PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 
 

November 26, 2020 -Khamis

 
  DAERAH CHONGQING BANAN DI CHINA BARAT MEKAR MENGEMBANG DENGAN PERTUNJUKAN BUNGA KEKWA

Tuesday 17/11/2020

AsiaNet 86644

CHONGQING, China, 17 Nov., 2020 /Xinhua-AsiaNet/--

Kehidupan sangat indah di Kota Chongqing di China barat, sebuah kawasan yang menawan di mana pameran kesenian bunga kekwa ke-24 sedang berlangsung di daerahnya di Banan.

Diadakan dari 28 Oktober hingga 28 November, pameran itu adalah pesta bunga kekwa profesional terbuka yang terbesar dengan jenis yang paling banyak dipamerkan di Chongqing. Lebih dari 2 juta pasu bunga kekwa sedang dipamerkan, dengan menampilkan hampir kesemua jenis yang paling indah dari seluruh pelusuk China.

Terletak di barat daya di pedalaman China dan ke hulu Sungai Yangtze, Chongqing adalah satu-satunya kawasan perbandaran di wilayah tengah dan barat China. Daerah Banan terletak di tengah-tengah kawasan metropolitan utama Chongqing dan ke hulu bagi kawasan Empangan Three Gorges. Ini adalah sebuah kawasan perintis kebangsaan bagi integrasi bandar-luar bandar, sebuah kawasan pelancongan China yang sangat baik yang terkenal kerana mata air panas mereka.

Banan adalah sebuah bandar raya bagi kemanusiaan. Ia adalah tempat kelahiran dan tempat warisan bagi Negeri Ba (BC1122-BC316). Budaya Ba itu mempunyai sebuah sejarah yang panjang yang menjangkau kira-kira 3,000 tahun, menyuburkan pelbagai budaya kecil yang lain seperti budaya Bayu, budaya kota purba dan budaya teh. Bandar Purba Fengsheng, Jalan Lama Mudong, Bangunan Kediaman Keluarga Peng dan blok dan bangunan lama yang lain adalah merupakan tempat-tempat untuk mengesan budaya Bayu. Enam puluh item warisan kebudayaan tidak ketara seperti Lagu Rakyat Mudong telah secara beransur-ansur mendapat perhatian dunia untuk mempamerkan budaya China.

Banan adalah sebuah bandar raya kreativiti. Lima kelompok perindustrian utama, termasuk perdagangan dan logistik, bioperubatan, penyatuan awam-ketenteraan, kecerdasan digital dan inovasi ekologi, telah berkembang dengan stabil. Pangkalan logistik lebuh raya Chongqing adalah satu-satunya hab logistik lebuh raya kebangsaan di bandar raya itu, pembawa utama bagi koridor darat-laut baharu di barat, tempat permulaan bagi bas lebuh raya rentas sempadan Chongqing, dan kawasan demonstrasi bagi projek penyambungan China-Singapura. Bandar raya biologi antarabangsa Chongqing adalah projek pertama Chongqing yang telah dimasukkan ke dalam program pengembangan kluster industri baru  muncul strategik kebangsaan. Taman ekonomi Chongqing Banan adalah satu daripada taman perindustrian jenis baru peringkat wilayah yang pertama di Chongqing dan satu-satunya pangkalan pembinaan paparan panel rata di kawasan perbandaran itu. Bandar raya sains dan inovasi Dajiang adalah satu daripada pangkalan demonstrasi industri integrasi ketenteraan dan awam yang pertama di Chongqing. Bandar raya baharu bagi ibu pejabat kecerdasan Huimin akan menjadi sebuah kawasan demonstrasi bagi teknologi tinggi, ekonomi ibu pejabat, integrasi kebudayaan dan pelancongan dan industri lain.
 
Banan adalah sebuah bandar raya keterbukaan. Pusat Kebudayaan dan Sukan Antarabangsa Huaxi, Plaza Wanda, Taman Laut dan projek-projek fungsian bandar yang lain sangat mengagumkan. Bandar Xiliutuo, garis pantai Jalan Babin dan pusat peranginan percutian yang lain penuh sesak dengan pengunjung. Banan adalah tempat bagi empat jambatan Sungai Yangtze dan lapan lebuh raya. Talian lengkong timur bagi landasan kereta api melintasi utara dan selatan Banan, dan tiga landasan kereta api ringan menghubungkan kawasan bandar tengah Chongqing, sehingga membina sebuah jaringan pengangkutan bandar tiga dimensi yang mudah.

Banan adalah sebuah bandar raya ekologi. Ia kaya di dalam sumber asli, dan sungai, mata air, gunung-ganang, hutan, tasik dan pulau-pulau dapat ditemui di wilayah itu. Ia memiliki 60 kilometer garis pantai Sungai Yangtze, 48 sungai besar dan 98 empangan, yang mencakupi bagi hampir separuh daripada mata air panas Chongqing.

Menurut Jabatan Publisiti bagi Daerah Banan,  pameran seni bunga kekwa pada tahun ini juga diadakan bertepatan dengan Festival Tanglung Mata Air Panas Selatan, satu lagi perayaan cahaya di kota itu. Festival tanglung itu terletak di tempat pemandangan Mata Air Panas Selatan Banan, yang menjangkau sejauh kira-kira 2.5 kilometer di sepanjang gunung dan sungai. Sebanyak 108 lampu dengan 18 tema yang berbeza telah dipasang di sepanjang jalan, dan akan kekal sehingga akhir Februari 2021.
 
Di samping itu, sebagai satu bahagian penting bagi pameran seni bunga kekwa itu, Kejohanan Dunia Masakan China “Piala Haday” 2020 akan diadakan di Banan dari 20 hingga 22 November, 2020.

Selamat datang ke Chongqing Banan, yang menanti pengunjung dunia dengan bunga kekwa yang mempesonakan, makanan yang enak, mata air panas, tanglung yang mengagumkan dan tradisi tempatan yang lain.
 
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.cqbn.gov.cn/.
 
Sumber: Jabatan Publisiti bagi Daerah Banan 

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2020 MREM . All rights reserved.