PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 
 

November 26, 2020 -Khamis

 
  ​KEJOHANAN JEMPUTAN BOLA BALING PANTAI SANYA BERLANGSUNG DI HAINAN

Tuesday 17/11/2020

AsiaNet 86641

Table

Pada 13 November, pada pertandingan akhir wanita, Anhui menewaskan pasukan remaja China 2-0 untuk memenangi gelaran berpasukan wanita. Zhang Tianjie dari pasukan Anhui menyerang di dalam permainan itu.​


SANYA, China, 17 Nov., 2020 /Xinhua-AsiaNet/-- 

Dari 12 hingga 13 November 2020, Kejohanan Jemputan Bola Baling Pantai “Piala Distillery Sanya Lishan yang Indah” 2020 telah diadakan di Sanya. Pasukan wanita Anhui dan pasukan lelaki Shandong telah memenangi kejuaraan di dalam pertandingan itu. Pertandingan bola baling pantai itu dibahagikan kepada kumpulan lelaki dan wanita dari Anhui, Jiangsu, Shandong dan beberapa wilayah lain di China.
 
Shandong menewaskan Anhui 2-0 untuk merangkul gelaran berpasukan lelaki pada Kejohanan Jemputan Bola Baling Pantai Sanya 2020 di sini pada Jumaat lalu, menurut Jawatankuasa Penganjur Sukan Pantai Asia Sanya 2020 (SABGOC) keenam. Anhui menyerang dengan sengit pada awal perlawanan, sementara Shandong telah menggunakan taktik serangan balas sambil bertahan, dengan penjaga gol menjaringkan gol secara terus ketika pemain Anhui tidak kembali menempatkan diri pada posisi pertahanan mereka. Kedua-dua pasukan itu telah bermain dengan hebat pada separuh masa kedua, Anhui ketinggalan satu mata di belakang Shandong pada detik terakhir perlawanan itu, tetapi Wang Wenjun gagal menjaringkan gol dalam sepakan percuma berikut untuk Anhui. “Kami menang terutamanya kerana beraksi secara berpasukan dan pertahanan, dan kami telah menunjukkan tahap latihan biasa kami pada hari ini,” kata Sun Haonan, seorang pemain untuk Shandong.

Dalam acara wanita, Anhui mengalahkan pasukan kebangsaan wanita muda China 2-0 untuk merangkul gelaran itu. Pasukan wanita Anhui, yang mempunyai ramai pemain pasukan kebangsaan, dengan purata usia 22 tahun, memenangi perlawanan itu dengan mudah dengan ketinggian dan pengalaman mereka. Cheng Qiao, timbalan setiausaha agung bagi Persatuan Bola Baling China, berkata bahawa bola baling pantai menghiburkan penonton disebabkan oleh kemahiran membaling oleh atlet seperti putaran 360 darjah di udara dalam usaha mencari dua mata.

Menurut Zhou Jun, Naib Datuk Bandar bagi Kota Sanya, siri pertandingan “Sanya yang Indah 2020” itu dirancang sebagai satu latihan yang dijalankan untuk proses kerja bagi Sukan itu. Jawatankuasa Penganjur Sukan Pantai Asia Sanya 2020 keenam akan melakukan segala usaha untuk memastikan operasi bagi jemputan itu dan pada masa yang sama mematuhi dengan pencegahan dan kawalan wabak.
 
Sumber: SABGOC
 
Pautan Lampiran Imej:
 
   Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=376886
 
   Kapsyen:  Pada 13 November, pada pertandingan akhir wanita, Anhui menewaskan pasukan remaja China 2-0 untuk memenangi gelaran berpasukan wanita. Zhang Tianjie dari pasukan Anhui menyerang di dalam permainan itu.

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2020 MREM . All rights reserved.