terunggul dengan menggariskan empat teras strategi utama;

2. MyTax yang merupakan pusat gerbang maklumat dan one stop centre bagi pembayar cukai, di mana pembayar cukai boleh mengakses maklumat seperti transaksi lejar, status bayaran balik, potongan cukai bulanan, jadual ansuran CP500 dan status Sijil Penyelesaian Cukai (SPC). Selain itu, MyTax juga menyediakan capaian ke perkhidmatan yang disediakan oleh LHDNM seperti e-Filing, ByrHasil, e-Daftar dan lain-lain; dan

3. APM Digital Learning Hub, sebagai platform e-pembelajaran yang menyediakan pelbagai pilihan kandungan pembelajaran korporat yang komprehensif termasuk kursus, video, buku dan sumber-sumber lain berkaitan Kemahiran Perniagaan dan Pengurusan, Pembangunan Kepimpinan, Transformasi Digital, Operasi Teknologi Maklumat serta Pengurusan Projek.
 
Sepanjang tempoh sambutan HII 2020 juga pelbagai program dan pertandingan telah dilaksanakan sebagai usaha berterusan LHDNM menyemarakkan budaya inovasi dalam kalangan warga kerjanya. Senarai pertandingan dan para pemenangnya adalah seperti berikut:

Jadual 1 : Senarai Pertandingan dan Pemenang sempena Hari Inovasi dan Integriti LHDNM tahun 2020
 
BIL.PERTANDINGANSENARAI PEMENANG
 
1.
 
Anugerah Inovasi CEO (AICEO) 2020
 
Hadiah: Wang Tunai, Piala dan Sijil Penghargaan
 
 
Nama Kumpulan: STAMPS ALL STARS

(Jabatan Teknologi Maklumat, LHDNM)

Nama Projek: INOVASI PENYETEMAN
BERKELOMPOK STAMPS DENGAN TEKNOLOGI
IMAGE DECODING


Nama Ahli:
1. Norshahidah Lateh
2. Maslina Md Samidi
3. Noraishah Mokhdzar
4. Suhana Mokhtar
 
 
 
2.
 
IDEA@HASIL 2020
 
Hadiah: Wang Tunai dan Sijil Penghargaan
 
1. Zurina Mohd Hashim
    (Cawangan Pembayar Cukai Besar, LHDNM)
 
2. Puteri Nur Liana Megat Mohd Fauzi
    (Jabatan Pematuhan Cukai, LHDNM)
 
3. Balashanmugam Apparoo
    (Cawangan Siasatan Pulau Pinang, LHDNM)
 
4. Nadianauli Yaakub
     (Jabatan Percukaian Antarabangsa, LHDNM)

5. Jamsari Ramli
     (Cawangan Sungai Petani, LHDNM)
 
3.
 
Pertandingan Mencipta Poster Integriti LHDNM
 
Hadiah: Wang Tunai dan Sijil Penghargaan
 
Tempat Pertama
Mohd Hazwan Hamzah
(Pejabat Pengarah Negeri Johor, LHDNM)
 
 
Tempat Kedua
Muhammad Hafizi Rashid
(Cawangan Klang, LHDNM)
 

Tempat Ketiga
Mohd Zabiedy Mohd Sulaiman
(Jabatan Teknologi Maklumat, LHDNM)
 
 
4.
 
Pertandingan Kuiz
 
Hadiah: Wang Tunai dan Sijil Penghargaan
 
 
 
