PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 
 

November 26, 2020 -Khamis

 
  AXA MENERUSKAN KOMITMEN UNTUK MELINDUNGI MASYARAKAT DALAM NORMA BAHARU

Tuesday 17/11/2020



Table
AXA Run 2020 - NGO


KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Pandemik COVID-19 telah menunjukkan peranan penting syarikat insurans dalam melindungi dan menyokong masyarakat. Menyedari hakikat bahawa wabak ini telah memberi kesan yang besar terhadap golongan kurang berkemampuan dalam kalangan komuniti, AXA Affin General Insurance Berhad (AXA) komited bagi memantapkan peranannya sebagai rakan kongsi yang dipercayai dan juga mengambil berat, bertindak dan melindungi pelanggan pada masa sukar.

Dalam norma baharu ini, AXA telah merancang semula strategi Tanggungjawab Korporat dengan meneroka cara baru untuk mengukuhkan perpaduan sosial dan menyumbang ke arah masyarakat yang lestari. Sejak beberapa bulan lalu, AXA telah melancarkan pelbagai inisiatif penting untuk menyokong 3 tonggak utama - Inklusi Sosial, Kesihatan dan Alam Sekitar, termasuk mengumpul dana dan memberi sumbangan berjumlah RM20,000 kepada 7 buah rumah kebajikan sempena Minggu Tanggungjawab Korporat ke-10 baru-baru ini. Antara aktiviti lain yang diadakan sepanjang minggu tersebut ialah aktiviti derma darah, ceramah kesihatan, kelas bahasa isyarat, kelas masakan sihat dan bengkel produk pembersihan buatan sendiri.

Kemuncaknya ialah Larian AXA Hearts in Action 2020 yang kembali untuk tahun ke-6 berturut-turut. Bagi menyesuaikan diri dengan norma baharu, larian ini telah dilancarkan dalam format maya bagi menggalakkan rakyat Malaysia berlari demi kesihatan yang lebih baik dan menyokong penggerak sosial utama yang dekat di hati mereka. Tema tahun ini, "Lari Demi Perlindungan Yang Bermakna" menyokong komitmen AXA untuk merangsang kemajuan dalam masa sukar dan menjadi tarikan untuk kebaikan bersama.

Menurut Emmanuel Nivet, Ketua Pegawai Eksekutif AXA, "8 bulan sejak wabak COVID-19, kita dapat lihat betapa pentingnya tanggungjawab sosial dalam norma baharu ini. Sebagai jenama yang didorong oleh tujuan, matlamat kami adalah untuk memacu tanggungjawab korporat sebagai agenda sepanjang tahun dan memberi nilai lestari kepada masyarakat secara berterusan. Walaupun perlbagai acara fizikal dibatalkan atau dihentikan oleh sebab wabak ini, kami nekad untuk meneruskan inisiatif penting termasuk larian kami untuk menyokong mereka yang memerlukan."

Dengan sokongan luar biasa daripada para pelari tahun ini, AXA telah menerima 1,200 penyertaan penuh dan berjaya menyumbang RM50,000 kepada 5 buah Badan Bukan Kerajaan (NGO). Pelari-pelari yang mengambil bahagian diberi kuasa untuk memilih warna kemeja-T mereka berdasarkan penggerak sosial dan NGO pilihan mereka:

• Ungu (Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia)
: untuk membangkitkan kesedaran terhadap pengesanan awal barah

• Merah Jambu (Yayasan Jantung Malaysia)
: untuk mengekalkan jantung sihat

• Oren (Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia)
: untuk mencipta kesedaran tentang kesihatan buah pinggang

• Biru (World Vision Malaysia)
: untuk memperkasakan generasi kita seterusnya

• Hijau (WWF-Malaysia)
: untuk melindungi alam sekitar
 
Berdasarkan format larian maya, pelari boleh memilih untuk melengkapkan 6km atau 12km sekaligus atau dalam beberapa sesi larian, pada bila-bila masa dan di mana sahaja mereka mahu dari 24 Oktober 2020 - 8 November 2020. Setelah menyelesaikan jarak yang didaftarkan dan menyerahkan keputusan larian mereka, pelari akan menerima hadiah kelayakan larian yang terdiri daripada kemeja-t larian, pingat menyelesaikan larian dan hadiah tajaan 3 - 4 minggu selepas 12 November 2020.

Maklumat terkini boleh didapati di halaman Facebook AXA Affin Insurance Malaysia.

Sumber: AXA Affin General Insurance Berhad

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Sheena Ho
Tel: +603 2170 8548/012-3091193
E-mel: sheena.ho@axa.com.my

Nama: Allison Lee
Tel: +603 2170 8259/016-2282916
E-mel: allison.lee@axa.com.my 

Corporate Responsibility strategy: 
axa.com/en/about-us/strategy-commitments
 
SRI ratings: 
axa.com/en/investor/sri-ratings-ethical-indexes 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2020 MREM . All rights reserved.