PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 
 

November 26, 2020 -Khamis

 
  MERENTASI CHINA: PERKONGSIAN OLEH GOLONGAN KECACATAN FIZIKAL DALAM PERTUMBUHAN PESAT PENSTRIMAN LANGSUNG DI CHINA

Tuesday 17/11/2020

AsiaNet 86642

Table
Kapsyen: Shi Zaohua, seorang pengguna kerusi roda berusia 29 tahun, telah mendapat begitu banyak pengikut sehingga 200,000 orang peminat sejak menemui bidang beliau di dalam penstriman langsung e-dagang. 

LANZHOU, China, 17 Nov., 2020 /Xinhua-AsiaNet/ --
 
Shi Zaohua, seorang pengguna kerusi roda berusia 29 tahun, telah mendapat begitu banyak pengikut sehingga 200,000 orang peminat sejak menemui bidang beliau di dalam penstriman langsung e-dagang.

Satu daripada jumlah penstrim langsung yang semakin meningkat, Shi kini benar-benar sibuk oleh acara membeli-belah dalam talian tahunan terbesar China, yang dikenali sebagai Singles' Day atau Double Eleven, yang jatuh pada hari Rabu.

Pada awal pagi lagi, beliau bersiap untuk acara itu dan menuju ke pejabatnya di kota Longnan, satu daripada kawasan yang paling kurang dibangunkan di barat laut Wilayah Gansu di China.

Di kedai maya beliau, beliau menjual makanan istimewa tempatan dari lada Sichuan kepada bahan perubatan tradisional Cina kepada pelanggan di seluruh negara itu.

Shi terpaksa menggunakan kerusi roda berikutan satu kemalangan kereta pada tahun 2013. Sebelum menemui penstriman langsung, beliau lazimnya menghabiskan hari-harinya di dalam rumah tanpa mempunyai peluang untuk bekerja.

Namun satu peluang telah tampil pada tahun berikutnya ketika anak kelahiran Longnan Du Guiying kembali ke kampung halamannya, mewujudkan sebuah koperasi petani dengan galakan kerajaan tempatan untuk mempromosikan e-dagang sebagai satu kaedah untuk mengurangkan kemiskinan di kawasan luar bandar.

Du telah mengundang Shi, yang boleh bertutur bahasa Mandarin standard tanpa mempunyai loghat kedaerahan, untuk bantu menguruskan kedai dalam talian beliau dan menasihatinya untuk mencuba e-dagang secara penstriman langsung.

“Saya merasa terkejut,” kata Shi. “Saya berasa gementar ketika bercakap dengan orang di sekeliling saya, apatah lagi penonton secara langsung.”
Tetapi Shi akhirnya berjaya mengatasi rasa gementarnya. Pada awal Mac, Shi berjaya membuat kemunculan buat pertama kalinya secara penstriman langsung, dengan menjual produk bernilai kira-kira 30,000 yuan (4,548 dolar AS) dalam tempoh satu hari.

Shi mewakili satu cara baharu dalam membeli-belah di China, yang menempatkan peruncit ke dalam satu ledakan “perdagangan langsung” yang didasarkan kepada pertumpuan e-dagang dan penstriman langsung.

E-dagang telah memberikan suntikan baharu ke dalam kehidupan masyarakat, kata Mao Jinhuang, profesor dengan Institut Pembangunan Ekonomi Daerah di bawah Universiti Lanzhou, dengan menambah bahawa semakin ramai orang yang tinggal jauh di pergunungan China telah mendapat manfaat daripada e-dagang dan mengisi poket mereka.

Penstriman langsung telah banyak membantu orang yang mengalami masalah fizikal seperti Shi, yang boleh jadi dipinggirkan jika tidak kerana model perniagaan baharu itu.

Di Longnan, sejumlah 366 kedai dalam talian kini dikendalikan oleh orang yang mempunyai kecacatan fizikal, dan peluang pekerjaan telah diwujudkan untuk lebih daripada 670 orang pekerja seumpama itu.

“Penstriman langsung e-dagang bukan sahaja membawa kita kekayaan tetapi juga maruah dan harapan,” kata Shi.
 
Sumber: Jabatan Publisiti bagi Perbandaran Longnan
 
Pautan Lampiran Imej:
 
   Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=376893
 
   Kapsyen: Shi Zaohua, seorang pengguna kerusi roda berusia 29 tahun, telah mendapat begitu banyak pengikut sehingga 200,000 orang peminat sejak menemui bidang beliau di dalam penstriman langsung e-dagang.

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2020 MREM . All rights reserved.