1) Dzarif Farhan Che Azman
Jabatan Pematuhan Cukai, LHDNM
 
2) Hamiza Adhlina Hamzah
Cawangan Wangsa Maju, LHDNM
 
3) Siti Zaleha Ab. Hamid
Cawangan Kota Bharu, LHDNM
 
4) Ramlah Ab. Rasit
Cawangan Kota Bharu, LHDNM
 
5) Amni Bahirah Mohd Rodzi
Cawangan Wangsa Maju, LHDNM
 
6) Salmi Mohd Sohaimi
Cawangan Wangsa Maju, LHDNM
 
7) Mohd Ezani Yunus
Cawangan Wangsa Maju, LHDNM
 
8) Noor Habibi Abdullah
Cawangan Teluk Intan, LHDNM
 
9) Muhamad Hafiz Nor
Cawangan Kota Bharu, LHDNM
 
10) Norazida Irani Ghazali
Cawangan Kota Bharu, LHDNM
 
11) Dayang Maimunah Awang Yusof
Cawangan Labuan, LHDNM
 
12) Noor Na'imah M. Effandy
Cawangan Bintulu, LHDNM
 
13) Naziha Idris
Cawangan Kota Bharu, LHDNM
 
14) Noraila Awang @ Hasbullah
Cawangan Kota Bharu, LHDNM
 
15) Noordina Hassan
Cawangan Wangsa Maju, LHDNM
 
16) Emmy Nazura Abdul Rashid
Cawangan Kota Bharu, LHDNM
 
17) Nurul Suhaini Mami
Cawangan Wangsa Maju, LHDNM
 
18) Dewi Sutra Djasman
Cawangan Kota Bharu, LHDNM
 
19) Noor Amalina Mahussin
Cawangan Kota Bharu, LHDNM
 
20) Laura Helga Benard
Cawangan Labuan, LHDNM
 
 
 
5.
Kembara Inovasi Hasil Maya 2020

Wang Tunai dan Sijil Penghargaan
 
 
Tempat Pertama
 
Pasukan: Just Do Perfectly
(Jabatan Dasar Percukaian, LHDNM)
 
Tempat Ke-2
 
Pasukan: Digital Hunters
(Cawangan Siasatan Klang, LHDNM)
 
Tempat Ke-3
 
Pasukan: Men in Mask
(Cawangan Wangsa Maju, LHDNM)
 
Tempat Ke-4 hingga Ke-10
 
Pasukan: Waghih
(Cawangan Seremban, LHDNM)
 
Pasukan: Bono Squad
(Jabatan Teknologi Maklumat, LHDNM)
 
Pasukan: Double Trouble
(Cawangan Shah Alam, LHDNM)

Pasukan: Virtual Warrior
(Cawangan Pembayar Cukai Besar, LHDNM)
 
Pasukan: Janji Tak Kalah (JTK)
(Jabatan Tindakan Khas, LHDNM)
 
Pasukan: CIKeboom
(Cawangan Industri Khas, LHDNM)
 
Pasukan: BOD of JOC
(Jabatan Operasi Cukai, LHDNM)
 
 
Di samping itu, LHDNM turut mengambil inisiatif menghargai pembayar cukai yang berterusan mempamerkan prestasi pematuhan yang tinggi dengan pengiktirafan kepada 10 Pembayar Cukai Terbaik berdasarkan rekod percukaian mereka sepanjang tahun 2019.
 
Lima (5) orang warga kerja LHDNM yang paling cemerlang bagi tahun 2019 juga diberikan penghargaan Anugerah Most Outsanding Hasilian 2019 pada sambutan Hari Inovasi dan Integriti kali ini.
 
Senarai 10 pembayar cukai terbaik dan lima penerima Anugerah Most Outsanding Hasilian 2019 adalah seperti berikut:
 
10 Pembayar Cukai Terbaik Tahun 2019
 
1.            CIMB Bank Berhad;
2.            Malayan Banking Berhad;
3.            Public Bank Bhd;
4.            Malaysia LNG Dua Sdn Bhd;
5.            QSR Stores Sdn Bhd;
6.            Toray Plastics (Malaysia) Sdn Bhd;
7.            AEON Co (M) Bhd (Jaya Jusco Stores Bhd);
8.            Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd;
9.            Lonpac Insurance Bhd; dan
10.         Pantai Medical Centre Sdn Bhd.

Penerima Anugerah Most Outstanding Hasilian 2019
 
1.           Dr. Mohd Shamsulizam Zainudin (Jabatan Dasar Percukaian);
2.           Dr. Muhammad Najib Samad (Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif);
3.           Dr. Mohd Arif Romli (Jabatan Penyelidikan Percukaian);
4.           En. Abdul Rauf Abdullah Sani (Jabatan Khidmat Korporat);
5.           Pn. Suria Maimun Mat Jais (LHDNM Cawangan Ipoh).

 
Dikeluarkan Oleh:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Tarikh: 19 November 2020

Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Tel: 03-8313 8888 samb. 21658/21666/21695/21674/21663
Faks: 03-8313 7873
Hasil Care Line : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara)  
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2020 MREM . All rights reserved.